Sketsa Petang Tentang Kelptovirus
Oleh MOHAMED HANIPA MAIDINMarch 24, 2020 Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun ditegur ibunya kerana asyik tonton sebuah filem bertajuk ” kleptovirus” beberapa kali-mentang mentanglah cuti sebab COVID-19. Ibunya yang pelik lalu bertanya;“Adik, kenapa adik asyik tonton filem tu berulang kali? Best sangat ke?”Lalu dijawab “lejen ma. Bukan apa ma. Adik pelik dan fikir kenapalah PEROMPAK tu semua tak lari ikut PINTU DEPAN? Kenapalah PEROMPAK dan PENYAMUN itu semua gi keluar ikut PINTU BELAKANG dan ada juga yang pergi TEBUK “ATAP”.Ibunya yang mula- mula marah kini telah bertukar mood. Si ibu pun tak sabar nak tahu. Lalu si ibu pun bertanya “kenapa ya dik, rumah terbakar ke?”Dengan penuh confident si anak menjawab.“Begini mama. Lepas adik tonton 10 kali, baru adik faham. Rupanya semua PEROMPAK dan PENYAMUN tu tak berani ikut PINTU DEPAN sebab kat luar pintu depan tu ada POLIS dan SPRM ma. Tu yang dia orang TAKUT ma. Pengarah tak lah tunjuk gambar POLIS dan SPRM tu. Tapi adik fikirlah. Sebab, dihujung filem tu semua PEROMPAK dan PENYAMUN tu kena sumbat dalam PENJARA!”.Si ibu yang kini dah makin teruja terus bertanya “tapi macam mana mereka semua boleh lepas ikut PINTU BELAKANG dan melalui ATAP?Si anak yang semakin confident menjawab “simple je ma. Ada PENGKHIANAT yang tolong ma! Cuma adik pelik pengkhianat tu semua nampak macam muka baik dan yang SOKONG PENGKHIANAT pun macam muka orang sembahyang! Tak pe ma, nanti adik tonton lagi ya ma!”Si ibu kini menyokong “ok dik. Adik tengok lagi ya. Lepas tu cerita kat mama ya!"
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/03/sketsa-petang-tentang-kelptovirus.html