Soalan Temuduga Paling Popular


Salah satu persediaan penting sebelum menghadiri temu adalah mempersiapkan diri dengan soalan-soalan popular yang mungkin ditanya oleh penemuduga. Kebanyakan soalan yang ditanya sebenarnya sudah boleh dijangka. Namun akibat kurang persediaan ditambah pula dengan perasaan gementar pasti pencari kerja tidak dapat menjawab soalan yang ditanya

Sesi temuduga (Gambar kredit:insidehighered.com)

Pada kali ini, dikongsikan lapan (8) soalan temuduga paling popular dan contoh jawapan. 
1. Apakah kelemahan-kelemahan anda?Soalan ini adalah salah satu soalan popular yang sering ditanya ketika temuduga. Berikan jawapan yang tidak menunjukkan kelemahan, tetapi menunjukkan kekuatan anda. Elakkan daripada menonjolkan sifat peribadi anda dan tumpukan kepada ciri-ciri profesional dalam diri anda. Contohnya, "Saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran komunikasi saya untuk menjadi seorang penyampai yang baik. Baru-baru ini saya telah menyertai kursus Perhubungan Awam dan Komunikasi Berkesan anjuran INTAN, kursus ini amat membantu saya."
2. Mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?Jawapan untuk soalan ini boleh anda kaitkan dengan pengalaman kerja atau latihan industri (praktikal) anda yang lalu. Contoh jawapan, "Berdasarkan pengalaman kerja saya selama lima tahun di syarikat XYZ dan prestasi kerja saya telah membuktikan bahawa saya telah banyak membuat penjimatan wang syarikat. Jadi kini saya ingin membuat perubahan kepada syarikat tuan dan saya yakin boleh menjadi sebahagian daripada kakitangan terbaik di syarikat tuan."
3. Kenapa anda mahu bekerja di syarikat ini?Jika soalan ini ditanya, penemuduga sebenarnya mahu melihat sama ada anda serius memohon pekerjaan berkenaan di syarikat mereka dan membuktikan anda tidak menghantar permohonan kerja hanya sekadar suka-suka. Contoh jawapan, "Saya telah memilih syarikat-syarikat utama yang misinya selaras dengan minat dan kemampuan diri saya. Syarikat tuan adalah senarai teratas pilihan saya berbanding syarikat-syarikat yang lain."
4. Apakah matlamat anda?Apabila anda ditanya soalan ini, sebaik-baiknya nyatakan matlamat jangka pendek anda berbanding anda bercakap mengenai masa hadapan yang masih jauh. Contoh jawapan, "Matlamat saya kini adalah untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat yang sedang berkembang. Matlamat jangka panjang saya adalah bergantung kepada perkembangan syarikat. oleh itu, saya berharap dapat mengembangkan kerjaya saya di syarikat tuan."
5. Mengapa anda berhenti kerja di tempat kerja lama?Sekiranya pada waktu berkenaan anda berhenti kerja, cuba berikan jawapam yang positif. Elak memburukkan majikan atau syarikat lama anda. Contoh jawapan, "Saya seronok dan selesa bekerja dengan syarikat XYZ. Namun, saya berhasrat untuk mengembangkan kerjaya saya ke tahap yang lebih baik dan menimba pengalaman baharu di syarikat tuan."
5. Apakah yang membuatkan anda paling berpuas hati dalam pekerjaan anda?Jawapan untuk soalan ini boleh dikaitkan dengan pencapaian anda sebelum ini di dalam melaksanakan kerja. Contoh jawapan, "Kerja saya adalah menerima aduan dari pelanggan mengenai masalah yang dihadapi. Kepuasan pelanggan pasti membuatkan saya rasa berpuas hati."
6. Apakah kelebihan diri anda berbanding calon-calon yang lain? Bagi menjawab soalan ini, anda boleh menggabungkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang anda miliki. Contoh jawapan, "Saya memiliki kemahiran teknikal yang tinggi dan mampu membina hubungan baik dengan pelanggan. Ini membolehkan saya menyampaikan maklumat kepada pelanggan dengan lebih baik dan berkesan."
7. Apakah tiga perkara positif yang majikan katakan tentang diri anda?Anda boleh mengaitkan jawapan untuk soalan ini dengan penilaian majikan anda terdahulu terhadap diri anda. Contoh jawapan, "Majikan saya pernah mengatakan bahawa saya adalah penulis terbaik majalah XYZ. Saya seorang kakitangan yang berdikari dan saya mampu menyiapkan tugasan di bawah pengawasan yang minimum."
8. Berapakah gaji yang anda harapkan untuk jawatan ini?Anda perlu mengkaji terlebih dahulu julat gaji yang sesuai untuk jawatan berkenaan mengikut kawasan di negeri berkenaan. Contoh jawapan, "Saya pasti pihak tuan telah menetapkan gaji yang sesuai untuk jawatan ini. Berapakah julat gaji yang sesuai berdasarkan kepada pengalaman kerja saya yang lalu?" 
Oleh itu, persediaan awal dengan cara mengkaji soalan temuduga popular yang mungkin ditanya dan menyediakan contoh jawapan yang baik adalah penting. Ramai pencari kerja  yang menghadiri temuduga tanpa persediaan dan hanya memperjudikan nasib semata-mata. Tanpa persediaan, kemungkinan untuk gagal temuduga adalah tinggi. Akhir kata, semoga anda berjaya mendapat pekerjaan idaman anda. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://tips--petua.blogspot.com/2018/10/soalan-temuduga-paling-popular.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/FgCeJB+(Tips+dan+Petua)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda

Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 444 hits
Assalamualaikum wbt Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda Bekerja dari rumah juga memerlukan ruang kerja yang lebih selesa dan cantik supaya mood bekerja anda tidak terjejas Sebagai seorang bisnes builder ruang bekerja ya...
Bersatu Parti Yang Paling Tidak Disukai Rakyat Malaysia

Bersatu Parti Yang Paling Tidak Disukai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 334 hits
Kalau dibuat kajian atau undian tentang parti politik yang paling tak disukai rakyat sekarang ini barangkali jawapannya tidaklah sukar ditemui Tidak lain jawapannya ialah Bersatu Walaupun Bersatu menjadi kerajaan dan Presidennya Muhyiddin Y...
Resepi Biscoff Cheese No Bake Yang Paling Mudah Dan Sedap

Resepi Biscoff Cheese No Bake Yang Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 713 hits
Resepi No Bake Mini Biscoff Cheesecake Senang Super Creamy 8 Bahan Je Diperlukan Boleh dijadikan sebagai hadiah kepada orang yang tersayang Jangan ketinggalan dengan kek kek viral yang sedap ni bukan sedap je senang pulak tu Kek ini senang ...
Tak Ada Bahan Tumis Paling Ringkas Ayam Kicap Madu Special Buat Anak Laju Makan

Tak Ada Bahan Tumis Paling Ringkas Ayam Kicap Madu Special Buat Anak Laju Makan

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 564 hits
Salah satu menu anak yang cukup digemari oleh anak anak kita pastinya Ayam Masak Kicap Namun ayam masak kicap dengan gabungan madu ini lain daripada yang lain Resipinya cukup ringkas malah tidak menggunakan sebarang bawang sebagai penyedap ...
Nasi Arab Paling Mudah Lagi Sedap Dari Kedai

Nasi Arab Paling Mudah Lagi Sedap Dari Kedai

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 359 hits
Jom hasilkan hidangan Nasi Arab yang enak dan simple ini Nasi Arab sememangnya hidangan timur tengah yang digemari orang ramai kerana rasanya yang penuh dengan rempah ratus Memang lazat Hidangan Nasi Arab ini mudah sekali untuk disediakan d...
Malaysia Tangga Ke 82 Paling Bahagia Di Dunia Tahun 2020

Malaysia Tangga Ke 82 Paling Bahagia Di Dunia Tahun 2020

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 452 hits
Dalam satu kajian terbaharu yang dikeluarkan oleh World Happines Report pada bulan Mac 2020 negara Malaysia hanya mampu menduduki tangga ke 82 daripada senarai 153 negara paling bahagia di dunia Finland berjaya menduduki tangga pertama seba...
Denny Siregar Sindir Demokrat Seolah Olah Pro Rakyat Tapi Merampok Paling Banyak

Denny Siregar Sindir Demokrat Seolah Olah Pro Rakyat Tapi Merampok Paling Banyak

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 343 hits
Penulis buku yang juga pegiat media sosial Denny Siregar menyindir elit parta Demokrat yang getol menolak UU Omnibus Law Cipta Kerja Demi menyebut partai tersebut memanfaatkan situasi untuk kepentingan pemilihan presiden 2024 Denny meminta ...
Uu Ciptaker Pks Sebut Perubahan Frasa Paling Banyak Di Aturan Pesangon

Uu Ciptaker Pks Sebut Perubahan Frasa Paling Banyak Di Aturan Pesangon

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 227 hits
Sedangkan jika dilihat pada pada UU Ketenagakerjaan No 13 tahun 2003 pasal 156 pemberian pesangon tertulis dengan frasa paling sedikit Partai Keadilan Sejahtera menilai perubahan frasa paling banyak tersebut membuat buruh pada posisi lemah
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023