Skandal Xfox Dedah Kecuaian Urus Tadbir Terengganu Fc


 \


HarapandailyJuly 3, 2025Skandal XFOX–Terengganu FC melibatkan kerajaan negeri Terengganu secara tidak langsung memandangkan TFC adalah entiti di bawah naungan kerajaan negeri.
Isu utama adalah ketirisan dalam proses penelitian sewajarnya (due diligence) oleh pihak kerajaan negeri dan kelab sehingga mengakibatkan terjerat dengan syarikat yang mencurigakan.
Mulanya, XFOX menawarkan diri sebagai penaja platinum TFC dan menjanjikan sumbangan RM1.5 juta serta pembinaan padang sintetik di XFOX Arena, Subang Bestari.


Perjanjian antara TFC dengan syarikat bermasalah itu ditandatangani pada 9 Jun 2024.
Namun, hanya 48 jam selepas perjanjian dimeterai, TFC membatalkan kerjasama secara bersama dan memulangkan kembali wang tajaan RM1.5 juta, tanpa sebarang tuntutan dari kedua-dua pihak.
Walhal, sejak 14 Jun 2023, beberapa entiti berkaitan XFOX (seperti XFOX Market Sdn. Bhd. dan XFOX Market Trust) telah dimasukkan dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menerima deposit tanpa lesen dan penggunaan struktur keuntungan yang mencurigakan.


Pakar kewangan syariah, Dr Abdul Rahman A. Shukor menyebut XFOX sebagai syarikat dengan “terlalu banyak red flag” serta mengkritik proses operasi mereka yang tidak mengikut prinsip mudarabah dan menawarkan pulangan bulanan tidak masuk akal iaitu antara 5 hingga 30 peratus.
Kelmarin, lima individu, termasuk seorang wanita bergelar ‘Datuk’, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima deposit secara haram dan pengubahan wang haram yang berlaku dalam tempoh empat tahun.
Suhaila SemaruMereka adalah Datuk Suhaila Semaru, 41, (gambar atas), adiknya Suraya Semaru, 37, dua beradik lelaki Muhammad Wahbah Az-Zuhaili Mohd Ariffin, 33, dan Muhammad Syaabil Ajwad Mohd Ariffin, 26, serta Mohamad Noor Syauqi Shafiee, 30.
Kesemuanya mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir, lapor NST.


Suhaila, selaku pengarah XFOX Market Sdn Bhd, berdepan 22 pertuduhan menerima, memperoleh dan memiliki wang hasil aktiviti haram dianggarkan berjumlah RM13 juta.
Suraya pula, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berdepan 10 pertuduhan memperoleh, memiliki dan memindahkan wang keseluruhan bernilai RM11.1 juta.
Mohamad Noor Syauqi didakwa atas pertuduhan memperoleh dan memiliki wang sebanyak RM2.5 juta hasil daripada aktiviti haram.
Muhammad Wahbah Az-Zuhaili pula berdepan tujuh pertuduhan menerima, memperoleh dan menggunakan wang berjumlah RM10.3 juta.
Sementara itu, Syaabil Ajwad berdepan tujuh pertuduhan menerima serta satu pertuduhan melupuskan wang berjumlah RM58 juta hasil aktiviti haram.
Siasatan terhadap mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.
Tanpa lesenMereka didakwa melakukan kesalahan di beberapa cawangan bank sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang antara November 2021 hingga Julai tahun lalu.
Dalam prosiding yang sama, Suhaila, Suraya dan Mohamad Noor Syauqi turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu bersetuju untuk menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat XFOX di Subang Bestari dari 12 November 2021 hingga 30 Julai 2024, mengikut subseksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dibaca bersama subseksyen 249(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta yang sama.




Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Nurdeenie Abd Rashid dan Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM1 juta bagi setiap tertuduh dengan syarat pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Mohd Haziq Dhiyaudin Razali pula memohon pengurangan jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama penuh kepada BNM sepanjang siasatan dan tidak berisiko melarikan diri.
Hakim Anas membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Ogos.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/skandal-xfox-dedah-kecuaian-urus-tadbir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Faham Jennie Dedah 2 Lagu Ini Hampir Tidak Termasuk Dalam Album Ruby

Saya Faham Jennie Dedah 2 Lagu Ini Hampir Tidak Termasuk Dalam Album Ruby

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 126 hits
Siapa sangka kan ada beberapa lagu yang Jennie harus berjuang untuk kekalkan dalam album solonya Ruby Artikel Berkaitan Baru baru ini Jennie telah muncul dalam rancangan YouTube Popular HotOnes di mana dia ada bercakap tentang album solonya...
Tunjuk La Kalau Ada Bukti Ju Haknyeon Dedah Tak Pernah Setuju Untuk Keluar Dari The Boyz Agensi

Tunjuk La Kalau Ada Bukti Ju Haknyeon Dedah Tak Pernah Setuju Untuk Keluar Dari The Boyz Agensi

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 159 hits
Ju Hak nyeon nampaknya tidak pernah bersetuju untuk meninggalkan THE BOYZ mahupun agensi One Hundred Artikel Berkaitan Dalam kenyataan yang ditulis menerusi Instagram peribadinya Ju Hak nyeon menyatakan bahawa dia tidak pernah melakukan seb...
Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta

Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 182 hits
CEO OpenAI Sam Altman mendedahkan bahawa Meta telah menawarkan bonus sehingga 100 juta RM470 juta serta gaji tahunan melebihi 100 juta kepada ramai kakitangan OpenAI sebagai usaha untuk menarik kakitangannya menyertai pasukan AI Meta Namun ...
Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 224 hits
Baru baru ni Perdana Menteri dengan yakin umumkan bahawa sejak ambil alih kerajaan hutang negara dah turun RM20 bilion Ramai yang teruja siap ada yang kata Malaysia on the right track Tapi betul ke hutang kita dah turun Rupa rupanya yang tu...
Tak Datang Haid Bina Badan Untuk Sweet Home Lee Siyoung Dedah Hormon Lelaki Dalam Badan Lebih Tinggi

Tak Datang Haid Bina Badan Untuk Sweet Home Lee Siyoung Dedah Hormon Lelaki Dalam Badan Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 118 hits
Siapa yang tonton Sweet Home pastinya tahu kan dengan badan berotot Lee Si young yang dikagumi ramai Artikel Berkaitan Menerusi saluran YouTube Salty Brother Shin Dong yup Lee Si young berkongsi bahawa ketika membina badan untuk siri Sweet ...
Hiburan Perkahwinan Kali Ketiga Pun Ada Masalah Elcah Dedah Suami Dm Dengan Wanita Lain Bini Sendiri Block

Hiburan Perkahwinan Kali Ketiga Pun Ada Masalah Elcah Dedah Suami Dm Dengan Wanita Lain Bini Sendiri Block

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 121 hits
Baru baru ini pempengaruh dikenali ramai iaitu Elcah mendakwa suami Afi Hamri sekali lagi berlaku curang terhadapnya Suami yang ketiga pun buat masalah Dapat dilihat melalui perkongsian di Instagram Story Elcah atau nama sebenar Aien Hasha ...
Boleh Ke Saya Nak Saman Luahan Hati Rosyam Nor Bila Cucu Trauma Akibat Kecuaian Doktor

Boleh Ke Saya Nak Saman Luahan Hati Rosyam Nor Bila Cucu Trauma Akibat Kecuaian Doktor

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 134 hits
Pelakon otai terkenal Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi kisah menyayat hati yang menimpa cucu kesayangannya Rosyam membuka cerita tentang kecuaian pengamal perubatan yang menyebabkan jari cucunya cacat kekal ...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon