Soalan Lazim Dari Tetamu Kepada Host Di Airbnb


Apa soalan yang kerap kali ditanyakan oleh tetamu yang nak menginap di mana-mana homestay yang terdapat di Airbnb?

Anda dah bersedia untuk menjadi seorang host di Airbnb? Tahniah saya ucapkan. Sepanjang anda menjadi host di Airbnb nanti, anda mungkin akan menerima tetamu yang ramai, jika homestay anda terletak dikawasan yang cukup strategik.
[Daftar sebagai host Airbnb disini]
 
Pada masa yang sama, ada juga kemungkinan anda akan kerap ditanya soalan yang sama atau hampir sama oleh tetamu yang berbeza. Adakah anda minat nak tahu apa agaknya soalan yang kerap ditanyakan oleh bakal tetamu anda nanti?
 
Dibawah ini adalah antara soalan lazim yang tetamu anda akan tanya pada anda. Jika anda ingin jimatkan masa anda daripada perlu jawab soalan yang sama, saya amat mengesyorkan anda menyediakan buku panduan, sama ada versi digital ataupun versi fizikal untuk rujukan tetamu anda.
 
Ini bukan sahaja akan memudahkan anda dalam menguruskan tetamu yang keluar masuk ke homestay anda, malahan ia juga akan membantu tetamu anda merancang percutian mereka sepanjang berada ditempat anda. Mari kita lihat apa dia soalan-soalan tersebut.
 
(1) Proses dan prosedur daftar masuk atau check in Bagaimana cara untuk masuk ke homestay anda? Jika anda menggunakan sistem kunci bernombor, bilakah waktu anda akan berikan passcode tersebut?
 
Kalau masa untuk check in ialah jam 3.00 petang, sepatutnya paling lewat anda patut berikan passcode tersebut adalah jam 3.00 petang, tanpa perlu tunggu tetamu meminta maklumat tersebut kepada anda.
 
Sekiranya anda menggunakan sistem kunci, sila nyatakan dengan jelas, dimana kunci tersebut perlu diambil. Siap sedia dengan peta, gambar dan sebagainya. Tetamu yang baru pertama kali sampai ke tempat anda, bagi dia semuanya nampak begitu asing.
 
Saya pernah ada pengalaman “sesat” di parking lot sebab tak tahu dekat mana lokasi yang betul untuk ambil kunci. Sepatutnya tuan rumah nyatakan secara jelas, jika perlu ambil kunci di mail box, nyatakan dimana kedudukan dan tingkat berapa mail box tersebut berada.
 
Adakah di lobby? Atau adakah di ground floor? Nyatakan secara jelas di tingkat yang mana satu.
 
(2) Masa untuk check in dan check out Kebiasaannya masa untuk check in untuk mana-mana homestay di Airbnb adalah sekitar jam 3.00 petang. Kemudian bagi masa untuk check out pula adalah sekitar jam 12.00 tengahari. Namun begitu, anda mungkin akan temui tetamu yang meminta untuk masuk lebih awal berbanding waktu yang sepatutnya.
 
Pada ketika ini, anda ada pilihan sama ada nak benarkan ataupun tidak. Saya kira jika ianya tidak menyusahkan anda, dan pada hari sebelumnya memang tak ada tetamu, anda boleh sahaja beri tetamu anda untuk masuk lebih awal.
 
(3) Proses untuk check out Apa yang tetamu perlu buat ketika mereka nak check out nanti? Adakah tinggalkan sahaja kunci dalam rumah ataupun pulangkan semula kunci ditempat yang disediakan. Biasanya tuan rumah akan beritahu prosedur untuk check out pada hari terakhir penginapan.
 
Saya berpendapat, kalau nak berikan maklumat ini pada hari pertama atau lebih awal juga tak ada masalah.
 
(4) Maklumat tentang tempat meletak kenderaan Tetamu yang bakal menginap ditempat anda nanti besar kemungkinan akan memandu kenderaan sendiri. Dalam kebanyakkan listing di Airbnb, memang ada disediakan tempat untuk parking kenderaan.
 
Cuma ianya selalu tak begitu jelas. Persoalan tentang berapa petak parking yang disediakan, adakah terdapat parking khas, di tingkat berapa tetamu boleh parking dan sebagainya tidak dinyatakan.
 
Jika tetamu anda datang dengan 5 buah kenderaan, dimanakah mereka boleh parking? Jika had yang dibenarkan hanya 3 petak parking sahaja, anda patut nyatakan dengan jelas.
 
(5) Password untuk wifi Jika anda menyediakan wifi untuk tetamu anda, tampalkan sahaja maklumat tentang password wifi di dinding atau letakkan di tempat yang mudah dilihat.
 
(6) Kedudukan first aid kit dan juga rescue box Tak banyak rumah yang menyediakan dua kelengkapan ini. Jika anda ada sediakan, nyatakan yang anda ada sediakan.

Tetamu anda mungkin tak akan perlukan first aid kit dan juga rescue box ini, tapi jika dengan tak disengajakan berlaku kemalangan, setidak-tidaknya mereka tahu apa langkah kecemasan yang perlu dilakukan.
 
(7) Peraturan dalam rumah Adakah anda benarkan tetamu anda untuk berkasut dalam rumah? Senario masyarakat kita di Malaysia lazimnya memang tidak memakai kasut didalam rumah. Tetapi bagaimana sekiranya anda mendapat tetamu dari luar negara? Jika anda tidak nyatakan secara jelas peraturan dilarang berkasut dalam rumah, mereka mungkin tidak akan buka kasut apabila berada dalam kediaman anda.
 
Seterusnya adalah peraturan berkaitan dengan aktiviti yang menghasilkan bunyi bising. Pada jam berapa tetamu perlu hentikan aktiviti?
 
(8) Panduan menggunakan televisyen Zaman sekarang ini, TV pun makin canggih. Ada smart tv, android tv, satellite tv, netflix dan sebagainya. Jangan anggap semua orang tahu macam mana nak gunakan semua teknologi ni. Kalau anda ada sediakan kemudahan-kemudahan ini semua, pastikan anda sediakan panduan macam mana nak gunakan.
 
Jika tidak, anda mungkin terpaksa datang ke homestay tersebut semata-mata untuk ajar cara penggunaan.
 
(9) Kelengkapan memasak yang disediakan Kebiasaannya jika saya dan keluarga pergi bercuti, akan ada satu sesi yang mana kami akan bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Tak kisahlah sama ada untuk makan tengahari ataupun makan malam.

Yang menjadi isu ialah tuan rumah selalu tidak memberikan maklumat yang lengkap tentang apa kelengkapan memasak yang disediakan. Bukankah lebih senang kalau tuan rumah beritahu secara jelas apa kelengkapan yang tersedia beserta dengan jumlahnya.
 
Sebagai contoh
Pinggan 10 unit Gelas 10 unit Mug 10 unit Kuali saiz XX Periuk nasi saiz XX  
Apabila ada maklumat seperti ini, kita sebagai tetamu tak perlu nak tanya satu per satu apa yang tersedia. Jika ada yang kurang, kita boleh bawa sendiri. Misalnya kalau pinggan tak cukup, tetamu anda boleh bawa sendiri pinggan kertas jenis pakai buang.

(10) Kelengkapan bilik tidur untuk berapa orang Ini juga salah satu perkara yang sering menjadi persoalan para tetamu. Perlu atau tak perlu bawa bantal, toto dan selimut tambahan? Ada rumah yang tidak meletakkan had bilangan tetamu yang boleh dibawa bersama.
 
Dekat sini, anda dapat memudahkan tetamu anda untuk buat persiapan jika anda boleh beritahu dengan jelas, apa kelengkapan yang tersedia beserta dengan jumlahnya.
 
Sebagai contoh
Bantal berapa unit Selimut ada berapa Tilam ada berapa  
(11) Penyaman udara Ruang tamu dan bilik tidur sepatutnya ada disediakan alat penyaman udara. Tapi saya kerap kali jumpa homestay yang menyediakan penyaman udara hanya di masterbedroom sahaja. Saya kira perkara ini perlu diberitahu secara jelas, adakah setiap bilik ada penyaman udara? Adakah ruang tamu juga ada penyaman udara?
 
(12) Apa perlu buat dengan sampah Adakah tetamu anda perlu ikat sampah dan letakkan diluar rumah? Atau biarkan sahaja sampah dalam bakul sampah? Atau anda mahu tetamu anda buang sampah ditempat pembuangan sampah yang disediakan?
 
Nyatakan secara jelas, apa yang anda mahu tetamu anda buat dengan sampah yang dihasilkan. Sesetengah homestay yang disenaraikan di Airbnb, ada mengenakan cleaning fee. Sebenarnya setakat artikel ini saya tulis, saya agak keliru apakah yang tetamu patut buat dengan sampah yang ditinggalkan jika kita dah bayar cleaning fees?
 
Patutkah kita tinggalkan sahaja dalam rumah? Perlukah kita bersihkan rumah sebelum keluar, atau bagaimana?
 
(13) Apa aktiviti atau tempat menarik untuk dilakukan Perkara ini mungkin tidak akan ditanyakan kepada anda. Tetamu anda akan cari sendiri maklumat tersebut menggunakan google sahaja. Carian dengan menggunakan kata kunci seperti “tempat menarik di …” sudah cukup untuk memberikan gambaran kepada tetamu anda apa yang terdapat dikawasan sekitar.
 
Namun demikian, selain maklumat yang boleh ditemui diinternet, pasti ada “rahsia” lain yang hanya diketahui oleh penduduk setempat. Misalnya tempat lepak yang best, kedai menjual roti canai yang paling sedap. Kesemua maklumat ini, anda patut bekalkan kepada tetamu anda, barulah mereka rasa seronok berada ditempat anda.
 
(14) Kemudahan yang terdapat dikawasan kediaman Homestay yang terletak dikawasan kondominium misalnya, ada menyediakan kemudahan tambahan seperti kolam renang, tempat BBQ, gelanggang sukan, gym dan banyak lagi.

Selain anda perlu beritahu dimana lokasi kemudahan-kemudahan ini semua, anda juga perlu nyatakan had masa penggunaan kesemua kemudahan ini.
 
Apa yang saya kongsikan disini adalah persoalan yang biasanya akan ditanyakan oleh tetamu kepada anda. Anda  juga mungkin akan diajukan soalan yang sama atau lebih kurang sama berulang-ulang kali. Untuk jimatkan masa anda, saya cadangkan anda siap sedia dengan jawapan bagi persoalan ini semua, sebelum ianya ditanyakan kepada anda (sama ada melalui whatsapp atau mesengger) dan ketika itu anda terlalu sibuk untuk jawab soalan tersebut.
 
Saya doakan semoga bisnes homestay yang bakal anda jalankan atau yang anda sedang jalankan akan bertambah sukses.
 
 
The post Soalan lazim dari tetamu kepada host di Airbnb appeared first on Soal Jawab .MY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://soaljawab.my/soalan-tetamu-kepada-host-airbnb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Bil Elektrik Rm40 Cara Semakan Serta Soalan Lazim

Semakan Bil Elektrik Rm40 Cara Semakan Serta Soalan Lazim

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 581 hits
Semakan Bil Elektrik RM40 Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenar...
Hotel Pecat Robot Tak Bantu Layan Tetamu

Hotel Pecat Robot Tak Bantu Layan Tetamu

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 241 hits
Tokyo Sebuah hotel ikonik di Jepun yang terkenal dengan penggunaan robot sebagai pekerja dilaporkan telah memecat sekitar 243 robot kerana didapati tidak membantu untuk melayani tetamu yang menginap di situ Hotel Henn Na sebelum ini meraih ...
Akhirnya Abah Dan Mama Menjadi Tetamu Allah Swt

Akhirnya Abah Dan Mama Menjadi Tetamu Allah Swt

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 334 hits
AKHIRNYA ABAH DAN MAMA MENJADI TETAMU ALLAH SWT Sedari dari awal usia aku selalu berdoa supaya Abah dan Mama dapat menjejakkan kaki ke Makkah menjadi tetamu Allah SWT Bukan semua orang mendapat rezeki dijemput menjadi tetamu NYA Dulu sesiap...
Ezad Lazim Kesetiaan Cinta Chord

Ezad Lazim Kesetiaan Cinta Chord

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 389 hits
Ezad Lazim Kesetiaan Cinta Chord D A Bm A G D Em A D A Redup Cahaya dalam hatiku Bm A Setelah Engkau pergi G D Rapuh jiwaku mengenangmu Em A Saat kau tiada Disisi D C Waktu Seakan lamban mengiring Bm A Mengapa dalam sepi G F m Selalu bayang...
A Dedicated Ip Web Host Do You Need One

A Dedicated Ip Web Host Do You Need One

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 265 hits
Many large web hosting services are now offering dedicated IP hosting This is a new feature and dedicated IP web host companies clearly see a market and a demand for this But why would you want to use such a host You probably have your web ...
Host An Unforgettable Reunion Dinner At Sheraton Pj

Host An Unforgettable Reunion Dinner At Sheraton Pj

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 275 hits
Brace yourself Just a little over a week and your yi mah gu jie are coming I repeat your yi mah gu jie are cominggg Although by now you should have been familiar with their relentless interrogations but let s be honest here you still get al...
Ipc Strips Malaysia Of Right To Host 2019 World Para Swimming Championships After Israel Athlete Ban

Ipc Strips Malaysia Of Right To Host 2019 World Para Swimming Championships After Israel Athlete Ban

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 251 hits
The 2019 World Para Swimming Championships have been cancelled here in Kuching and will be hosted elsewhere said the IPC today File Photo KUCHING The International Paralympic Committee has stripped Malaysia of the right to host the 2019 Wor...
We Can Organise Other Events Says Dr M After Malaysia Dropped As Games Host

We Can Organise Other Events Says Dr M After Malaysia Dropped As Games Host

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 234 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad is not perturbed about the country losing to host the 2019 World Para Swimming Championships Malaysia was dropped by the International Paralympic Committee after it announced that it would ban athletes fro...
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Untuk Semua Jawatan Berkaitan Spa

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Untuk Semua Jawatan Berkaitan Spa

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 2271 hits
Ujian Psikometrik 2019 Tahniah kepada anda yang sudah lulus Ujian Psikometrik yang dijalankan pihak SPA Bagi sesetengah jawatan caloan akan dipanggil ke Ujian Psikometrik sebelum anda dipanggil untuk temuduga Bagi jawatan lain tiada ujian a...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke

First Impressions Make A Powerful Impact With A Creative Digital Business Card