Siti Armah Reka Pakaian Artis Terkenal


Oleh Media Mulia PONTIAN – Bermula dengan hanya meminjam mesin jahit peninggalan arwah nenek suaminya, kini Siti Armah Md. Shahri, 47, dianggap sebagai usahawan jahitan yang berjaya apabila hasil jualannya semakin mendapat sambutan.
Pada mulanya, anak kelahiran Pontian, Johor itu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sejak 12 tahun lalu dengan mengambil upah tempahan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk menambah pendapatan sampingan.
SITI ARMAH menunjukkan pakaian yang dihasilkan mengikut rekaannya sendiri di Pontian baru-baru ini.Siti Armah yang sebelum ini hanya menggunakan mesin jahitan hadiah peninggalan arwah nenek suaminya, mula menghasilkan reka bentuk pakaian sendiri untuk dijual di kedai pakaian berhampiran rumahnya.
“Saya tidak menyangka hasil titik peluh saya pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk menjual reka bentuk sendiri dan menawarkan tempahan jahitan mampu memperkenalkan jenama pakaian sendiri di mata masyarakat.
“Alhamdullillah, saya kini mempunyai enam pekerja, belasan mesin jahitan dan sebuah kedai termasuk turut mengambil tempahan pelanggan dari luar negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata, sejak jenamanya mula dikenali, hampir setiap minggu dia menerima permintaan orang ramai, malah mendapat tempahan untuk pakaian hospital di sekitar daerah ini.
Selain itu, Siti Armah juga pernah menghasilkan pakaian untuk golongan artis terkenal antaranya Lisdawati dan Erra Fazira yang masing-masing berpuas hati dengan kualiti dan kekemasan jahitannya.
“Saya sentiasa mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kerana mereka adalah sumber rezeki saya selama ini.
“Di samping itu, pelbagai kursus, bengkel dan latihan anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang disertai, banyak meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan,” katanya.
Bercerita mengenai pengalamannya sebagai sahabat AIM, katanya, pinjaman dilakukan membolehkannya mengembangkan lagi peniagaan menerusi pembelian beberapa mesin jahitan yang dapat melicinkan usaha untuk menghasilkan kuantiti tempahan dalam kuantiti yang lebih banyak.
“Pinjaman diberikan AIM sejak 2009 membolehkan saya mengambil tempahan dengan banyak khususnya pada sambutan perayaan dan mengambil tender daripada syarikat kerajaan dan swasta.
“Walaupun terpaksa berdepan dengan keadaan ekonomi yang sangat mencabar ketika ini, AIM banyak membantu dalam memberi nasihat dan ilmu serta memastikan perniagaan saya kekal relevan pada masa akan datang,” katanya.
Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan pakaian, boleh menghubungi Siti Armah di talian 013-7608384. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/siti-armah-reka-pakaian-artis-terkenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengambil Hikmah Dari Persalinan 3 Artis Terkenal Luar Biasa Dan Menginspirasi Banget

Mengambil Hikmah Dari Persalinan 3 Artis Terkenal Luar Biasa Dan Menginspirasi Banget

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 235 hits
Dari mulai pendarahan hebat hingga berjam jam di ruang bersalin mari petik hikmah dan pelajarannya
Artis Bukan Petanda Kemenangan

Artis Bukan Petanda Kemenangan

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 137 hits
Hamdan Taha Artis menjadi ahli parti politik bukan lah baru tetapi sejak lama duluDulu dulu artis masuk umno dan terlibat berkempen dalam pilihanraya dan umno menang tetapi bukan kerana artis tersebut umno menangKemudian Pas pula berduyun d...
Hiburan Ada Yang Kata Anak Saya Anak Luar Nikah Wawa Zainal Kongsi Kisah Suka Duka Bergelar Isteri Dan Artis

Hiburan Ada Yang Kata Anak Saya Anak Luar Nikah Wawa Zainal Kongsi Kisah Suka Duka Bergelar Isteri Dan Artis

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 470 hits
Pelakon Wawa Zainal dan suami Aeril Zafril yang kini bergelar usahawan berkata mereka berdua pernah mengalami detik sukar ketika awal perkahwinan View this post on InstagramAdvertisementIni berikutan kontroversi di mana peminat hanya menget...
Kerja Keras Buahkan Hasil 11 Artis Ini Miliki Rumah Mewah Di Usia Yang Masih Muda

Kerja Keras Buahkan Hasil 11 Artis Ini Miliki Rumah Mewah Di Usia Yang Masih Muda

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 398 hits
Para artis ini sukses mewujudkan salah satu mimpi mereka murni dari hasil keringat sendiri Keren
Artis Jadikan Hotel Sebagai Sarang Pelacuran Bawah Umur Terbongkar

Artis Jadikan Hotel Sebagai Sarang Pelacuran Bawah Umur Terbongkar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 282 hits
Sebuah hotel yang terkesan dengan pandemik Covid 19 dijadikan sarang pelacuran khusus buat remaja bawah umur Kejadian itu terbongkar selepas polis melakukan serbuan di sebuah hotel milik artis Cynthiara Alona di Tangerang Kota Banten pada 1...
Aktor Lawas Wawan Wanisar Meninggal Dunia Para Artis Senior Berduka Cita

Aktor Lawas Wawan Wanisar Meninggal Dunia Para Artis Senior Berduka Cita

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 355 hits
Pernah bermain di G30S PKI dan Nagabonar Wawan dikenal sebagai sosok yang selama hidupnya mengabdikan diri pada perfilman Indonesia
Karier Mereka Cemerlang 9 Seleb Ini Justru Larang Anaknya Jadi Artis Karena Beragam Alasan

Karier Mereka Cemerlang 9 Seleb Ini Justru Larang Anaknya Jadi Artis Karena Beragam Alasan

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 222 hits
Sudah merasakan pahit manisnya bekerja di industri ini para figur publik tersebut lebih mendukung anak mereka fokus di bidang lain
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025