Sling Bag Polo Citarasa Mr Hubby


Sling bag POLO!!Bag baru. Bag baru. Bukan k.fiezz punya. Mr hubby yang punya. Dia complaint messenger bag yang k.fiezz beli baru-baru ni, tak selesa pakai. Boleh baca entry < TAK SUKA BAG NI >. Ehhh sabo je lah k.fiezz masa mr hubby complaint pasal bag baru ni tau. Udah lah mahai messenger bag tu weii. 90 hengget. Sekali dia tak suka pula. Idak ke sentap sis dengor mr hubby complaint tu. haha. Masam muka sis tau. Muncung k.fiezz macam boleh diikat masa mr hubby balik dari kerja, lepas yang dia complaint tu. Haha. Nak buat macamana, bini sejenis kuat sentap. haha

MALAS NAK BELI BAG BARU
Mula-mula k.fiezz malas nak beli sling bag lelaki yang baru untuk mr hubby. Merajuk. Haha. Kang beli yang baru, tak berkenan lagi. K.fiezz dah keluarkan sling bag lama mr hubby yang sebelum ni. Siap sangkut kat kerusi gaming dia. Sentap tak sentap lah. haha. Duit syiling yang k.fiezz ambil masa 5s nak transfer barang dari sling bag lama ke bag baru, k.fiezz letak semula dalam sling bag lama. haha. 
Lepas tu mr hubby perasan k.fiezz sentap. Biasalah sesi pujuk memujuk lah. K.fiezz cakap kat mr hubby dah sangkut sling bag lama kat kerusi dia. Mr hubby cakap tak nak bag tu sebab zip dia ada yang dah tercabut. Dia hint suruh beli sling bag yang lain. 
Eiii. Motif tau. K.fiezz cakap kat mr hubby, kena tunggu seller yang jual bag branded tu buat live. Mr hubby kata tak semestinya yang branded. Biasa-biasa pun boleh. 
Okey lah dah cakap macam tu..Kita cari lah sling bag lelaki hat lain yang memenuhi piawaian & kriteria mr hubby. 
CARI SLING BAG LELAKI DALAM SHOPEE
Seperti biasalah, dah hint suruh beli sling bag yang lain. K.fiezz buka shopee & cari sling bag lelaki yang menepati citarasa mr hubby. Jenuh juga lah mencari. Mr hubby nak sling bag lelaki yang banyak compartment sebab senang nak asing-asing letak barang. Ada slot untuk letak kunci, ada slot untuk letak purse, handphone, kunci kereta, kunci rumah, vape & lain-lain. Lepas tu senang nak keluar masukkan barang. 
Cari punya cari, jumpa sling bag POLO (rujuk gambar di bawah). Harga dalam RM3x.xx..Okey lah affordable harga tu. Sebelum proceed beli, tunjuk kat mr hubby dulu sling bag POLO ni kat mr hubby. Ada gambar bahagian dalam & luar. Jadi senang nak tengok design sling bag POLO ni macamana. 
Tunjuk kat mr hubby, dia cakap okey. Lulus. Proceed beli. 
Selepas beberapa hari. 
Sling Bag POLO sampai.. Yeayyy..Eh macam k.fiezz yang punya. haha. 
OKEY KE SLING BAG POLO NI?
Okey. Banyak compartment cuma saiz bag ni kecil dari sling bag mr hubby yang lama. Tapi sling bag POLO ni lagi okey dari messenger bag yang 90 hengget tu. Mr hubby cakap messenger bag tu macam bawa beg plastik sebab bahagian tengah, kain pemisah ruang dia jenis lembik. Bila letak barang, macam tak ada fungsi je kain pemisah (divider) tu. Semua barang bercampur. Itu yang mr hubby cakap macam bawa beg plastik merah hat beli barang tu. Haha. Kuang asam. Mahai tau messenger bag tu. Lain orang lain taste dia. Mr hubby k.fiezz tak minat bag macam ni. Ada orang lain, mungkin minat. Berbeza citarasa kita. 
Untuk sling bag POLO ni kat tengah dia, kain jenis keras. Letak barang pun dia elok terletak. Barang-barang pun memang dalam ruang masing-masing. Tak bercampur aduk. Ada comparment belah hadapan & belakang. Jadi senang nak letak kunci kereta kat belakang. Tak payah nak seluk-seluk bahagian dalam bag. 


Sling Bag POLO yang menepati citarasa mr hubby


Bahagian dalam. Yang bahagian tengah tu, kain dia jenis keras. Jadi bila letak barang kiri & kanan, kain tu elok terletak. Tak menganggu



Slot di bahagian depan


Slot bahagian belakang. Boleh letak kunci kereta. 
Overall sling bag POLO yang ni menepati citarasa mr hubby. Legaaa..Kalau idak, jenuh pula nak cari sling bag lelaki yang lain. 
Tak apa lah tak ada jenama pun. Udah mr hubby selesa dengan design yang ni. So biarlah. Beli mahal-mahal pun, mr hubby tak selesa buat apa. Hah, jadi macam messenger bag 90 hengget tu, masuk dalam kotak simpanan k.fiezz. Siapa nak beli, meh pm k.fiezz. haha. #serius ni. haha. Beg tu baru lagi tau, mr hubby baru guna 2-3 kali sebelum sling bag POLO ni sampai.  Korang boleh rujuk entry k.fiezz kat atas. Berminat, roger je k.fiezz.. Mana tau kot nak beli untuk en suami ke, boyfriend ke, en tunang ke kan?hehe

GUNA BARANG IKUT KESELESAAN SENDIRI....

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/10/Sling-Bag-POLO-Citarasa-Mr-Hubby.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gucci Messenger Bag Dan Beg Lv Mini Neverfull Koleksi Terbaru

Gucci Messenger Bag Dan Beg Lv Mini Neverfull Koleksi Terbaru

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 464 hits
Beg baru lagi uolls tapi sling bag lelaki untuk mr hubby Eh yea ke beg untuk mr hubby je haha Nak tahu teruskan bacaan Kalau tengok tajuk dah boleh agak rasanya hehe K fiezz memang failed betul kalau beg ni tau Siapa yang rajin singgah ke b...
Zahid Dakwa Muhyiddin Jadikan Najib Punching Bag

Zahid Dakwa Muhyiddin Jadikan Najib Punching Bag

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 223 hits
October 5 2021Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meny ifatkan Muhyiddin Yassin cuba mengalih perhatian apabila mengaitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan isu menarik taraf Kompleks Seri Perdana di Putrajaya bernilai RM38 5 juta Katan...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Siti Nordiana Seribu Setia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga