Sjkc Di Kawasan Budaya Melayu


ORANG Melayu ialah penduduk majoriti di Seksyen 5,
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor. EKORAN kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu di Seksyen 5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor yang dibantah penduduk majoritinya yang terdiri daripada etnik Melayu, etnik Cina melalui kepimpinan mereka mempertahan pewajarannya dibina di situ selain kewujudan SJKC.

Sebenarnya bantahan itu berasas sekali dan alasan pembinaannya bukan sahaja sangat tidak masuk akal, ia jelas memperlihat sifat ‘bangsat’ etnik Cina.

Pembinaan SJKC baharu itu akan pertama-tamanya merosakkan struktur sosial etnik Melayu yang merupakan penduduk dominan di Seksyen 5.

Sehubungan ini, struktur sosial itu yang terdiri pelbagai institusi sosial Melayu dalam bentuk budaya dan warisan mereka, akan terkesan dengan kewujudan institusi sosial bukan Melayu di dalamnya.

Dengan adanya SJKC baharu itu, ia akan menyebabkan budaya dan warisan Melayu di situ menjadi tidak setimbal (seimbang) yang akan akhirnya membawa kepada keadaan tidak utuh.

Keadaan tidak setimbal akan terjadinya kerana ketidakcocokan kehadiran institusi sosial bukan Melayu yang terserlah pula sifatnya dalam kawasan budaya Melayu.

Manakala keadaan tidak utuh bakal berlaku kerana perubahan yang mendadak, iaitu hadirnya institusi sosial bukan Melayu kerana ia bukan norma sebelum ini, adalah sesuatu yang sangat asing dan besar kejutannya kepada etnik Melayu.

Ini semua tidak patut dipandang ringan. Oleh sebab itulah, etnik Melayu di situ membantah keras kerana musibah yang bakal berlaku kepada mereka, khususnya terhadap struktur sosial mereka. Hal sama pasti akan dibantah apabila institusi sosial bukan Cina dan yang signifikan pula mahu diadakan dalam kawasan budaya Cina.

SESAK
Dengan alasan bahawa enrolmen sekitar 20 peratus murid bukan Cina yang rata-ratanya Melayu, SJKC kini sudah berupa sekolah rakyat, yakni bukan lagi sekolah vernakular Cina semata-mata melainkan untuk semua etnik, malah diakui Sekolah Wawasan yang digagalkan etnik Cina sendiri.

Ini sama sekali tidak tepat kerana mereka tidak pernah mudah mahu menerima sebarang perkara bukan Cina untuk diadakan di SJKC, walaupun unsur pendidikan neutral untuk kebaikan murid Cina itu sendiri.

Ini dapat dilihat dengan jelas pada penolakan pendidikan tulisan Jawi biarpun dalam bentuk amat ringkas untuk tujuan pengenalan sahaja. Sehubungan ini, terdapat sebilangan SJKC melalui Persatuan Ibu Bapa Gurunya sengaja menolak pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka mengikuti pendidikan ini.

Ini dan banyak lagi dilakukan dan sering pula secara pengakuan terbuka atas dalil ia akan mencairkan identiti SJKC. Dengan kenyataan ini yang cauvinis lagi rasis, SJKC bukan sekolah bagi semua etnik, melainkan sekolah vernakular Cina yang mahu wujud dalam keadaan setotok-totoknya, walaupun di wilayah yang hanya ditenggeknya.

Pembinaannya juga didalilkan sebagai tidak boleh dipindahkan lagi dan perlu wujud di situ kerana ia keputusan kerajaan terdahulu. Dalil ini bukan sahaja helah, ia mahu mengelirukan rakyat. Ini kerana beberapa keputusan kerajaan lepas diubah kerajaan semasa. Antaranya penjajaran semula Laluan Rel Pantai Timur sehingga tidak mengikuti pelan asalnya di negeri tertentu.

Dalil pembinaan SJKC baharu itu yang diyakini mampu menangani masalah kesesakan lalu lintas yang kini berlaku di tempat lain adalah amat tidak bertanggungjawab. Ini kerana beban yang ditanggung penduduk di kawasan sesak itu, mahu dipindahkan untuk digalas penduduk di kawasan lain yang tidak sesak.

Amat malang cara berhujah kepimpinan etnik Cina di situ yang langsung tidak memperlihat integriti, yang patut ada pada seorang yang dipilih rakyat untuk menjaga semua penduduk di seluruh Kinrara.

CEROBOH
Enrolmen murid bukan Cina yang ramai dan kian meningkat kini yang pada satu masa dahulu dicemuh etnik Cina, kini diakui mereka talian hayat untuk kewujudan SJKC sekarang dan pelestariannya pada masa mendatang.

Dengan ini, etnik Cina mahu memanfaatkan aspek kepopularan SJKC untuk membinanya sebanyak yang boleh dan di sebarang tempat pula, sehingga sanggup mencerobohi kawasan budaya etnik lain. Ini bukan sahaja sikap buruk yang menjijikkan, ia juga kerakusan yang memualkan.

Sesungguhnya fenomena sosial dan politik negara, khususnya di Semenanjung, yang terbina dari perkembangan sosiobudaya dan sosiopolitik yang amat berunsur etnik untuk sekian lama sehingga sudah bersifat konservatif sekali, adalah tidak mudah diubah strukturnya.

Ini kerana ia sudah menjadi sistem dan mantap pula. Justeru, untuk menjaga keharmonian, kita bukan sahaja perlu mengikutinya, ia juga kaedahnya dalam bernegara di Malaysia.

Dengan ini, menjadi keperluan mendesak agar SJKC baharu itu dipindahkan ke kawasan budaya Cina. Ini selari dengan citra yang mahu dibina untuk dikekalkan melalui identiti Cinanya yang tidak boleh sesekali dicairkan sebarang unsur bukan Cina.

Ia dapat dilihat pada ketidaksediaan SJKC menjadi Sekolah Wawasan yang menganjurkan kewujudan sekolah vernakular bersekali Sekolah Kebangsaan dalam satu kompleks sama, tetapi masih berupa entiti berasingan.

Ini ditolak, hanya etnik Cina yang mecurigainya sebagai satu perancangan licik untuk meleburkan jati diri Cina pada SJKC. Dalam pada ini, sungguh pelik sekali apabila SJKC kini bukan sahaja rela, tetapi mahu dipaksa dibina dalam kawasan Melayu dan yang amat dominan pula budaya kemelayuannya.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/sjkc-di-kawasan-budaya-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Tak Marah Raja Raja Tetapi Pemimpin Main Politik

Orang Melayu Tak Marah Raja Raja Tetapi Pemimpin Main Politik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 247 hits
Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan orang Melayu tidak puas hati dan marah kepada Raja Raja Melayu berikutan pelaksanaan darurat oleh kerajaan adalah satu tuduhan yang tidak berasas Timbalan Presiden Majlis Pemi...
Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 314 hits
freemalaysiatoday com April 22 2021 7 30 AMPenganalisis berkata jika perintah darurat tidak lagi efektif mengawal penularan wabak Covid 19 Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja raja sama ada mahu menamatkan atau meneruskannya PETALING...
Pencerobohan Struktur Sosial Melayu

Pencerobohan Struktur Sosial Melayu

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 240 hits
Pembinaan SJKC Too Joon Hing pencerobohan struktur sosial MelayuBANGI Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di bandar Kinrara kawasan dipercayai majoriti Melayu dianggap langkah yang salah dan bertentangan dengan struktur so...
Melayu Dan Rakyat Marah Tidak Seperti Biasa

Melayu Dan Rakyat Marah Tidak Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 344 hits
Pandangan dan nasihat awal seorang Negarawan perlu diambilkira ISTANA wajar terpelihara kekal dihormati dan tidak tercemar dengan salahlaku orang politik yang sedang terdesak Tuanku wajar mengetahui situasi fikiran rakyat sekarang Mahathir ...
Orang Melayu Mula Marah Kepada Istana Mahathir

Orang Melayu Mula Marah Kepada Istana Mahathir

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 206 hits
Malaysiakini Orang Melayu mula menunjukkan rasa marah kepada istana gara gara pelaksanaan darurat di negara ini kata Dr Mahathir Mohamad Menurut bekas perdana menteri itu orang Melayu menzahirkan rasa marah di media sosial kerana menderita ...
Senarai Lagu Melayu April 2021

Senarai Lagu Melayu April 2021

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 483 hits
Senarai Lagu Melayu April 2021 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahun baharu bulan baharu pastinya anda menantikan lagu lagu baharu dari artis tempatan Jadi untuk Januari 2021 ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dari ramai artis M...
Korang Semua Mana Pergi Ye Pejuang Adib Pejuang Melayu Pejuang Islam

Korang Semua Mana Pergi Ye Pejuang Adib Pejuang Melayu Pejuang Islam

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 409 hits
Kat agaknya mereka semua menyorok sekarang ni Sunyi pulak socmed tanpa sorakan ruu ruu ruu Kan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025