Skim Pencen A B Cara Tukar Kaedah Pembayaran Pencen


Skim Pencen A B : Cara Tukar Kaedah Pembayaran Pencen
Setiap penjawat awam layak untuk menerima pencen dengan syarat jawatan tetap, sah jawatan, diberi Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dan bersara di bawah undang-undang pencen.
Skim Pencen A B misalnya sangat penting kerana ia memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda informasi penting berkenaan Skim Pencen A B dan cara menukar kaedah pembayaran pencen dari Skim B ke Skim A.
Baca juga:
Skim Bantuan Am Persekolahan MAIWP Skim Air Darul Ehsan (SADE) Skim Perubatan Madani Apa itu Skim Pencen A B? Skim pencen adalah skim persaraan yang disediakan oleh kerajaan atau majikan untuk memberi manfaat kewangan kepada pekerja apabila mereka bersara.
Dalam konteks Skim Pencen A dan B, istilah ini merujuk kepada dua jenis skim pencen yang biasanya ditawarkan oleh kerajaan atau institusi tertentu.
Kaedah Pembayaran Skim Pencen A B Berikut adalah kaedah pembayaran skim pencen A B:
1. Skim A
Bayaran akan dikreditkan setiap bulan terus ke akaun bank pesara / penerima dan pesara / penerima boleh terus membuat pengeluaran pencen di mesin ATM. Pesara mempunyai pasangan yang dikahwini dalam perkhidmatan (iaitu pasangan yang layak diberi pencen terbitan selepas kematian pesara). 2. Skim B
Bayaran secara pengkreditan ke dalam akaun bank setiap bulan kepada pesara atau penerima pencen. Pesara / penerima perlu hadir ke kaunter bank setiap bulan bagi proses pengesahan sebelum bayaran dikreditkan ke akaun bank. Pesara / penerima pencen tunggal (bujang / duda / balu) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara / penerima pencen. Penerima pencen yang uzur, OKU atau anak di bawah umur 21 tahun. Bagi pesara / penerima pencen yang tidak berupaya untuk hadir ke bank pada setiap bulan, Wakil Diri boleh dilantik dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B07: Pelantikan Wakil Diri Untuk Pesara atau Penerima Pencen dan Borang JPA.BP.SPT.B06: Maklumat Akaun Bank Penerima Pencen (dibenarkan penggunaan akaun perseorangan atau akaun bersama). 3. Skim A Berwakil (dengan permohonan)
Pesara / penerima pencen (bujang / duda) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara / penerima pencen. Pesara / penerima pencen boleh membuat penukaran cara bayaran pencen dari Skim B ke Skim A Berwakil (Pengkreditan Automatik Ke Bank) dengan syarat melantik Wakil Diri dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B08: Permohonan Perlantikan Wakil Skim A (hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan). Bank Yang Terlibat Dalam Sistem Pembayaran Pencen Bank Muamalat (M) Berhad Malayan Banking Berhad (Maybank) Bank Simpanan Nasional Affin Bank Berhad CIMB Bank Berhad Bank Islam Malaysia Berhad Public Bank Berhad Alliance Bank Berhad RHB Bank Berhad HSBC Bank Malaysia Berhad Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad Hong Leong Bank Berhad Agro Bank Berhad Kelebihan Pembayaran Melalui Skim A Lebih cekap dan mudah. Pesara / penerima tidak perlu hadir ke kaunter bank setiap bulan untuk pengesahan. Mengelakkan kes-kes pencen luput sekiranya pesara / penerima tidak hadir ke bank bagi tempoh TIGA (3) bulan berturut-turut. Cara Tukar Skim B ke Skim A Anda boleh membuat penukaran kaedan pembayaran pencen daripada Skim B ke Skim A dengan sangat mudah.
Pesara hanya perlu mengemukakan borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) serta salinan Kad Pengenalan Wakil. Borang boleh dimuat turun pada puatan di bawah ini:
JPA.BP_.SKP_.B08Download Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan tepat, kemudian hantar kepada KWAP melalui mana-mana saluran berikut:
Muat naik melalui pautan : https://feedbacks.kwap.my/ Emel kepada : [email protected] Hantar ke kaunter khidmat pelanggan KWAP di Cyberjaya Hantar secara pos ke alamat berikut : Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 11, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor FAQ Skim Pencen 1. Siapakah yang layak memohon perbelanjaan bagi kemudahan perubatan? Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur di bawah 18 tahun atau yang masih bersekolah di bawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.
2. Apakah yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga sekiranya pegawai meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan? Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapat mengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian Pencen, JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematian gemulah. Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhir gemulah.
3. Bagaimanakah prosedur menggantikan kad pesara yang hilang? Kad pesara boleh dibuat di kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya atau kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya.
4. Berapakah amaun pencen terendah? Pencen terendah bagi perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 25 tahun (300 bulan) ialah RM1,000 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.
5. Apakah kesan pencen di bawah Skim B jika tidak dituntut selama 3 bulan atau lebih? Sekiranya dalam tempoh 3 bulan berturut-turut bayaran pencen di bawah Skim B tidak dituntut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan terhenti. 

Pesara perlu melaporkan kepada pihak KWAP untuk mengaktifkan semula akaun tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.
6. Bolehkah pencen dituntut oleh orang selain dari pesara / penerima pencen itu sendiri? Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/penerima pencen itu.
Maklumat Lanjut Aras 11, Skytech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon : +603 8887 8700 (Talian pejabat), +603 8887 8777 (Pusat panggilan) Faks : +603 8887 8770 Emel : [email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/skim-pencen-a-b/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=skim-pencen-a-b

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Cara Awet Muda Dengan Senam Yoga Wajah Atau Muka

6 Cara Awet Muda Dengan Senam Yoga Wajah Atau Muka

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 200 hits
Cara awet muda dengan senam yoga wajah atau muka nbsp nbsp Hallo sobat pembaca setia kali ini kami akan memberikan tips tentang cara awet muda dengan senam yoga wajah atau muka mungkin tidak ada salahnya bila anda mau untuk mencoba senam yo...
9 Cara Facial Putih Telur Dapat Dilakukan Dirumah

9 Cara Facial Putih Telur Dapat Dilakukan Dirumah

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 103 hits
Cara facial putih telur dapat dilakukan dirumah nbsp Mungkin anda bertanya bagimana cara facial dengan putih telur nbsp nbsp Hingga penasaran hingga sampai membaca artikel kami kali ini sebenarnya facial ini merupakan facial yang 100 simpel...
10 Cara Menghilangkan Flek Hitam Diwajah Secara Alamiku

10 Cara Menghilangkan Flek Hitam Diwajah Secara Alamiku

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 102 hits
Cara menghilangkan flek hitam diwajah secara alamiku nbsp Apakah anda mempunyai flek hitam di wajah anda Apakah anda ingin menghilangkan dengan cara alami berarti anda sangat tepat sekali masuk di situs kami kami disini akan memberikan cara...
Menu Diet Mayo Cara Tercepat Menurunkan Berat Badan

Menu Diet Mayo Cara Tercepat Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 104 hits
Menu diet mayo cara cepat menurunkan berat badan Mungkin sebagian orang pasti ingin sekali menurunkan berat badan tanpa harus melakukan secara fisik dan bagi anda yang ingin sekali menurunkan berat badan dengan cepat serta memperoleh tubuh ...
8 Cara Berhenti Merokok 100 Berhasil Dan Cepat

8 Cara Berhenti Merokok 100 Berhasil Dan Cepat

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 147 hits
Cara berhenti merokok 100 berhasil dan cepat nbsp Bagi yang sudah terlanjur atau para pecandu rokok berat maupun aktif memang susah untuk berhentinya mungkin ada sebagian orang berkata besok saya akan berhenti merokok namun beberapa hari ke...
11 Cara Membuat Perut Sixpack Cepat Dan Mudah

11 Cara Membuat Perut Sixpack Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 182 hits
Cara membuat perut sixpack cepat dan mudah Apakah anda menginginkan perut anda menjadi sixpack atau cara membentuk otot perut menjadi sixpack Tentunya itu semua keinginan bagi para pria agar lebih gagah dan maco disini kami akan memberikan ...
29 Cara Mengecilkan Pipi Dan Dagu Tembem Atau Chubby

29 Cara Mengecilkan Pipi Dan Dagu Tembem Atau Chubby

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 271 hits
Cara mengecilkan pipi dan dagu tembem atau chubby nbsp nbsp Apakah anda mempunyai pipi tembem atau chubby Dan apakah anda mempunyai dagu yang tembem juga lalu anda ingin mengecilkan atau meniruskan pipi dan dagu tembem anda Pendapat orang m...
8 Cara Mengencangkan Wajah Dengan Cara Alamiku

8 Cara Mengencangkan Wajah Dengan Cara Alamiku

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 114 hits
Cara mengencangkan wajah dengan cara alami nbsp Apakah kulit wajah kendur seperti telah berumuran tua padahal diri anda masih muda nbsp Hal itu dapat membuat diri anda tidak percaya diri apabila anda mencari cara alami berarti anda sudah te...
Cara Agar Dapat Jodoh Yang Sholeh Dan Baik

Cara Agar Dapat Jodoh Yang Sholeh Dan Baik

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 263 hits
Cara agar dapat jodoh yang sholeh dan baik Kali ini kami nbsp akan menuliskan tentang bagimana cara agar dapat jodoh pasangan yang baik nbsp dan nbsp dinginkan nbsp untuk menjemput jodoh yang baik Dalam islam jodoh nbsp baik ialah jodoh yan...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang