Sjkt Kurang Murid Wajar Ditutup


Imej hiasan via https://perumall2015.blogspot.com/p/sjkt-ladang-southern-malay.html

MAKKAL Osai (30 September 2023) melaporkan sejumlah 26 sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) hanya ada kurang daripada 10 murid dan berdepan risiko ditutup. Akhbar bahasa Tamil itu turut mendedahkan hakikat sekitar 140 daripada hampir 530 SJKT di seluruh negara menghadapi pelbagai masalah yang masih tidak mampu diatasi

Pendedahan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu. Vanakkam Malaysia (12 Januari 2023) dalam laporannya mengakui hakikat kemasukan murid ke SJKT semakin merosot. Menurut laporan portal berita itu, hampir 55 peratus kanak- kanak kaum India pada masa kini belajar di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)

Pada Januari 2016, hasil maklumat daripada sejumlah guru, murid dan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke SJKT, saya menulis rencana tentang 10 kekurangan di SJKT yang perlu diatasi segera jika mahu menarik murid ke sekolah berkenaan

Akan tetapi, Timbalan Menteri Pendidikan waktu itu, Datuk P. Kamalanathan memberitahu wartawan majalah Thendral, "Tidak ada satu pun kes seumpama itu berlaku di SJKT."
Segala kelemahan dan kepincangan yang didedahkan turut dinafikan Penyelaras Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-Sekolah Tamil, Dr. N. Rajendran (Malaysia Nanban, 14 Januari 2016)

Nampaknya segala isu yang dinafikan dan ditolak ke bawah karpet kini muncul kembali untuk menggugat usaha menarik ibu bapa kaum India menghantar anak-anak ke SJKT

Saya membincangkan topik ini bersama beberapa rakan, baru-baru ini. Isu pertama adalah berkaitan punca begitu banyak SJKT kekurangan murid

"Bahasa Tamil dianggap tidak penting untuk kejayaan ekonomi pada era digital. Kegilaan terhadap bahasa Inggeris yang dianggap bahasa ekonomi, perniagaan, sains dan teknologi menjadi penghalang utama kemasukan murid ke SJKT," kata A.Sugumaran, seorang tenaga pengajar swasta dari Shah Alam, Selangor

Pada pandangannya, jika Program Dwibahasa (DLP) tidak diamalkan di sejumlah SJKT, maka semakin ramai ibu bapa tidak berminat menghantar anak-anak ke sekolah Tamil

Pada penelitian R. Ganes Rethanam, seorang pesara di Taman Paya Rumput Permai, Melaka, kedudukan sekolah yang jauh dari rumah juga menjadi penyumbang kepada masalah ini

"Kebanyakan SJKT kurang murid terletak di kawasan ladang yang mana masyarakat India kebanyakannya sudah berhijrah ke taman perumahan dan penempatan lain," beliau menjelaskan hakikat yang berlaku sejak 1970-an

Perkara ini dipersetujui pelatih korporat, Perzeus James dari Shah Alam. Dia memberikan contoh Ladang Sungai Tinggi, Ladang- Minyak, Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner dan Ladang Bukit Tagar di Bestari Jaya di mana dia membesar

"Kebanyakan kaum India kini menetap di kawasan desa dan bandar atau sudah berpindah ke tempat lain susulan kekurangan peluang pekerjaan di ladang. Anak-anak muda pula tidak berminat bekerja di ladang. SJKT di ladang terbabit menjadi sekolah kurang murid," katanya

Pilih kasih pula dilihat oleh Kannan Perumal, seorang pengurus syarikat swasta di Kajang sebagai salah satu punca. Murid-murid cemerlang yang merupakan anak kepada guru dan ibu bapa berkedudukan dalam masyarakat dikatakan sering diberi keutamaan. Maka, ibu bapa golongan biasa hilang minat terhadap SJKT

PENULIS VETERAN
Ada juga trend menghantar anak pertama ke SJKT dan anak kedua ke SJKC untuk membolehkan anak- anak menguasai pelbagai bahasa," katanya lagi

Penulis veteran dari Bentong, Pahang, M. Mahendran bersetuju dan berpendapat, pencapaian kaum Cina dalam bidang ekonomi dan pekerjaan menarik minat ibu bapa kaum India menghantar anak-anak ke SJKC

"Ibu bapa kaum India berharap budaya perniagaan dan kerajinan yang 'dianuti' kaum Cina dapat mempengaruhi fikiran anak- anak mereka. Lokasi SJKC yang lebih dekat dengan rumah berbanding SJKT juga menyumbang kepada perkara ini," katanya. Sebagai bekas guru SJKT, V.K. Ezhilarasi Velautham dari Cheras, Kuala Lumpur turut berkongsi pandangan

"Ibu bapa menyedari kekangan dihadapi anak-Anak dalam mempelajari subjek teras dalam bahasa kebangsaan apabila melangkah ke sekolah menengah kerana sepanjang berada di SJKT, mereka belajar dalam bahasa ibunda," jelasnya

Bagi mengatasi masalah ini, Ezhilarasi mencadangkan subjek teras di SJKT diajar dalam bahasa kebangsaan demi masa depan murid- murid terbabit. Sugumaran pula mencadangkan supaya lepasan SJKT yang sudah berjaya dalam hidup tampil menjelaskan kepentingan dan kelebihan sekolah Tamil menerusi media sosial

"Golongan profesional yang menghantar anak-anak ke SJKT juga perlu bersuara untuk mempromosi dan 'menjual' sekolah Tamil kepada orang ramai," katanya

Bagi Ganes Rethanam, SJKT kurang murid di kawasan ladang perlu dipindahkan ke kawasan perumahan yang ramai penduduk India. Perkara ini boleh dirangka dalam pelan lima tahun penstrukturan semula yang dilakukan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

"Kerajaan perlu tutup SJKT kurang murid di ladang dan buka sekolah Tamil di kawasan bandar di mana tiada SJKT. Banyak taman dan kawasan perumahan didirikan tetapi tiada ruang diberi untuk membina sekolah Tamil," Perzeus menambah

Beliau memberi contoh sebuah SJKC ditutup di Ladang Sungai Tinggi, Bestari Jaya dan lesan itu digunakan untuk mendirikan sekolah baharu di Damansara. Untuk rekod, terdapat hampir 530 buah SJKT di seluruh negara dan 100 daripadanya di Selangor

"Syarikat swasta milik kaum India wajar memberi peluang kepada lepasan SJKT. Hotel, pusat penginapan, pusat peranginan, meja khidmat pelanggan dan pusat pengajaran bahasa pasti boleh menawarkan pekerjaan. Dengan itu, ibu bapa dan masyarakat akan sedar kelebihan belajar di SJKT," kata Kannan pula

Bagi Mahendran, para guru SJKT perlu gigih menguasai dan memanfaatkan alat pengajaran serba canggih. Sekolah Tamil perlu membuktikan bahawa murid mereka juga menguasai bahasa kebangsaan dan Inggeris dengan baik

PENULIS ialah pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan
Artikel daripada Utusan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/10/sjkt-kurang-murid-wajar-ditutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Ketika Hujan Yang Wajar Di Amalkan Dan Peringatan Ketika Hujan

Doa Ketika Hujan Yang Wajar Di Amalkan Dan Peringatan Ketika Hujan

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 213 hits
Siapa yang tidak suka hujan apatah lagi dengan keadaan berjerubu sekarang ini Hujan adalah rahmat untuk kita dari Allah SWT Namun adakalanya fenomena alam tersebut juga merupakan peringatan daripada Allah Subhanahu wa Ta ala buat hamba hamb...
Jokowi Minta Tni Kasih Tahu Rakyat Soal Pemilu Beda Pilihan Kalah Menang Itu Wajar

Jokowi Minta Tni Kasih Tahu Rakyat Soal Pemilu Beda Pilihan Kalah Menang Itu Wajar

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 221 hits
Jokowi meminta TNI memberikan pemahamam ke masyarakat bahwa beda pilihan politik dan menang kalah dalam Pemilu adalah hal yang wajar
Takiyuddin Dakwa Tak Wajar Pihak Pdrm Kerap Pantau Operasi Perikatan Nasional

Takiyuddin Dakwa Tak Wajar Pihak Pdrm Kerap Pantau Operasi Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Polis Diraja Malaysia kerap hadir memantau markas operasi Perikatan Nasional di kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai dianggap sebagai perkara yang tidak wajar dilakukan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddi
Murid Bacok Guru Di Demak Pelaku Diciduk Saat Ngumpet Di Rumah Kosong

Murid Bacok Guru Di Demak Pelaku Diciduk Saat Ngumpet Di Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 131 hits
Kronologi berawal pada Senin sekitar pukul 07 00 Wib saat para guru sedang menyiapkan perlengkapan untuk Ulangan Tengah Semester murid
Cikgu Sifatkan Soalan Matematik Untuk Murid Tahun 3 Tak Ada Akidah

Cikgu Sifatkan Soalan Matematik Untuk Murid Tahun 3 Tak Ada Akidah

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 243 hits
KOSMO Soalan Matematik yang dikongsikan Cikgu Mohd Fadhli di Facebook PETALING JAYA Seorang guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh menyelar penggubal silibus topik wang bagi tahun tiga yang dianggap melampau Menerusi perkongsiannya di Fac...
Keluarga Awak Miskin Atau Mak Bapa Kamu Tak Ambil Berat Cikgu Bengang Anak Murid Miskin Tiada Pembaris

Keluarga Awak Miskin Atau Mak Bapa Kamu Tak Ambil Berat Cikgu Bengang Anak Murid Miskin Tiada Pembaris

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 242 hits
Seorang guru sekolah rendah merakam video dia memarahi beberapa murid kerana tidak mempunyai pembaris segi tiga di dalam kelas lapor portal berita South China Morning Post hari ini Guru wanita yang bertugas di Sekolah Rendah Shenyang Dongzh...
Murid Darjah 4 Pecah Guinness World Record Main Catur Dengan Mata Tertutup Dalam Masa Seminit

Murid Darjah 4 Pecah Guinness World Record Main Catur Dengan Mata Tertutup Dalam Masa Seminit

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 119 hits
Tidak banyak momen dalam kehidupan yang membuat kita tertanya tanya Adakah ini benar atau sesuatu yang ajaib Namun baru baru ini seorang kanak kanak perempuan dari Perak menjadi tular di media sosial atas kebolehannya yang mengagumkan Pada ...
Kasus Murid Bacok Guru Di Demak Kpai Minta Penanganan Serius

Kasus Murid Bacok Guru Di Demak Kpai Minta Penanganan Serius

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 188 hits
Langkah yang dilakukan yakni penanganan yang mengedepankan keadilan restoratif
Cyber Eco Hunt 2023 Aktiviti Tahunan Yang Wajar Diadakan Setiap Tahun Oleh Alam Flora Sdn Bhd

Cyber Eco Hunt 2023 Aktiviti Tahunan Yang Wajar Diadakan Setiap Tahun Oleh Alam Flora Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 237 hits
Lihatlah bertapa tabah dan sentiasa ceria para Hero Alam Flora yang senangtiasa bersedia dalam menjaga kebersihan dan merawat bumi kita Semangat mereka mendapat penghormatan tertinggi dari I Salutu Abg Alam Flora you re the best Jumaat 22 S...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025