Skill Menabung Untuk Kahwin Gadis Tunangnya Kumpul Rm 11k Setahun Dengan Cara Ni
Kebanyakan daripada kita pastinya sedang sibuk mengumpul duit bagi membuat persiapan demi menghalalkan orang yang kita cintai. Untuk berkahwin, pelbagai benda perlu dibelanjakan menggunakan wang.
Justeru daripada itu, untuk mengumpul duit demi mendirikan rumah tangga ini bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan cara simpanan serta perancangan yang betul, perkahwinan yang diidamkan pastinya akan tertunai jua.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Shaa Ismail ada berkongsikan tentang caranya mengumpul duit menjelang hari perkahwinannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Cara shaa simpan duit
1 haribulan -RM 1
2 haribulan -RM 2
3 haribulan -RM 3
4 haribulan -RM 4
5 haribulan -RM 5
6 haribulan -RM 6
7 haribulan -RM 7
8 haribulan -RM 8
9 haribulan -RM 9
10 haribulan -RM 10
Buat sampai 30 haribulan -RM 30
Cara 1:
Total 1 hari bulan RM 1, 2 haribulan RM 2, 3 hari Bulan RM 3, sampai 30 haribulan akan dapat RM 465 seorang. Kalau pasangan kita pun buat yang sama ×2 dapat RM 930.00 sebulan.
Andai kata ada 31 haribulan buat sampai 31 haribulan jadi total RM 496 seorang kalau campur pasangan kita, RM 992.00 sebulan ×12 bulan total setahun RM 11,904.00.
Cara 2:
1 haribulan RM 2, 2 haribulan RM 2, 3 haribulan RM 2, buat dari 1 haribulan sampai 30 haribulan ada RM 60.00, kalau pasangan kita buat sekali total RM 120 sebulan, RM 120 x 12 bulan boleh dapat RM 1,440 setahun.
Cara 3:
1 haribulan letak RM 30, 2 haribulan letak RM 29, 3 haribulan letak RM 28. Amaun yang sama dengan cara 1, cuma cara terbalik.
Cara 4:
1 haribulan RM 1, 2 haribulan RM 1, 3 haribulan RM 1, buat sampai 30 haribulan dapat RM 30.00. Kalau buat dengan pasangan dapat RM 60.00 sebulan ×12 bulan dapat RM 720.00.
Cara 5:
Kalau mampu letak sekepuk (penuh) bagi pada pasangan untuk simpan. Kalau macam shaa ada rumah sewa kena bayar, ada motor kena bayar, shaa simpan sikit-sikit.
Shaa buat menabung ni sejak mula bertunang. Jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama ambil dari tabung. Kalau nak topup ke isi minyak ke beli rokok ke duit tabung tak boleh usik. Cara menyimpan ni shaa dapat sebab selalu boros.
Sediakan dua beg duit
Then memang habis je duit dalam bank. So cara macam ni simpan dalam tabung kat rumah atau dalam purse sediakan dua beg duit. Satu untuk belanja harian, satu untuk simpanan.
Macam shaa gaji dua minggu sekali, abang gaji hujung bulan so dia memang bagi sekepuk (penuh). Cara ni duit gaji kita pun nampak kemana. So memang nak gaduh pasal duit takda kot. Harini 1 Disember, boleh la mula menabung. Goodluck gaiss.
Tabung haji
Dua bulan sekali boleh masukkan dalam tabung haji. Bagus tabung haji ni sebab pakai buku je so takde la gatai tangan nak pergi cucuk duit.
Shaa kena bayar sewa rumah juga, motor pun kena bayar. Jadi cara yang kat atas shaa guna untuk simpan dengan tunang shaa. Jangan salah faham ye. Shaa bukan duduk rumah parents. So cara mcm ni simpan sikit-sikit inshaAllah boleh.
Ohh ya duit semua better perempuan yang pegang. Lelaki pulak kena selalu monitor. RM 992×12bulan dapat RM 11,904, moga bermanfaat ya.
11/08/19 kami bertunang, 6/12/19 kami baru kahwin.
Sumber: Shaa Ismail
The post Skill Menabung Untuk Kahwin, Gadis & Tunangnya Kumpul RM 11k Setahun Dengan Cara Ni appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/12/skill-menabung-untuk-kahwin-gadis-tunangnya-kumpul-rm-11k-setahun-dengan-cara-ni/