Isu Sjkc Mana Menteri Pendidikan Apakah Pn Juga Sokong Vernakular


Siti HafidahApakah MCA terlalu berkuasa sehingga mampu berbuat apa sahaja? BANGI – Tatkala Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon tegas mempertahankan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing dalam kawasan majoriti Melayu, Menteri Pendidikan pula dilihat seolah-olah membisu berhubung isu berkenaan.
Keadaan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada rakyat lebih-lebih lagi selepas melihat Hang Soon – yang juga dari parti berasaskan perkauman MCA – paling awal memberi respon mengenai pembinaan sekolah itu selepas menerima bantahan daripada penduduk Bandar Kinrara.
Hang Soon mendakwa, SJKC Too Joon Hing adalah antara 10 SJKC yang diluluskan oleh kerajaan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2017 atas permohonan MCA.
Dakwanya, lokasi asal pembinaannya ketika diluluskan ialah Taman Putra Prima Puchong, tetapi telah ditukar ke Bandar Kinrara Seksyen 5 ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
Menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak mengejutkan, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, memang sejak zaman BN dan PH lagi Timbalan Menteri Pendidikan seolah-olah memegang tugas ‘Menteri Sekolah Vernakular’, menjangkaui Menteri Pendidikan.
“Mah Hang Soon berkata dengan bangganya bahawa sekolah Cina tersebut adalah antara 10 SJKC yang diluluskan oleh kerajaan ketika pemerintahan BN 2017 atas permohonan MCA.
“Beliau juga dengan bangganya mempertahankannya lagi dengan hujah pelajar bukan Cina di SJKC meningkat, seperti saya jangka dan itulah yang diratib-ratib golongan pro-vernakular ini.
“Memanglah peratusan meningkat, kerajaan juga yang bina di situ iaitu di kawasan majoriti Melayu. Apakah beliau nak kata kalau bina sekolah kebangsaan, orang Melayu tak mahu pergi?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, semua respon sebegini jelas dan konsisten dengan mana-mana ‘Menteri Sekolah Vernakular’ sejak zaman BN dan PH, iaitu tanpa segan silu serta tanpa apologetik – walaupun lantikannya itu adalah ihsan tradisi amalan jawatan berkenaan.
“Persoalannya, sudah beberapa hari isu ini berlalu. Di manakah Menteri Pendidikan dalam isu ini? Apakah kita hanya mengulangi adegan drama timbalan menteri lebih berkuasa dari menteri?
“Kebisuan ini sekali gus menimbulkan tanda tanya yang besar; iaitu dasar pendidikan BN dan PH memang sudah terbukti menyokong sistem vernakular, maka apakah dasar pendidikan PN juga menyokong sistem vernakular?
“Atau apakah MCA terlalu berkuasa dalam kerajaan sehingga mampu berbuat apa sahaja?,” soalnya.
Terdahulu, Ketua UMNO Subang, Datuk Armand Azha yang mewakili penduduk Bandar Kinrara berkata, pihaknya amat tidak berpuas hati dengan pembinaan SJKC Too Joon Hing kerana tidak seimbang dengan populasi penduduk di situ.
Beliau menjelaskan, sekolah kebangsaan yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan hanya tiga sahaja jumlahnya, sedangkan SJKC ditambah kepada lima.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/isu-sjkc-mana-menteri-pendidikan-apakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Sjkc Menteri Pendidikan Bisu Seolah Timbalan Lebih Berkuasa

Isu Sjkc Menteri Pendidikan Bisu Seolah Timbalan Lebih Berkuasa

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 244 hits
Kembalikan status tanah untuk bina sekolah kebangsaan bukan SJKC BANGI Tindakan membisu Menteri Pendidikan terhadap isu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di Bandar Kinrara menunjukkan seolah olah timbalannya lebih berkua...
Timbalan Menteri Pendidikan Ii Pertahan Pembinaan Sjkc Baru Di Kinrara

Timbalan Menteri Pendidikan Ii Pertahan Pembinaan Sjkc Baru Di Kinrara

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 335 hits
ismaweb netDakwa sudah diluluskan kerajaan BN pada 2017 atas permohonan MCABANGI 7 Ramadan 1442H Isnin Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Dr Mah Hang Soon membidas pihak yang mempertikaikan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon...
Mana Menteri Pendidikan Kita

Mana Menteri Pendidikan Kita

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 311 hits
Isu SJKC Menteri pendidikan bisu seolah timbalan lebih berkuasaBANGI Tindakan membisu Menteri Pendidikan terhadap isu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di Bandar Kinrara menunjukkan seolah olah timbalannya lebih berkuasa...
Kah Kah Menteri Jaga Badan Takja Pun Rakyat Rina Harun Mana Ruu Gangguan Seksual

Kah Kah Menteri Jaga Badan Takja Pun Rakyat Rina Harun Mana Ruu Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 293 hits
Rina Harun mana RUU gangguan seksualOleh April 24 2021Rang Undang undang Akta Gangguan Seksual di peringkat akhir sebelum dibentangkan di Parlimen ketika Perikatan Nasional merampas kuasa dari Pakatan Harapan Sejak itu RUU berkenaan terus s...
Isu Pertukaran Pegawai Kanan Polis Kpn Akan Jumpa Menteri

Isu Pertukaran Pegawai Kanan Polis Kpn Akan Jumpa Menteri

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 229 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador akan berjumpa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin untuk memberikan penjelasan mengenai pertukaran tersebut KLANG Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Za...
Hiburan Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

Hiburan Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 243 hits
Ketika ini isu mengenai muzik video iklan raya yang mempromosikan judi menjadi perbualan netizen Ramai yang tidak berpuas hati lagi lagi video tersebut keluar masa bulan puasa Menerusi laporan Malaysiakini Menteri Komunikasi dan Multimedia ...
Menteri Kata Kerajaan Ada Cara Tangani Kluster Pendidikan

Menteri Kata Kerajaan Ada Cara Tangani Kluster Pendidikan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 207 hits
KPM pastinya akan perketat SOP bendung penularan COVID 19 BATU GAJAH Kerajaan mempunyai cara tersendiri dalam menangani kluster pendidikan di beberapa negeri yang semakin membimbangkan ibu bapa ketika ini kata Menteri Pembangunan Wanita Kel...
Apakah Menteri Dalam Negeri Tahu

Apakah Menteri Dalam Negeri Tahu

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 166 hits
Tamrin Tun GhafarRabu 1 Saya tidak berminat hendak menyentuh tentang Perhimpunan Agung UMNO atau PAU kerana keputusannya TELAH PUN DIJANGKA 2 Majlis Kerja Tertinggi menyerah kepada Perwakilan membuat keputusan tapi hari ini PAU serah semula...
Kes Covid 19 Meningkat Di Sekolah Aminolhuda Tempelak Menteri Pendidikan Jangan Jadi Bisu

Kes Covid 19 Meningkat Di Sekolah Aminolhuda Tempelak Menteri Pendidikan Jangan Jadi Bisu

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 278 hits
April 23 2021 Pakatan Harapan Johor menggesa agar Kementerian Pendidikan tidak terus membisu dan segera mengambil langkah proaktif bagi membendung penularan kes Covid 19 di sekolah Pengerusi Pakatan Harapan Johor Aminolhuda Hassan berkata t...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya