Siti Kharina Mati Dibunuh Tak Lengkap Berpakaian 3 Diberkas



Datuk Noor Azam Jamaludin menunjukkan gambar seorang warganegara Nigeria, Aliwajuwon Gilbertalowonle yang dicari bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Kharina Mohd. Kamarudin semasa sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHD SHAHARANI SAIBI



SHAH ALAM 16 Mei - Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang pada 8 Mei lalu terjawab apabila dia ditemukan mati di sebuah bilik di kondominium di Cyberjaya dekat sini petang semalam.


Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, ditemukan kira-kira pukul 2.30 petang dalam keadaan terlentang di atas lantai dan tidak lengkap berpakaian selain terdapat kesan kelar di bahagian dada, leher serta kepala.Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika mengumumkan hal itu berkata, penemuan ibu kepada tiga anak tersebut terbongkar apabila seorang juruteknik datang untuk membaiki mesin basuh tetapi pintu kondominium tidak dapat dibuka.Menurut Noor Azam, juruteknik itu telah memanggil pemilik rumah tersebut sebelum ternampak darah mengalir keluar daripada salah sebuah pintu bilik kondominium itu.“Siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih daripada empat hari di kondominium yang disewanya. Kita juga telah menemukan beberapa barang bukti seperti pisau dan baju.“Kita juga tidak menemukan kesan pecah masuk pada kediaman tersebut dan menolak kes ini berkaitan samun berikutan barangan peribadi mangsa termasuk kad pengenalan serta barang kemas masih ada selain keretanya berada di parkir,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Terdahulu, Siti Kharina dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu dengan dia kali terakhir menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri pada hari yang sama. 

Sementara itu, pihak polis berjaya memberkas seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang hari ini. Lelaki Nigeria Aliwajuwon Gilbertalowonle yang diburu sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu ditahan di sekitar Cheras Sentral di sini pada lebih kurang jam 3 petang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Ahmat, bertindak atas maklumat siasatan, pasukannya telah berjaya mengesan individu itu.

"Pasukan JSJ Selangor telah berjaya mengesan individu lelaki warganegara Nigeria yang dikehendaki untuk membantu siasatan di Lower Ground Floor, Cheras Sentral, Kuala Lumpur. 

"Berlaku pergelutan ketika tangkapan dibuat namun akhirnya individu tersebut berjaya ditahan," katanya.
Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok. Terdahulu, polis menahan dua individu iaitu seorang wanita Nigeria berumur 35 tahun dan seorang lelaki Pakistan berumur 38 tahun di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini. (IH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/video-siti-kharina-ditemukan-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Utama Kes Bunuh Siti Kharina Direman

Suspek Utama Kes Bunuh Siti Kharina Direman

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 702 hits
LELAKI warga Nigeria ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamaruddin yang ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya Rabu lalu Perintah reman dikeluarkan Majistret...
Siti Kharina Kenal Suspek

Siti Kharina Kenal Suspek

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 830 hits
KETUA Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin 40 yang mati dibunuh di kondominium di Cyberjaya Khamis lalu mengenali suspek warga Nigeria sejak Januari lalu selepas berkenalan melalui media sosial Ketua Jabatan Siasatan Jenay...
Tolonglah Berhenti Ia Menyakitkan Kami Adik Arwah Siti Kharina Minta Netizen Berhenti Sebar Cerita Tak Benar

Tolonglah Berhenti Ia Menyakitkan Kami Adik Arwah Siti Kharina Minta Netizen Berhenti Sebar Cerita Tak Benar

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 537 hits
Tolonglah Berhenti Ia Menyakitkan Kami Adik Arwah Siti Kharina Minta Netizen Berhenti Sebar Cerita Tak Benar Setelah seminggu hilang dan gagal dihubungi keluarga dan majikan akhirnya Siti Kharina ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebua...
Polis Dedah Suspek Utama Warga Nigeria Mempunyai Akses Rumah Sewa Siti Kharina

Polis Dedah Suspek Utama Warga Nigeria Mempunyai Akses Rumah Sewa Siti Kharina

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 1402 hits
KUALA LUMPUR Polis masih menyiasat hubungan antara Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin dengan tiga suspek pembuunuhannya Polis Dedah Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina
Polis Sahkan Suspek Sewa Kondo Bersama Siti Kharina

Polis Sahkan Suspek Sewa Kondo Bersama Siti Kharina

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 735 hits
MALAYSIAKNI Polis mengesahkan suspek utama kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin menyewa bersama wanita itu di unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya sejak Januari lalu Ketua Jabatan Siasatan Jenaya...
Jenazah Siti Kharina Selamat Tiba Di Kampung Halaman Untuk Dikebumikan

Jenazah Siti Kharina Selamat Tiba Di Kampung Halaman Untuk Dikebumikan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 843 hits
Suami arwah Mohd Udzair Khalid sebak menyambut kepulangan jenazah di kampung halaman Ihsan BernamaKUALA PILAH Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat tiba di kampung halamannya di Kampung Tengah Seri Men...
Kes Siti Kharina Polis Selesai Siasatan Tunggu Pendakwaan

Kes Siti Kharina Polis Selesai Siasatan Tunggu Pendakwaan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 494 hits
SEPANG Polis sudah menyelesaikan siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin dan merujuk kepada pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan terhadap seorang daripada tiga individu yang ditahan Ketua Pol...
Remaja Hamil 9 Bulan Ditemui Mati Dibunuh Bayi Dalam Perut Diculik

Remaja Hamil 9 Bulan Ditemui Mati Dibunuh Bayi Dalam Perut Diculik

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 645 hits
Seorang remaja perempuan hamil 9 bulan yang hilang ditemui mati ditemui di belakang sebuah rumah di bandar Southwest Side Chicago Apa yang mengejutkan anak di dalam kandungannya turut hilang dipercayai diculik Mayat Marlen Ochoa Lopez 19 ta...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai