Sistem Pendidikan Psycho Dirotan 60 Kali Dibotak Kepala Disimbah Air Taik Dijemur Lepas Zohor Hingga Asar
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/08/28/maszlee-concerned-over-tahfiz-schools-unusual-punishments/
unusual punishments by tahfiz school include pouring excrement on studentsparental consent form meant to deter students from misbehaving
punishment listed in consent form inhumane and “undermine dignity of education”
My comments :
Dia macam ini tuan-tuan.
Kalau simbah air taik ATAS kepala penuntut, air taik itu boleh dicuci dan dihilangkan baunya.
Tapi cancer yang lebih besar ialah curah air taik dalam fikiran kepala otak manusia. Yang itu susah sikit kalau nak cuci balik otaknya atau untuk hilangkan bau taik dari dalam pemikiran manusia.
Contohnya manusia yang boleh terlintas dalam kepala otak mereka untuk rotan seorang kanak-kanak sekolah 60 kali, membotak kepala kanak-kanak yang kononnya "melakukan kesalahan", untuk menyimbah air taik atas kepala kanak-kanak sekolah dibawah jagaan mereka atau menjemur kanak-kanak dari waktu zohor hingga asar di bawah panas matahari.
Nawaitu guru atau sekolah atau pemikiran atau falsafah hidup yang boleh memikirkan hukuman gila seperti ini jelas di bawah telunjuk syaitan.
Dalam video berikut kita lihatlah sistem pendidikan yang lebih menghampiri sistem Islamik yang kita semua idamkan. Video pertama ialah sistem sekolah di Finland.
Video berikut pula adalah sekolah di Jepun.
Conclusion :
Bagi saya sistem sekolah di Finland dan Jepun tidak lagi simbah kanak-kanak sekolah dengan air taik sebab Finland dan Jepun menggunakan sistem jamban "tarik" atau flush toilet. Guru sekolah mereka pun sudah lama berhenti cebuk dale sungai.
Maka susahlah bagi guru sekolah menceduk atau mengambil air taik untuk disimbah atas kepala kanak-kanak sekolah.
Saya rasa itulah rahsia kejayaan sistem persekolahan Finland dan Jepun.Posted by Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/08/sistem-pendidikan-psycho-dirotan-60.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must