Siswi Uitm Cicir Wang Saku Terharu Dibantu Pemandu E Kelui


Fadhli Sulaiman 
    Berderaian air mata seorang siswi Universiti Teknologi Mara (Uitm), Ninie Kamarudin, 19 tahun apabila memikirkan wang saku berjumlah RM50 tercicir di sebuah pasar raya, tambahan pula, itu sahaja duit yang dia ada namun rezeki tidak berpihak padanya

Siapa sangka, muncul seorang insan yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, MyCar, Yew Ah Tat, 45 tahun membantu saat Ninie ditimpa kesusahan.


Meskipun berbeza latarbelakang dan budaya, namun, itu bukan penghalang bagi Ah Tat membantu atas dasar perikemanusiaan dan hubungan ibarat ‘ayah’ dan ‘anak’.


"Tak kira bangsa (dan) agama, kita (harus) saling bantu-membantu. Memang hari itu saya beri tambang percuma. Saya tanya, dia cakap belum makan, saya pun belikan makan," katanya yang bekerja di bawah syarikat e-hailing tempatan di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.

Ah Tat berkata, dia sedar wang yang tercicir itu adalah belanja seminggu untuk Ninie justeru dia memberikan wang miliknya sebagai ganti kepada pelajar jurusan undang-Undang itu.

"Hari itu Jumaat. Saya beri lagi RM40 wang saku. Itu duit belanja untuk satu minggu sudah hilang macam mana," katanya semasa majlis penyerahan wang ganjaran kepada Ah Tat dan Ninie oleh pengurus operasi pemanduan di Ibu pejabat MyCar, di Setia Alam, hari ini

Disoal mengenai isu perkauman yang dimuatkan di dada-dada akhbar, Ah Tat percaya isu itu hanya drama politik semata-mata.

"Di antara kaum kita memang tidak ada masalah pun. Jangan sesekali mengambil kita punya bangsa agama untuk dipolitikkan.


"Saya tolong ini sebab saya ikhlas. Saya tak kira jumpa Cina, Melayu, India semua sama saya tolong. Saya tolong tak tengok siapa pun, tak kisah," katanya kepada Malaysiakini.


Sementara itu, Ninie mengingatkan masyarakat untuk tidak sesekali berasa takut berbuat baik dan jangan bersifat kedekut.


"Kalau rasa ada kemampuan untuk buat baik, buat saja. Jangan pernah rasa takut, kedekut atau takut nak berbuat baik.


"Saya tak rasa ada isu perkauman. Bila dah tular ini, saya boleh nampak sebenarnya bangsa-bangsa di Malaysia ini semua bersatu, cuma politik yang memisahkan," katanya.

Pada 13 September lalu, tular di media sosial apabila Ninie sendiri berkicau di laman Twitternya berkata dia kehilangan wang saku di sebuah pasar raya.

Ketika hendak pulang ke rumah, dua rakannya membantu Ninie memberikan sedikit wang dan menempah perkhidmatan MyCar berharga RM12.90


Ketika kenderaan itu sampai, Ninie masuk ke dalam kereta tersebut dan pemandu (Ah Tat) menegurnya kerana kelihatan sedih. Ninie menceritakan semua yang berlaku.

Selepas itu, pemandu memberikan perkhidmatan percuma dengan menghantarnya pulang ke rumah. Sebelum itu, malah Ah Tat singgah membelikan makanan untuk Ninie serta menghulurkan bantuan wang saku berjumlah RM40.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/siswi-uitm-cicir-wang-saku-terharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Jangan Nangis Uncle Belanja Netizen Terharu Dengan Kebaikan Driver Mycar Ini Bantu Student Uitm

Sudah Jangan Nangis Uncle Belanja Netizen Terharu Dengan Kebaikan Driver Mycar Ini Bantu Student Uitm

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 325 hits
Baru baru ini seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai kisah seorang pemandu Grab yang baik hati dan membantunya apabila dia ditimpa kesusahan mengundang rasa terharu netizen Ninie Kamarudin mahasiswi UiTM Shah Alam bersyukur dipertemuka...
5 Tahun Berumah Tangga Ini Pengorbanan Alyssa Yang Membuat Dude Harlino Terharu

5 Tahun Berumah Tangga Ini Pengorbanan Alyssa Yang Membuat Dude Harlino Terharu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 267 hits
Dude Harlino sedang menikmati kehidupan rumah tangga bersama sang istri Alyssa Soebandono Pria yang menikah dengan Alyssa pada 2014 lalu ini telah dikaruniai dua orang anak Muhammad Dirgantara Ariendra Harlino dan Mahendra Malik Harlino
Pengantin Baharu Terharu Disapa Bergambar Dengan Agong Dan Permaisuri

Pengantin Baharu Terharu Disapa Bergambar Dengan Agong Dan Permaisuri

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 440 hits
Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan bergambar bersama pasangan pengantin baharu Foto ihsan Facebook Portal Diraja PahangKUANTAN 15 Sept Pasangan pengantin baharu yang sedang menga...
Kisah Cinta Dama Lapia Berlanjut Sebuah Ungkapan Perasaan Manis Yang Bikin Banyak Orang Terharu

Kisah Cinta Dama Lapia Berlanjut Sebuah Ungkapan Perasaan Manis Yang Bikin Banyak Orang Terharu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 283 hits
Awalnya menjauh karena nggak direstui camer kini Dama beri ajakan buat berjuang bersama Ciyeeee
Terharu Lihat Agung Menuruni Anak Tangga Singgahsana Untuk Mengurniakan Darjah Kebesaran

Terharu Lihat Agung Menuruni Anak Tangga Singgahsana Untuk Mengurniakan Darjah Kebesaran

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Tindakan spontan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menuruni anak tangga singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran membuatkan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malay...
Yuna Terharu Peminat Sanggup Merantau Jauh Untuk Beli Albumnya Di New York

Yuna Terharu Peminat Sanggup Merantau Jauh Untuk Beli Albumnya Di New York

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 207 hits
Yunalis Zarai bukanlah satu nama asing dalam industri seni tanah air Kejayaan demi kejayaan dilakar oleh beliau sehingga muziknya mampu menembusi pasaran antarabangsa Pada 12 Julai lalu beliau telah melancarkan album keempatnya berjudul Rou...
Potret Rumah Reyot Di Halaman Apartemen Mewah 3 Fakta Pemiliknya Ini Bikin Terharu

Potret Rumah Reyot Di Halaman Apartemen Mewah 3 Fakta Pemiliknya Ini Bikin Terharu

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 289 hits
Uang ganti ruginya ditolak mentah mentah oleh si pemilik rumah Antara menolak rezeki atau apa ya
Isteri Terharu Pengorbanan Alif Satar

Isteri Terharu Pengorbanan Alif Satar

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 358 hits
Isteri kepada penyanyi Alif Satar Shadila Halid terharu dengan sikap suaminya yang sanggup berada disisinya sepanjang berada di hospital walaupun penat bekerja Shadila berkongsi coretannya itu menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya B...
7 Ditahan Dipercayai Samun Wang Rm1 24 Juta

7 Ditahan Dipercayai Samun Wang Rm1 24 Juta

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 217 hits
7 ditahan dipercayai samun wang RM1 24 juta Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Sep 2019 11 33PM
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul