Artis Bukan Petanda Kemenangan
Hamdan Taha
Artis menjadi ahli parti politik bukan lah baru tetapi sejak lama dulu
Dulu dulu artis masuk umno dan terlibat berkempen dalam pilihanraya dan umno menang tetapi bukan kerana artis tersebut umno menang
Kemudian Pas pula berduyun duyun artis yang berhijrah kononnya terus masuk Pas. Hari ni mereka masuk je terus dapat jemputan ceramah,pakai ketayap dan orang pun panggil ustaz terus maka mereka di peralatkan juga oleh Pas seperti mana umno mengunakan artis untuk buat pertunjukan supaya orang datang terutama di luar bandar dan sabah juga serawak
Tapi sekarang saya tak jumpa lagi artis yang masuk Pas masih bersama Pas lagi,jika ada pun barangkali Bob Lokman itu pun barangkali,kerana ramai dari mereka berkata berhijrah untuk jadi baik ni bukan Pas tempatnya walau pun berdiri di pentas juga bezanya pentas hiburan ke pentas ceramah.
Agenda sama masa artis menyanyi dah hijrah masuk Pas kata kat Umno pula. Akhirnya mereka sedar di peralatkan dan mereka jumpa tempat yang benar iaitu Jemaah Tabliq dan sekarang semuanya mereka berada di situ ( saya berani tulis ini kerana saya di beritahu sendiri oleh beberapa artis ni semasa kami sama sama keluar tiga hari bersama jemaah tabliq)
Artis sebenarnya tak boleh bawa parti itu kuat dan menang PRU buktinya ramai artis masuk Pas satu ketika dulu tapi Pas tak menang sehinggakan Pas letak calun aisyah bertanding Pru tapi kalah dan tak menang ini membuktikan artis tak boleh membantu parti itu kuat atau menang...
MCA pernah guna Pemain Bola sepak paling popular untuk bertanding di Melaka tapi tetap kalah kepada calun Dap
Parti politik perlukan orang politik yang ada pengaruh dan boleh mengatur gerak kerja baru lah boleh kita raikan. Semalam PKR dan Presidennya amat berbangga dapat membawa beberapa artis masuk ke PKR dan di sambut besar besaran kononnya memberi kelebihan pada PKR (tahniah tetapi saya hanya tersenyum sahaja) dan lebih bagus lagi terus pula di beri tempat untuk bertanding...
Maka kesetiaan ahli yang puluhan tahun buat kerja untuk parti dan Anwar pun tak pernah di rai seperti mereka dapat...
Ini semua jalan jalan menuju jalan mati...anwar dan ramai lagi pemimpin parti politik masih berfikiran bahawa yang setia itu tetap setia dan tak perlu dah di rai lagi. Anwar lupa Azmin Ali bukan saja satu ketika amat setia padanya malah orang yang dia percaya lebih dari wan azizah dan semua makluk di dunia ini...sehinggakan ramai yang kecil hati kepada Anwar kerana Azmin....tapi sekarang orang itu lah yang menjadikan beliau kekal seadanya seperti sekarang...bagi Azmin pula dia kata Aku orang paling setia dengan Anwar pun dia nak bunuh dengan mengarahkan rafizi bertanding apa tah orang lain....sebelum dia bunuh aku lebih baik aku bunuh dia dulu....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/04/artis-bukan-petanda-kemenangan.html