Sistem Pendidikan Negara Perlu Diperbaiki Wartawan


Imej hiasan

BARU-baru ini tular hantaran di aplikasi X berhubung sekumpulan murid Tingkatan Dua yang memperoleh markah sifar dalam subjek sejarah menerusi ujian penilaian sekolah, sekali gus mencuri perhatian ramai pihak termasuk guru dan ibu bapa.

Menerusi ruangan komen, ramai meluahkan rasa bimbang, malah ada berpendapat pelajar sekolah semakin tidak serius dalam pelajaran.

Walaupun peperiksaan bukan penanda aras kejayaan seorang pelajar, namun menerusi penilaian di sekolah, kita dapat melihat perkembangan mereka terhadap subjek tersebut.

Ibu bapa berpendapat sistem peperiksaan merupakan kaedah utama dalam menilai prestasi anak-anak.

Kewajaran untuk mengembalikan semula peperiksaan berpusat dikatakan tidak menepati piawaian kerana anak-anak masih terikat dengan konsep pembelajaran baca dan hafal tanpa memahami sebarang konsep menyebabkan ia tidak memberi sebarang makna.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk memperkasakan lagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun.

Pelaksanaan tersebut dibuat selepas pandemik Covid-19 kerana kesukaran untuk melaksanakan peperiksaan berkala di sekolah atas faktor kesihatan dan sebagainya.

Bagaimanapun, Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam tangga tercorot.

Malaysia berada di tangga ke-51 daripada 81 negara dalam kajian PISA, khususnya dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sekali gus terus berada di kedudukan terburuk dalam tujuh negara Asean.

Susulan pandemik Covid-19, skor direkodkan purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Matematik menurun 31 mata, manakala Literasi Saintifik (22) dan Literasi Bacaan (27) berbanding PISA 2018.

Keputusan pentaksiran kali ini turut menyaksikan Malaysia mencatat 52.1 peratus dalam penguasaan minimum Aras 2 hingga tertinggi Aras 6 bagi Literasi Saintifik, manakala Literasi Matematik pula 41.0 peratus dan Literasi Bacaan (41.9).

Rentetan itu, ibu bapa mula meluahkan kebimbangan terhadap kualiti sistem pendidikan negara sehingga terdapat desakan supaya kerajaan mengambil serius terhadap perkara tersebut.

Penulis merupakan generasi pertama yang melalui Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003 dan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) pada 2014 sewaktu menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Semua pelajar perlu beradaptasi dengan kedua-dua sistem pelajaran itu sehingga ada menggelar generasi tersebut sebagai ‘tikus makmal’.

Penulis dapat melihat apabila KBAT diperkenalkan ramai pelajar tidak dapat mencapai standard yang ditetapkan kerana sudah terbiasa menghafal tanpa memahami asas atau konsep silibus.

Pemikiran pelajar menjadi terhad kerana jawapan dan penyelesaian dalam setiap tugasan memerlukan mereka berfikir secara kritis dan kreatif, namun ia masih lagi gagal membentuk pelajar bersifat holistik.

Pelaksanaan PBD menunjukkan perkembangan positif dalam memacu pengetahuan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan keseimbangan modal insan dari segi rohani mahupun jasmani.

Menerusi sistem tersebut guru-guru dapat mengenal pasti kelemahan dan bersama-sama memperbaiki masalah tersebut secara holistik.

Selain itu, bimbingan yang lebih baik daripada guru dapat membantu mereka lebih cemerlang dalam pelajaran dan menjadikan subjek yang diajar memberi makna untuk diaplikasi dalam kehidupan.

Tidak dinafikan peperiksaan membantu membentuk sasaran yang ingin dicapai dalam setiap ujian, malah ia turut memperkasa disiplin diri sepanjang sesi persekolahan.

Namun, sistem peperiksaan kebangsaan mungkin tidak relevan untuk generasi baharu, justeru KPM perlu mengambil pendekatan holistik bagi memastikan pendidikan negara terus cemerlang

* Farhana Abd Kadir ialah wartawan meja am Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/02/sistem-pendidikan-negara-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Tumpu Empat Perkara Perkasa Sistem Pendidikan Negara

Kpm Tumpu Empat Perkara Perkasa Sistem Pendidikan Negara

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 240 hits
Fadhlina di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua Kajang KAJANG Kementerian Pendidikan sedang berusaha memperkukuhkan sistem pendidikan negara dengan ...
Kpm Selaras Sistem Pendidikan Semua Jenis Prasekolah

Kpm Selaras Sistem Pendidikan Semua Jenis Prasekolah

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 369 hits
PUTRAJAYA Semua sistem pendidikan prasekolah akan diselaras oleh Kementerian Pendidikan selepas ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yan...
Ketinggalan Dalam Pendidikan Anwar Mahu Kpm Lihat Semula Sistem Prasekolah

Ketinggalan Dalam Pendidikan Anwar Mahu Kpm Lihat Semula Sistem Prasekolah

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 287 hits
Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Wacana Pemikir Global 2024 di Universiti Malaya hari ini Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON KOSMO KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan digesa untuk melihat semula sistem prasekolah dengan menyediakan kemudah...
Ibu Bapa Digalak Persoal Dasar Pendidikan Negara Pensyarah

Ibu Bapa Digalak Persoal Dasar Pendidikan Negara Pensyarah

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mempersoalkan meneliti dan memahami dengan lebih baik tentang sesuatu dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan Isu ini disuarakan oleh pensyarah kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidik...
Bapa Persoal Sistem Pendidikan Anak Cemerlang Tapi Tak Dapat Anugerah Sebab Introvert

Bapa Persoal Sistem Pendidikan Anak Cemerlang Tapi Tak Dapat Anugerah Sebab Introvert

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 216 hits
Tular sebuah perkongsian daripada seorang bapa persoal sistem pendidikan kerana anaknya tidak mendapat sebarang anugerah walaupun Tahap Penguasaan tinggi Menerusi satu perkongsian di Facebook Kio Khairul telah memuat naik satu luahan hati b...
Pm Yang Sebelum Sebelum Ni Tak Pernah Jenguk Ke Zoo Negara Kot

Pm Yang Sebelum Sebelum Ni Tak Pernah Jenguk Ke Zoo Negara Kot

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 160 hits
Hari ini saya dan Azizah berkesempatan meraikan Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun Zoo Negara Ke 60 Turut bersama Menteri Besar Selangor dan Duta Besar China ke Malaysia Saya zahir penghargaan pada badan bukan kerajaan yang menguruskan Zoo Ne...
Jokowi Tentang Keras Pernyataan Pm Netanyahu Soal Tidak Adanya Negara Palestina

Jokowi Tentang Keras Pernyataan Pm Netanyahu Soal Tidak Adanya Negara Palestina

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 175 hits
Jokowi juga mengutuk keras serangan Israel terhadap kamp pengungsi Khan Younis di Gaza
Dua Lelaki Didakwa Ambil Upah Seludup Pati Di Perairan Negara

Dua Lelaki Didakwa Ambil Upah Seludup Pati Di Perairan Negara

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 144 hits
MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALIKEDUA DUA tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah Melaka atas pertuduhan menyeludup PATI Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALIALOR GAJAH Seorang tekong dan awak awak kapal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari in...
Jokowi Pm Timor Leste Sepakat Dorong Penyelesaian Perundingan Batas Negara

Jokowi Pm Timor Leste Sepakat Dorong Penyelesaian Perundingan Batas Negara

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 222 hits
Ini merupakan kunjungan resmi perdana Xanana Gusmao sejak dilantik menjadi PM pada Juli 2023 lalu
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias