Siti Jawab Kritikan Penceramah Hadir Kerana Kebetulan Ada Di Kl Menteri Hanya Singgah




KUALA LUMPUR - Selepas mengundang kemarahan orang ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini tampil menjelaskan apa yang berlaku di sebalik majlis mentahnik anak keduanya baru-baru ini.
Kata penyanyi tersohor itu tidak berlaku kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila dia dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa  mengundang orang kenamaan dan personaliti terkenal ke majlis berkenaan.
Mengenai kehadiran penceramah itu, Siti Nurhaliza berkata, personaliti berkenaan cuma secara kebetulan berada di Kuala Lumpur pada hari majlis itu berlangsung 26 April lalu.
“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan oleh penyanyi Siapa Tak Mahu itu.
Berdasarkan gambar yang tular atau dimuat naik di media sosial sebelum ini, majlis tersebut dihadiri penceramah berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus, dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Turut memeriahkan majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Siti Nurhaliza, 42, menegaskan atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir adalah mematuhi syarat penganjuran majlis sosial yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Bergegas lepas baca doa
Katanya lagi penjelasan itu dibuat bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberi pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.
“Majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ketujuh mengikut sunnah Rasulullah,” katanya.
Terdahulu, dunia maya terus bergelora apabila netizen sekali lagi menyuarakan rasa kurang senang apabila mendakwa majlis diadakan Siti Nurhaliza itu melanggar SOP.
Sebelum ini pula, tular imej Siti Nurhaliza menerima kunjungan ramai tetamu di hospital selepas melahirkan anak kedua itu pada 19 April lalu.
Penyanyi Kuasa Cintamu itu pada masa sama menjelaskan kehadiran Zulkifli bukanlah untuk majlis khas seperti didakwa sebaliknya bekas mufti terbabit sekadar "singgah" saja.
“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka.
"Sebaliknya dia hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik saja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.
“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya.
Siti Nurhaliza juga memohon maaf jika majlis diadakannya itu mengundang rasa kurang senang mana-mana pihak.


“Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. 
"Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.
“Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya memaklumkan mereka menerima satu laporan polis berkaitan isu berkenaan.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Katanya polis juga sudah mengenal pasti pihak penganjur majlis tersebut dan mereka dipanggil untuk hadir memberikan keterangan kepada polis.
“Polis dengan ini menasihatkan agar orang ramai sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.
"Polis juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/siti-jawab-penceramah-hadir-kerana.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uai Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

Uai Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 240 hits
NASUHA RAHMANRakyat sekarang cukup emosi bila mana terdapat pihak melakukan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan terutama mereka dalam kalangan orang ternama atau selebriti Apatah lagi ketika ini rakyat tidak dibenarkan merentas...
Datuk K Ini Kawan Saya Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik

Datuk K Ini Kawan Saya Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 342 hits
Sebentar tadi Dato Sri Siti Nurhaliza telah memuat naik satu kenyataan media berhubung isu viral majlis tahnik anak lelakinya yang dianjurkan baru baru ini Menurut Tok Ti isu dakwaan tersebut berlaku apabila mereka mengundang seorang pendak...
Tugas Menteri Ugama Hadir Majlis Selebriti Kahwin

Tugas Menteri Ugama Hadir Majlis Selebriti Kahwin

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 315 hits
Rakyat sedang memerhati Menteri dan mufti Ingatkan ketika kerajaan pun dalam keadaan nak karam dapatlah mereka bantu
Tiada Arahan Untuk Like Ikut Akaun Media Sosial Menteri Kata Kkmm

Tiada Arahan Untuk Like Ikut Akaun Media Sosial Menteri Kata Kkmm

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 270 hits
April 21 2021 Terdahulu satu tangkap layar dikatakan mengandungi permintaan kepada kakitangan KKMM supaya like dan mengikuti akaun media sosial Saifuddin Abdullah tular PETALING JAYA Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menafikan ...
Kkmm Arah Kakitangan Like Media Sosial Menteri Timbalan

Kkmm Arah Kakitangan Like Media Sosial Menteri Timbalan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 238 hits
Malaysiakini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia didakwa mengeluarkan arahan agar kakitangan awam mengikuti dengan cara like atau follow akaun media sosial menteri timbalan menteri dan juga ketua setiausahanya Beberapa tangkap la...
Kkmm Nafi Keluarkan Arahan Wajibkan Kakitangan Like Amp Follow Akaun Medsos Menteri Timbalan Menteri

Kkmm Nafi Keluarkan Arahan Wajibkan Kakitangan Like Amp Follow Akaun Medsos Menteri Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 260 hits
Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan dakwaan mengenai arahan mewajibkan semua petugas kementerian itu untuk like dan share akaun media sosial menteri dan timbalan menterinya KKMM dalam kenyataan hari ini menjelaskan tiada sebaran...
Isu Sjkc Mana Menteri Pendidikan Apakah Pn Juga Sokong Vernakular

Isu Sjkc Mana Menteri Pendidikan Apakah Pn Juga Sokong Vernakular

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 306 hits
Apakah MCA terlalu berkuasa sehingga mampu berbuat apa sahaja BANGI Tatkala Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon tegas mempertahankan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing dalam kawasan majoriti Melayu Menteri ...
Mana Menteri Pendidikan Kita

Mana Menteri Pendidikan Kita

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 337 hits
Isu SJKC Menteri pendidikan bisu seolah timbalan lebih berkuasaBANGI Tindakan membisu Menteri Pendidikan terhadap isu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di Bandar Kinrara menunjukkan seolah olah timbalannya lebih berkuasa...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord