Sistem Penggiliran Qms 2 0 Jabatan Imigresen Malaysia
QMS kini diperkenalkan secara rasmi menerusi Go-Live Sistem Penggiliran (QMS) 2.0 oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi memudahkan urusan orang ramai dan menjimatkan masa menunggu di kaunter.
Melalui penggunaan sistem baharu ini, orang awam yang mempunyai urusan di Jabatan Imigresen boleh mengambil nombor giliran secara digital tanpa perlu beratur panjang, sekali gus menjadikan proses perkhidmatan lebih teratur dan efisien.
Pelaksanaan QMS 2.0 ini juga selari dengan kemajuan teknologi semasa serta usaha Jabatan Imigresen Malaysia dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pengenalan Sistem Penggiliran (QMS)
Queue Management System atau QMS ialah sistem pengurusan giliran digital yang membantu mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di kaunter perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia untuk urusan yang lebih lancar dan teratur.
Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi tertentu dan boleh terus mendapatkan nombor giliran mereka pada awal pagi sebelum datang ke kaunter Jabatan Imigresen.
Penggunaan QMS ini membolehkan pengguna merancang perjalanan dan tidak perlu berkerumun dan menunggu lama di pejabat Jabatan Imegresen.

Kelebihan Menggunakan QMS
Berikut merupakan kelebihan menggunakan sistem penggiliran (QMS) berbanding kaedah lama di mana anda perlu datang lebih awal untuk mengambil nombor giliran secara manual:
Tidak perlu menunggu lama: Dengan aplikasi ini, anda akan mendapat nombor giliran tanpa perlu beratur panjang. Jimatkan masa dan rancanglah jadual anda dengan lebih baik.
Penyelarasan yang lancar: Sistem QMS memastikan proses perkhidmatan yang teratur dan lancar di pejabat kami. Anda akan dipanggil pada waktu yang ditetapkan, memberikan kemudahan yang sepenuhnya.
Keselesaan dan kecekapan: Dengan menggunakan aplikasi telefon pintar ini, anda dapat menguruskan urusan dengan mudah dan cekap, membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Cara Menggunakan Sistem QMS 2.0
Berikut adalah cara mudah untuk menggunakan Sistem QMS 2.0:
Layari portal QMS 2.0 (imbas QR dalam poster) atau layari https://queue.imi.gov.my/
Pilih perkhidmatan yang di perlukan
Isi maklumat yang diperlukan
Pilih negeri dan cawangan untuk and berurusan dengan JIM
Setelah tempahan berjaya, anda akan mendapat nombor giliran dan sahkan
Pengesahan tempatan akan dihantar melalui emel secara automatik selepas tempahan berjaya
Lakukan check-in semasa tiba di kaunter

Muat Turun Aplikasi QMS 2.0
Anda boleh memuat turun aplikasi QMS 2.0 ke dalam telefon anda menggunakan pautan berikut:
Google Play Store: https://apps.apple.com/my/app/queue-management-system-qms/id1143480836
Apps Store: https://apps.apple.com/my/app/queue-management-system-qms/id1143480836
Syarat Pengambilan Nombor Giliran Melalui Portal
1. Semak Keperluan Terlebih Dahulu
Sila rujuk laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lengkap berkenaan dokumen, syarat dan jenis perkhidmatan sebelum hadir ke kaunter
2. Waktu Operasi Pejabat
Sila semak waktu operasi semasa di portal Jabatan Imigresen Malaysia atau pejabat Imigresen berkaitan
3. Kehadiran dan Pengesahan QR
Pemohon perlu mendaftar masuk di lokasi perkhidmatan dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan dalam aplikasi sebelum nombor giliran diberikan
4. Ketetapan Masa Adalah Tanggungjawab Pemohon
Nombor panggilan yang terlepas tidak akan dipanggil semula. Pemohon perlu mengambil nombor baharu sekiranya lewat atau terlepas
5. Semak Bawa Peranti Mudah Alih
Pemohon hendaklah membawa peranti mudah alih asal yang digunakan untuk mengambil nombor panggilan. Tangkap layar (screenshot) atau salinan tidak dibenarkan

Pelaksanaan Aplikasi QMS Melalui Aplikasi Telefon
NegeriNama CawanganUrusniagaPerlisJabatan Imigresen Negeri Perlis
– Perlis (Bahagian Pasport Aras 1)– Pemohonan Pasport
– Pemohonan Pas SempadanKedahJabatan Imigresen Negeri Kedah
(Alor Setar)Bahagian Pasport
– Pemohonan Pasport
Bahagian Pekerja Asing
– Pas Lawatan Kerja Sementara
Bahagian Visa
– Pas Lawatan SosialKedahPejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam– Pemohonan Pasport
– Pemohonan Pas SempadanKedahPejabat Imigresen Kota PutraPemohonan Pas SempadanKedahPejabat Imigresen LangkawiPemohonan PasportPulau PinangJabatan Imigresen Negeri Pulau PinangBahagian Pasport
– Permohonan Pasport
Bahagian Pekerja Asing
– Pekerja AsingPerakPejabat Imigresen TaipingPemohonan PasportSelangorPejabat Imigresen Pelabuhan KlangPemohonan PasportW.P PutrajayaIbu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia PutrajayaBahagian Visa Aras 1
– Pemohonan Permit Masuk
– Pas Residen
Bahagian Pra Aras 2
– Pembantu Rumah Asing
Bahagian Visa Aras 3
– Pas Lawatan SosialW.P PutrajayaPejabat Pasport Cawangan Shaftsbury PutrajayaBahagian Penguatkuasa
Bahagian Visa, Pas dan Permit
Bahagian Khidmat Ekspatriat
Negeri SembilanPejabat Imigrsen Port Dickson– Pemohonan Pasport
– VISAMelakaJabatan Imigrsen Malaysia Negeri Melaka
– Bahagian Pasport Aras 1– Pemohonan Pasport
– VISAJohorJabatan Imigresen Negeri JohorBahagian Pekerja Asing
– Pembantu Rumah AsingJohorPejabatan Imigresen Muar– Permohonan PasportTerengganuJabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu– Pekerja AsingW.P. LabuanJabatan Imigresen Malaysia W.P. Labuan– Pas Lawatan Sosial
– Pekerja Asing
– Khidmat EkspatriatUTCUTC Johor BahruPermohonan PasportUTCUTC Pasir Gudang Permohonan PasportUTCUTC KedahPermohonan PasportUTCUTC TerengganuPermohonan PasportUTCUTC MelakaPermohonan PasportUTCUTC PahangPermohonan PasportUTCUTC PerakPermohonan PasportUTCUTC Pulau Pinang (KOMTAR)Permohonan PasportUTCUTC Kota KinabaluPermohonan PasportUTCUTC TawauPermohonan PasportUTCUTC KuchingPermohonan PasportUTCUTC MiriPermohonan PasportUTCMini UTC KeramatPermohonan PasportUTCUTC Kuala Lumpur (PUDU)Permohonan PasportUTCUTC SentulPermohonan PasportUTCUTC LabuanPermohonan Pasport
Soalan Lazim – QMS
1. Apakah itu Sistem Penggiliran (QMS) 2.0? QMS 2.0 atau Queue Management System 2.0 ialah sistem pengurusan giliran digital yang diperkenalkan secara rasmi menerusi Go-Live Sistem Penggiliran (QMS) 2.0 oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sistem ini bertujuan memudahkan urusan orang ramai, mengurangkan kesesakan di kaunter serta menjimatkan masa menunggu.
2. Apakah tujuan utama pelaksanaan QMS 2.0? Pelaksanaan QMS 2.0 adalah untuk membolehkan orang awam mengambil nombor giliran secara digital tanpa perlu beratur panjang di pejabat Jabatan Imigresen. Ia juga selari dengan kemajuan teknologi semasa dan usaha berterusan Jabatan Imigresen Malaysia dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
3. Apakah kelebihan menggunakan QMS berbanding sistem lama? Antara kelebihan utama penggunaan QMS ialah:
– Tidak perlu menunggu lama kerana nombor giliran boleh diambil lebih awal secara digital
– Proses lebih teratur dan efisien dengan panggilan giliran yang tersusun
– Lebih selesa dan menjimatkan masa, membolehkan pengguna merancang perjalanan dan urusan dengan lebih baik
– Mengurangkan kesesakan dan perhimpunan di kaunter Jabatan Imigresen
4. Bagaimanakah cara menggunakan Sistem QMS 2.0? Cara menggunakan Sistem QMS 2.0 adalah seperti berikut:
1. Layari portal QMS 2.0 dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan https://queue.imi.gov.my/
2. Pilih perkhidmatan yang diperlukan
3. Isi maklumat yang diminta
4. Pilih negeri dan cawangan Jabatan Imigresen untuk urusan
5. Setelah tempahan berjaya, nombor giliran akan diberikan
6. Pengesahan tempahan akan dihantar secara automatik melalui emel
7. Lakukan check-in semasa tiba di kaunter perkhidmatan
5. Adakah saya perlu memuat turun aplikasi untuk menggunakan QMS? Pengguna hanya perlu mengakses portal QMS 2.0 melalui peranti mudah alih atau pelayar web. Nombor giliran boleh diperoleh secara digital tanpa perlu hadir awal ke kaunter.
6. Apakah syarat pengambilan nombor giliran melalui portal QMS? Antara syarat penting yang perlu dipatuhi ialah:
– Semak keperluan terlebih dahulu seperti dokumen dan syarat perkhidmatan melalui laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
– Patuhi waktu operasi pejabat yang ditetapkan
– Daftar masuk dan imbas kod QR di lokasi perkhidmatan sebelum nombor giliran disahkan
– Ketetapan masa adalah tanggungjawab pemohon – nombor yang terlepas tidak akan dipanggil semula
– Wajib membawa peranti mudah alih asal yang digunakan untuk mengambil nombor giliran (tangkapan layar tidak dibenarkan)
7. Apa yang berlaku jika saya lewat atau terlepas nombor giliran? Sekiranya nombor giliran terlepas, ia tidak akan dipanggil semula. Pemohon perlu mengambil nombor giliran baharu melalui portal QMS 2.0.
Baca juga:
Pengumuman Dividen ASB 2025 – Jumlah & Agihan Pendapatan
Skim ToU TNB – Maksud, Waktu Puncak, Syarat & Cara Mohon
SARA 2026 – Semakan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/qms/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=qms