Skim Khas Untuk Pati


 Shahril Hamdan
Shahril Sufian Hamdan Semenjak bermula penularan Covid-19, satu sudut yang samar dalam strategi memerangi pandemik ini adalah soal berhubung pekerja asing tanpa izin (PATI).
Pelbagai laporan dan analisis membayangkan bahawa jika golongan ini tidak diberi perhatian, maka pendekatan itu tidak lengkap.
Selagi pendekatan itu tidak lengkap, kesan rantaian kepada krisis ekonomi dan kesihatan kepada negara serta rakyat Malaysia tidak akan dapat ditangani sepenuhnya.
Suatu kaedah untuk dipertimbang Kerajaan – yang kini mempunyai kuasa luas dibawah keadaan darurat:
1. Anggaran PATI di negara kita sekitar 3 juta.
Majoriti besar PATI bekerja (secara tidak sah) – sama ada di sektor perladangan, pembinaan, F&B, pembantu rumah dan sebagainya.
2. Cabaran sekarang adalah Covid. Selagi PATI tidak disaring, dirawat, atau kelak diberi vaksin, risiko penularan Covid-19 dikalangan masyarakat setempat tidak boleh terkawal sempurna. Ia juga soal perikemanusiaan yang wajar mengatasi sentimen nasionalisme dan sebagainya.
3. PATI takut disaring dan tidak mahu ke hadapan secara sukarela kerana akan diambil tindakan. Majikan mereka pun barangkali tidak ada insentif atau motivasi untuk hendak membantu untuk mereka mendapat saringan, rawatan atau vaksin kelak.
4. Maka, mampukah kita wujudkan suatu skim khas untuk tempoh terhad dan singkat demi matlamat utama negara disamping berlaku adil kepada semua pihak?
5. Yakni, kita wujudkan tempoh pengampunan atau “amnesty” untuk semua PATI tampil kehadapan dengan syarat:
A) majikan yang kini menggajikan mereka secara tidak sah, membayar kos permit sekitar RM2,800
B) tentunya permit tersebut terikat dengan tempat kerja mereka. Bukan permit bebas.
C) tiada ejen atau orang tengah supaya mengurangkan risiko pihak yang mampu menindas pihak PATI (contoh ambil duit dan pasport kemudian hilang) atau mengaut untung dari Kerajaan.
D) sebagai “penalti” kerana berada dalam negara kita tanpa izin, mereka/majikan membayar cukai ke LHDN setiap tahun bersamaan RM100 sebulan (walaupun rata-rata pendapatan mereka tidak akan sampai tahap gaji yang minima sebelum dikenakan cukai pendapatan). Bayaran ini boleh dikenakan setiap bulan melalui potongan PCB khas, atau setiap kali ada pembaharuan permit.
E) selepas tamat tempoh “pengampunan” – contohnya 3 bulan – operasi besar-besaran berserta tindakan tegas wajar diambil terutamanya kepada majikan yang masih degil.
6. Dengan skim seperti ini, diharap beberapa matlamat tercapai sekaligus:
– PATI yang telah berubah status boleh mendapat ujian saringan Covid-19 dan rawatan seperti rakyat dan pekerja asing sah yang lain. Ini soal kemaslahatan masyarakat dan perikemanusiaan.
– majikan yang selama ini mendakwa mahu mendaftarkan PATI sebagai pekerja sah tetapi tiada cara, sekarang ada cara dan tiada alasan.
– walaupun BUKAN matlamat utama, tetapi mampu menjana pendapatan Kerajaan RM12 bilion “one off” untuk tahun pertama dan lebih RM 3 bilion untuk tahun-tahun selepasnya. (RM2,800 x 3 juta) + (RM1,200 x 3 juta)
– meningkatkan keterlihatan pekerja asing di Malaysia, di mana (secara teori) sistem akan mampu mengesan dan memantau data lebih ramai pekerja yang selama ini “invisible”: lokasi mereka bekerja, tempat tinggal, majikan dll. Selagi ramai individu “di luar” sistem dan tidak direkod, selagi itulah pelbagai masalah timbul termasuklah risiko jenayah, tetapi juga risiko bermacam penindasan terhadap PATI yang wajar ditangani.
7. November lalu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan skim yang serupa tetapi terhad kepada sektor tertentu dan kurang jelas butiran pelaksanaannya. Semoga cadangan seperti ini dapat dipertimbang dan diperhalusi Kerajaan sebagai satu lagi langkah ke arah mencapai objektif besar negara – menyelesaikan segala cabaran akibat pandemik Covid-19. MALAYSIA GAZETTE.

