Sk Shah Alam Rangkul Johan Inovasi Scifusion 2025


Hebatnya anak Selangor! Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam) berjaya mengharumkan nama negeri Selangor apabila dinobatkan johan kategori Inovasi Sekolah Rendah dalam Pertandingan SciFusion Kebangsaan 2025.
Sekolah ini adalah merupakan sekolah rendah pertama yang didirikan di Shah Alam dengan  cogan kata sekolah, “Belajar Terus Belajar”, sudah pastinya ia melahirkan generasi yang cemerlang dalam akademik.
Pertandingan itu berlangsung di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kemenangan ini bukan saja membuktikan kehebatan murid-murid SK Shah Alam, tapi juga hasil usaha gigih guru dan semangat pasukan yang luar biasa!
Empat murid SK Shah Alam di bawah bimbingan guru mentor Shahrul Asyraf bin Suhaimi berjaya memukau juri dengan projek inovasi pendidikan bertajuk FonikAR, sebuah aplikasi bahan bantu mengajar berasaskan realiti terimbuh (Augmented Reality).
FonikAR dibangunkan bagi menyokong dua keperluan utama pendidikan negara iaitu penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira) dalam kalangan murid sekolah rendah, serta menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendigitalkan pendidikan melalui Dasar Pendidikan Digital.
Pasukan SK Shah Alam (dari kiri) Shahrul Asyraf Suhaimi, Muhammad Uzair Mohd Haafiz, Darwish Billah Abdul Hafiz, Mohamad Zulfiqar Mohd Shah, Muhammad Hamiduddin Saat, Siti Qhasida Mohamamadia dan Auni Nadhira Hairunizam. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengimbas kad imbas dan melihat huruf dalam bentuk 3D, lengkap dengan contoh perkataan dan bunyi fonik. Ia sesuai digunakan di sekolah mahupun di rumah, malah direka mesra untuk murid pendidikan khas.
“FonikAR menggabungkan pendekatan fonik tradisional dengan teknologi AR yang moden dan futuristik. Kami cuba hasilkan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan inklusif, sesuai untuk semua murid tak kira latar belakang atau keupayaan,” kata Shahrul Asyraf.
Menurut beliau lagi, antara keunikan FonikAR adalah gabungan paparan tulisan sebenar 3D dengan objek serta huruf dalam bentuk 3D, selain sokongan suara bantuan fonik yang membantu murid belajar melalui pendekatan visual dan auditori.
Salah seorang murid menyatakan dengan penuh teruja bahawa mereka tidak menyangka akan menang kerana saingan yang sangat sengit, namun berasa bersyukur kerana inovasi tersebut mendapat tempat di hati juri dan berpotensi untuk diperluaskan ke seluruh negara.
“Kami semua tak sangka akan menang sebab saingan sangat sengit. Kami rasa bersyukur inovasi ini mendapat tempat di hati juri dan dapat diperluaskan lagi seluruh negara,” kata salah seorang murid dengan penuh teruja.
Ucapan perasmian oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof. ChM Dr. Ishak Ahmad. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, manakala majlis penutupan dirasmikan oleh Encik Muhammad Hamiduddin Saat, Timbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba.
FonikAR sebelum ini telah dibentangkan di peringkat kebangsaan dalam Seminar Buku Teks berkaitan Kurikulum 2027, dan turut dipersembahkan di pentas antarabangsa termasuk di Semarang dan Jakarta, Indonesia serta di Mumbai, India. Ia juga memenangi anugerah Inovasi Terbaik dalam dua pertandingan antarabangsa serta meraih lapan pingat emas di pelbagai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
SK Shah Alam kini dalam proses tapisan pertama bersama MyIPO bagi mendapatkan perlindungan hak cipta, dan bercadang memperluaskan penggunaan FonikAR di seluruh negara. Pihak sekolah turut merancang menyertai lebih banyak pertandingan inovasi pada masa akan datang.

