Smoke Candy Gula Gula Ala Vape Untuk Kanak Kanak
hi there, femes gula gula smoke candy berlegar2 di ruangan wasap group ... memang kena ambil perhatian ni , lagi2 mrs pip ada anak kecil yang belum faham tentang banyak perkara, anak yang senang dipengaruhi akal fikirannya ..
smoke candy ni, based on video yang dikongsi di group wasap, ialah gula gula bila masuk dalam mulut, ia boleh mengeluarkan asap , macam seolah olah kau vape / merokok gitu ...
ok, mungkin gula gula ni mengandungi nitrogen .. well, penggunaan nitrogen di dalam industri makanan bukan sesuatu yg asing , contoh paling senang ialah nitrogen di dalam aiskrim , untuk penyejukan serta merta menjadi ais, dan juga memberikan tekstur berkabus bila kau makam ada asap yang keluar ..
so berbalik kepada cerita smoke candy ni .. apa yang merisaukan ialah, ianya mudah dibeli, dan harga pun tak mahal bagi kebanyakkan orang, TAPI, ianya seakan akan meniru budaya merokok la pula, lagi2 bila gula gula smoke candy tu dibuat dalam bentuk rokok .. budak budak memang sukalah benda benda pelik mcm ni, bagi dorang ni something rare, something interesting ... lagilah dorang balik2 nak makan/consume smoke candy ni ... macam rokok pun ya, macam vape pun ya ... ni nak mengajar anak2 kecil kita merokok ke apa ni????
lepas tu tular juga video kanak kanak yang sedang memakan smoke candy ni dan dorang happy ... well, kita memang nak anak anak sentiasa happy, tapi dalam masa yang sama kita tak nak anak anak kita meniru perbuatan yang memungkinkan mereka kelak cenderung melakukan hal yang tidak kita inginkan seperti smoke candy ni mcm ala ala merokok, so kita nak ke anak2 kita kelak betul2 merokok? mula2 tu main2 tiru2 ada asap kluar mulut, esok2 nanti dorang betul2 pula merokok ! ni yang kita usaha mau elak ni ..
smoke candy ni kita tak mampu nak halang penjualannya, lagipun ni nampak mcm gula gula jak kan, tapi dari sudut pandangan yang lain , it is not fun at all, nmpak mcm ala ala vape , nampak mcm budak2 tu merokok pun ya juga ...
sebagai parents, sama sama kita pantau anak anak kita, bukan setakat aktiviti dalam sekolah , luar sekolah, bahkan apa yang dorang makan minum di luar pun kena pantau juga ... nowadays, pelbagai cara anak anak kita mudah terpengaruh, dan sukar mau deny kan, bab bab pengaruh negatif ni mmg mudah jak anak anak tiru, so memang kena ambil berat hal anak2 kita yang pada usia muda ni mmg cepat terpengaruh ...
alhamdulillah guru2 pun turut sama concern dengan anak anak kita , pentingnya ada two ways communication antara kita dan guru2 anak2 kita ... walaupun hakikatnya guru2 mengajar anak2 kita ilmu di sekolah, tapi guru2 inilah juga yang berusaha menjaga keselamatan anak2 kita semasa dalam waktu persekolahan ... guru2 inilah yg prihatin dengan anak2 kita kan ...
diharap, gula gula berasap ni, atau smoke candy ni dilarang penjualannya di premis sekolah, dan tidak dibenarkan untuk dibawa ke sekolah sekiranya anak2 beli di kedai luar ...
hope Iman n Amin dan kawan2 dia tiada yang terlibat dengan smoke candy ni ... kadang2 kita tak bagi pun anak2 makan benda2 mcm ni, tp kawan2 pula yang baik hati belanja anak2 kita ... adeh.
korang ada nampak tak smoke candy ni dijual kat tempat korang? apa pendapat korang ttg smoke candy ni?
Mrs Pip,
Seorang mommy yang risau.
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2019/07/smoke-candy-gula-gula-ala-vape-untuk-kanak-kanak.html