Skintific Mugwort Anti Pores Acne Clay Mask Best Clay Mask For Pores And Acne
Tak pasal-pasal terkena racun TikTok. Pertama kalinya juga saya membeli barang melalui aplikasi TikTok. Racun TikTok tu benar ya teman-teman. Terbeli Skintific Products ni asyik lalu lalang je. Products Skintific ni viral juga, salah satunya Skintific mugwort anti pores & acne clay mask.
Memandangkan tak ada face mask jenis clay, itu yang membuak buak rasa nak membeli tu. Tambah lagi teracun bila katanya best clay mask for pores and acne. Memang sesuailah untuk kulit saya tu.
Skintific mugwort clay mask ingredientsKey IngredientsAnti-acne : Niacinamide, Salicylic AcidAntioxidant : Oryza Sativa (Rice) Bran Oil, Centella Asiatica Extract, Sophora Flavescens Root Extract, Zingiber Officinale (Ginger) Root Extract
Mugwort Mempunyai sifat anti-radang yang baik Membersih dan melembutkan kulitBetulkan penghalang kulitMengecilkan pori-pori
CentellaMempunyai sifat antioksidan Boleh tenang kulitMenghidupkan semula penghalang kulit
MontmorilonitSalah satu jenis topeng yang paling berkesan di Perancis Boleh hilangkan jerawat dan kawal sebum, kulit tak jadi Terasa kering.
Didatangkan dengan spatula khas untuk sapuan clay mask pada muka. Tak payah kotorkan jari. Nak sapukan clay mask pada muka pun senang
Cara pakai Skintific mugwort clay mask1. Cuci muka dan keringkan terlebih dahulu
2. Ambil clay mask dengan menggunakan spatula kemudian sapukan pada keseluruhan muka kecuali bahagian mata. 3. Biarkan selama 15 minit
4. Bilas muka dengan air suam
Tekstur clay mask ni jenis licin dan mudah disapu pada kulit muka.
Beli bulan hujung bulan Jun dan mula pakai awal bulan Julai. Lebih kurang 2 bulan lebih baru habis. Pertengahan bulan September saya restok Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask sebab ada perubahan baik pada kulit saya
Selepas cuci muka pakai clay mask ni, muka rasa segar, kulit bersih, lebih cerah dan mengecilkan liang pori. Best sangat pakai. Kalau ada jerawat pun kecut! Kalau tengok TikTok pun ramai review yang kata produk ni bagus. Tapi kena konsisten pakai ler. Ada yang dah pakai berbekas bekas dah pun
Kontang bekas pertama Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask. Okay, next bekas kedua. Bekas kedua pun licin juga. Cuma tak ambil gambar je. Lepas tu tiada bekas ketiga sebab saya berhenti pakai. Bukan sebab tak bagus tapi sebab bajet ke arah lain pula. Hehe..
Beberapa bulan lepas Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask keluarkan pek baru bukan lagi dalam jar ni. Tapi didatangkan dalam bentuk stick. Lagi mudah lah nak pakai. Dah beberapa bulan berhenti pakai ni, ada bajet nak beli jenis stick pula.
Kalau perasan, watermark tu tahun lepas. Ye, cerita pun tahun lepas. Tak perasan pula dok peram lama dalam draft. Mungkin dalam tempoh tu mood Writer's block menyapa kot.
Dulu macam susah nak cari produk Skintific ni. Kena beli online di Shopee, Lazada atau TikTok Shop. Sekarang ni dah mudah nak beli. Boleh terus beli di Drugstore Guardian. Tapi nak murah beli di TikTok Shop lah kan. Sentiasa ada sale
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/07/skintific-mugwort-anti-pores-acne-clay.html