(*) Shahril Hamdan- Ketua Penerangan UMNO Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/skim-khas-untuk-pati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahidan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Kanak Kanak

Shahidan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 416 hits
Pada 2 November 2020 dalam usaha memperkasakan Parlimen Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mencadangkan penubuhan sembilan jawatankuasa pilihan khas yang baharu Menurut beliau cadangan dengan pendekatan rentas parti adalah...
Ph Terima Jemputan Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Kendali Perjalanan Darurat

Ph Terima Jemputan Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Kendali Perjalanan Darurat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 240 hits
bharian comOleh Januari 14 2021 11 49amSaifuddin Nasution Ismail Foto NSTPKUALA LUMPUR Pakatan Harapan sudah menerima surat jemputan menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang bakal ditubuhkan bagi mengendali perjalanan darurat Perkara itu disa...
Khas Buat Walaun Yang Jaja Melayu Dan Agama Islam Terancam

Khas Buat Walaun Yang Jaja Melayu Dan Agama Islam Terancam

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 273 hits
Aku nak tanya sepanjang 22 bulan PH jadi kerajaan apa yang rakyat dapat Kelantan dan Terengganu dapat Royalti Minyak Projek Jambatan Palekbang Penambang Tumpat yang berpuluh tahun tinggal Batu tanda diluluskan semasa PH jadi Kerajaan Progra...
Lihat 7 Koleksi Edisi Khas Kasut Adidas X Dragon Ball Z

Lihat 7 Koleksi Edisi Khas Kasut Adidas X Dragon Ball Z

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 234 hits
Memetik laporan laman Yeezy Mafia pihak Adidas akan melancarkan 7 kasut edisi khas adidas tahun ini untuk koleksi bersama Dragon Ball Z Setiap jenis kasut yang akan dipasarkan ini juga telah dimaklumkan bulan ianya akan dijual kepada orang ...
Ciri Khas Mua Ari Izam Yang Kini Makin Populer Nggak Sekadar Bikin Pangling

Ciri Khas Mua Ari Izam Yang Kini Makin Populer Nggak Sekadar Bikin Pangling

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 329 hits
Sukses bikin warganet tercengang kira kira apa ya ciri khas yang dimiliki Ari Izam
Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 Oleh Perdana Menteri Malaysia

Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 Oleh Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 648 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Segalanya telah pernah bermula dahulu namun perjumpaan kali ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 telah membuahkan hasil yang membawa kepada perkenan oleh S...
Teks Penuh Ucapan Khas Proklamasi Darurat Malaysia Sehingga 1 Ogos 2021 Muhyiddin

Teks Penuh Ucapan Khas Proklamasi Darurat Malaysia Sehingga 1 Ogos 2021 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 479 hits
Intipati Utama Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri Januari 2021Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID19 daripada menjadi serius Darurat Kerajaan awam akan terus berfungsi Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk ...
Teknik Simple Tapi Power Saya Untuk Settings Fb Ads Khas Untuk Audience Customer

Teknik Simple Tapi Power Saya Untuk Settings Fb Ads Khas Untuk Audience Customer

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 253 hits
Sementara saya tengah setup iklan saya saya fikir alang alang tu lebih baik saya kongsikan kepada anda semua bagaimana saya settings FB ads khas untuk audience customer Saya sudah lama juga gunakan teknik ini dan cara ini boleh jadi tidak s...
7 Kuliner Khas Kalimantan Yang Harus Kamu Coba Jika Berkunjung Ke Pulau 1000 Sungai Ini

7 Kuliner Khas Kalimantan Yang Harus Kamu Coba Jika Berkunjung Ke Pulau 1000 Sungai Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 244 hits
Selain keindahan sungai dan hutannya yang masih asri Kalimantan juga menyimpan banyak makanan khas yang perlu dicoba dan dijelajahi
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Daiyan Trisha Feat Alfie Zumi Jom Raya Chord

Penerangan Jenis Jenis Tebuan Di Malaysia

Senarai Dan Jenis Tupai Di Malaysia

Diam Dan Jujur Itu Bijak

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn