Skmm Turun Padang Tangani Masalah Internet


 
SKMM akan terus memantau perkembangan dan jika perlu mengambil tindakan susulan supaya masalah capaian internet di seluruh negara ditangani dengan tuntas sekali gus membolehkan penduduk setempat melaksanakan aktiviti dengan lancar.KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus mempertingkatkan usaha menangani masalah capaian internet yang dihadapi penduduk di seluruh negara dengan melaksanakan aktiviti turun padang bagi meninjau situasi sebenar di lokasi aduan.
Antaranya, melibatkan laporan media mengenai kisah empat beradik di Kampung Rambai, Padang Siding, Arau, Perlis yang dilaporkan tidak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana capaian internet perlahan dan terpaksa berkongsi peranti.
“Susulan itu, pihak SKMM telah mengambil inisiatif membawa keluarga berkenaan ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Chuping yang terletak 5km dari tempat mereka dengan PIK disediakan dengan peranti dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada komuniti,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan.
Selain itu, SKMM turut mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan di kawasan terbabit iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile untuk menjalankan pengoptimuman rangkaian dari menara berdekatan bagi meningkatkan kualiti capaian internet dan proses itu dijangka siap hujung bulan ini.
Mengenai laporan media berkenaan kisah lebih 70 pelajar anak Orang Asli Kampung Lubuk Legong, Mukim Siong di Baling, Kedah yang menghadapi kesukaran mengikuti PdPR, SKMM memaklumkan hasil siasatan mendapati masalah berbangkit di kawasan itu bukan mengenai isu liputan mudah alih, sebaliknya isu ketersediaan peranti untuk tujuan PdPR.
Ia terbukti dengan hasil keputusan ujian kelajuan muat turun oleh pegawai SKMM yang menunjukkan kualiti liputan di kampung itu amat memuaskan serta diakui oleh pengadu.
Sementara itu, SKMM berkata sebuah menara komunikasi berdekatan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan akan dinaik taraf kepada liputan 4G bawah pelan JENDELA dan dijangka siap hujung tahun ini serta dapat membantu lebih 300 pelajar sekolah itu.
Mengenai laporan masalah capaian internet di Kampung Kuala Sat, mukim Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, SKMM memberitahu tinjauan ke kawasan itu diadakan pada 1 Feb lepas bersama syarikat penyedia perkhidmatan.
Menurut SKMM, menara komunikasi berdekatan kampung itu dan beberapa kampung dalam mukim Ulu Tembeling akan dinaik taraf kepada liputan 4G bawah pelan JENDELA yang dijangka bermula pada suku kedua 2021.
Turut diambil tindakan oleh SKMM adalah masalah liputan internet lemah di Kampung Selindang, Padang Tengku, Lipis dan sebuah menara komunikasi baharu akan dibina bawah pelan JENDELA yang dijangka bemula suku ketiga tahun ini.
Menara sedia ada berhampiran juga akan dinaik taraf kepada liputan 4G untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di Kampung Selindang dan beberapa kampung berhampiran yang dijangka bermula pada suku kedua 2021.
Mengenai permohonan liputan pencawang menara telefon di Kampung Mentara Baru, Merapoh, Lipis, SKMM telah mengadakan lawatan tapak dan mendapati menara sedia ada tidak mempunyai liputan 4G.
“Justeru, sebagai penyelesaian jangka panjang, pihak Digi telah memaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf menara kepada liputan 4G akan siap menjelang pertengahan Februari ini dan perkembangan kerja menaik taraf menara sedang dipantau oleh MCMC serta pengadu atau wakil penduduk akan dimaklumkan mengenainya setelah kerja naik taraf selesai,” menurut kenyataan itu.
Turut dilaksanakan ialah rangkaian gentian optik meliputi beberapa menara sedia ada termasuk di Kampung Mentara Baru yang siap pada minggu pertama Februari.
SKMM menyatakan pihaknya akan terus memantau perkembangan dan jika perlu mengambil tindakan susulan agar masalah capaian internet di seluruh negara ditangani dengan tuntas sekali gus membolehkan penduduk setempat melaksanakan aktiviti mereka dengan lancar. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/skmm-turun-padang-tangani-masalah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Perlu Tangani Masalah Rakyat Sebelum Bantahan Meluas

Pn Perlu Tangani Masalah Rakyat Sebelum Bantahan Meluas

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 291 hits
Rasa tidak puas hati rakyat perlu diatasi segera agar tidak meluas dan mencetuskan gerakan massa Hal itu diungkapkan oleh Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Syed Badli Shah Syed Osman Menurut Syed Badli Malaysia telah mengalami beberapa gera...
Nik Ezanee Turun Padang Lagi Kali Ini Damaikan 2 Jiran Berselisih Faham Dan Siap Beri Buah Tangan

Nik Ezanee Turun Padang Lagi Kali Ini Damaikan 2 Jiran Berselisih Faham Dan Siap Beri Buah Tangan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 359 hits
593 total views 326 views today Keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal yang sangat prihatin dan dekat di hati orang awam tidak perlu dinafikan lagi Saban hari pasti ada sahaja khidmat baktinya dalam menyantuni ...
Skmm Akan Memberikan Respon Dalam Tempoh 24 Jam Untuk Aduan Masalah Sambungan Jalur Lebar

Skmm Akan Memberikan Respon Dalam Tempoh 24 Jam Untuk Aduan Masalah Sambungan Jalur Lebar

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 242 hits
SKMM kini mengatakan mereka akan memberikan respon dengan menghantar pegawai ke kawasan yang menghadapi masalah sambungan internet dalam tempoh 24 jam daripada aduan diterima Menurut SKMM selepas mene
Hiburan Tak Mahu Dilabel Riak Adi Putra Enggan Muat Naik Foto Ketika Turun Padang Hulur Bantuan Di Media Sosial

Hiburan Tak Mahu Dilabel Riak Adi Putra Enggan Muat Naik Foto Ketika Turun Padang Hulur Bantuan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 725 hits
Pelakon Datuk Adi Putra dan pasukan pertubuhan amal Jai The Legend miliknya kini difahamkan sedang giat menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan di luar sana gara gara wabak pandemik COVID 19 yang ternyata telah menyebabkan seseteng...
Cara Ping Blog Di Kakiping Com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping Blog

Cara Ping Blog Di Kakiping Com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping Blog

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 326 hits
Cara Ping Blog Di Kakiping com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping BlogAssalamualaikum dan salam sejahteraSebagai seorang blogger salah satu tujuan anda membuat blog adalah mendapatkan trafik yang tinggi Salah satu cara untuk mendapatka...
Aromatic Virgin Coconut Oil Membantu Atasi Masalah Keguguran Rambut

Aromatic Virgin Coconut Oil Membantu Atasi Masalah Keguguran Rambut

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 295 hits
Assalamualaikum semua FD rasa excited sangat nak share dengan korang pasal benda best ni Lagi lagi benda yang memang semua orang tau khasiat dan kebaikannya untuk semua orang Ye semua Sebab sesuai untuk bayi sehingga lah orang yang berumur ...
Jatuh Ke Dalam Jurang Minyak Mempunyai Masalah Besar Pada Masa Akan Datang

Jatuh Ke Dalam Jurang Minyak Mempunyai Masalah Besar Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 341 hits
Harga minyak mentah kembali ke dalam dinamik negatif pada hari Selasa pagi di tengah keadaan yang tegang dengan tahap permintaan untuk emas hitam yang terbatas dengan latar belakang wabak coronavirus yang sedang berlangsung dan pertumbuhan ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025