SciFusion: Festival Inovasi & STEM Kebangsaan merupakan penganjuran julung kali oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi bersama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za’ba, UKM. Bertemakan Innovate to Elevate, program ini menampilkan pertandingan inovasi, pembentangan fizikal, infografik dan video kreatif dengan pelaksanaan secara hibrid fizikal dan dalam talian.
“SciFusion direka sebagai platform untuk pelajar sekolah menunjukkan potensi sebenar mereka dalam bidang inovasi dan STEM. Kami harap program ini dapat mencetus semangat ingin tahu, serta keyakinan untuk mereka terus berinovasi dalam dunia sebenar,” kata Pengarah Projek SciFusion 2025, Mohamad Zulfiqar Mohd Shah.

Sebanyak 250 peserta fizikal dan 135 peserta dalam talian mengambil bahagian mewakili sekolah dari seluruh negara. Antara pemenang utama lain ialah Kategori Inovasi Sekolah Menengah: Johan – Kolej Permata Insan, Negeri Sembilan (iONO), Pembentangan Fizikal Sekolah Rendah: Johan – SJKT Ladang Highland, Selangor (Ricinus Healing Stick), Pembentangan Fizikal Sekolah Menengah: Johan – SM IMTIAZ YT Kemaman (Physio-Finger Device), Kategori Infografik: Johan – SAM Unwanus Saadah, Selangor (Riang Ria Kimia Raya) dan  Kategori Video Kreatif: Johan – SMJK Jit Sin, Pulau Pinang (e-Vision).
Tahniah kepada pemenang!
 
 
 
The post SK Shah Alam Rangkul Johan Inovasi SciFusion 2025 appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sk-shah-alam-rangkul-johan-inovasi-scifusion-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 144 hits
Nak share sikit pengalaman aku pergi jalan jalan ke Muzium Shah Alam yang baru buka tu Tak sangka muzium ni memang lain dari yang biasa aku bayangkan Ingatkan boring tapi rupanya penuh dengan benda menarik dan vibe dia pun best gila Mula mu...
Teen Boy Injured Escaping Knife Wielding Kidnappers In Shah Alam Police Hunting Suspects

Teen Boy Injured Escaping Knife Wielding Kidnappers In Shah Alam Police Hunting Suspects

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 142 hits
A teenage boy was injured after escaping a kidnap attempt by two unidentified men in a car in Section 13 Shah Alam said district police chief ACP Mohd Iqbal Ibrahim yesterday Picture from pexels comSHAH ALAM April 30 A teenage boy was injur...
Langkah Ceria Raya Muadzam Lebarun 2025 Warnai Dataran Muadzam Shah Dengan Semangat Syawal

Langkah Ceria Raya Muadzam Lebarun 2025 Warnai Dataran Muadzam Shah Dengan Semangat Syawal

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 112 hits
Pada 19 April 2025 yang lalu Dataran Muadzam Shah diserikan dengan warna warni kegembiraan apabila Muadzam Lebarun 2025 berlangsung dengan penuh semangat dan meriah Bukan sekadar acara larian santai program ini menjadi pentas bagi masyaraka...
Jogger Escapes Daylight Kidnapping Attempt Netizens Question The Safety In Shah Alam

Jogger Escapes Daylight Kidnapping Attempt Netizens Question The Safety In Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 114 hits
WITH the influx of foreign nationals is Malaysia becoming more and more dangerous to live in Perhaps this question is best answered by the photo of a victim who could be seen suffering from knife wounds on his cheeks and hands Apparently th...
Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 173 hits
21 April 2025 Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi telah dijemput untuk menghadiri ke Majlis Aidilfitri Meriah Raya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bertempat di Prima Avenue 7 Cyberjaya
Aktiviti Majlis Maulid Sambutan Aidilfitri Perkid Malaysia Ppim 20 04 2025

Aktiviti Majlis Maulid Sambutan Aidilfitri Perkid Malaysia Ppim 20 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 121 hits
Sekitar Majlis Maulid Sambutan Aidilfitri PERKID Malaysia yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi bertempat di Kem PERKID Malaysia Hulu Langat Selangor
Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 159 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aktiviti Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yadim Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ppim 24 04 2025

Aktiviti Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yadim Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ppim 24 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 149 hits
Sekitar Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Jamuan Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi