Sistem Kehidupan Yang Jadikan Keupayaan Untuk Berikan Tumpuan Anda Makin Lemah




Berapa lama anda mampu berikan tumpuan terhadap sesuatu perkara yang anda mahu fahami?
Untuk jawab soalan di atas, cuba ambil buku yang terangkan satu ilmu yang memang anda berminat untuk kuasainya, dan cuba mulakan pembacaan sehelai demi sehelai. 
Agaknya lama mana anda dapat kekal membaca, menghadamkan setiap perkataan dan ayat untuk memahaminya?
Sejam?
Dua jam?
Saya sendiri rasa keupayaan untuk berikan tumpuan satu atau 2 jam terhadap sesuatu perkara makin lama makin lemah. Mulanya saya ingat itu adalah faktor umur yang makin meningkat.
Ramai kawan-kawan sama umur yang lain juga berikan alasan kepada umur. 
Tapi semua itu berubah bila saya beli dan baca buku tulisan Johann Hari yang bertajuk Stolen Focus: Why You Can't Pay Attention.
Beliau ialah seorang wartawan. Memang kerjanya adalah mencari maklumat dan berita untuk dijadikan artikel. Namun begitu, dia sendiri sedar bahawa keupayaannya untuk fokus makin nipis.
Untuk mencari jawapan kepada permasalahan itu, dia buat kajian dan tulis buku tersebut.
Kebetulan pula saya memang mencari-cari jawapan, selain dari faktor umur, kenapa daya tumpaun saya sangat lemah. Dah tak macam dulu. Banyak yang mahu saya buat, tapi semuanya berakhir dengan apa satupun tak buat. Tangguh dan tangguh.
Semua jawapannya ada dalam buku tersebut.
Saya berikan sedikit ringkasan apa yang membuatkan saya hilang daya fokus. Bukan saja saya, malah hampir semua manusia di atas muka bumi ini. Sebab menurut penulis buku tadi, para professor dan pakar yang buat kajian pasal daya tumpuan yang dia temubual juga hadapi masalah yang sama.
Kehidupan makin lajuAnda sendiri tentu perasan perkara ini. Bagi anak muda yang lahir selepas era tahun 2000 mungkin tak berapa nak perasan. Tapi anda yang lalui zaman sebelum wujudnya telefon pintar, sebelum adanya WiFi dan seumpamanya tentu sedar betapa semuanya berubah sekelip mata.
Sistem pengangkutan, sistem telekomunikasi, perubahan teknologi dan lain-lain semuanya bergerak lagu sampai tak terkejar. Baru nak belajar pasal VR, Block Chain dan sebagainya dah datang ChatGPT dan macam-macam benda baru muncul.
Berita masuk menerjah tanpa henti. Dari satu isu ke satu isu di-viral-kan tanpa henti. makanan, minuman, kedai, influencer, awek cantik, makcik luar biasa, pendakwah berskandal dan sebagainya menerjah masuk ke ruang minda tanpa henti.
Semua itu buatkan otak tak tahu nak berikan tumpuan pada apa. Layan dan layan sebab semua persembahannya menarik perhatian.
Dari kajian, isu yang viral makin lama makin tidak dapat bertahan lama menjadi tumpuan. Kalau dulu, sesuatu isu akan bertahan mingguan atau mungkin bulanan. Tapi sekarang, ia sudah tak mampu bertahan jadi perbualan dalam tempoh yang lama.
Semua orang nak cepat.
Terlalu banyak gangguanUntuk berikan tumpuan terhadap satu-satu kerja dalam tempoh yang lama, anda perlu masuk ke dalam zon yang saintis panggil 'flow'.
Perlu ada 3 perkara untuk dapatkan flow. Pertamanya perlu ada matlamat yang mahu dicapai. Kedua, perlu sesuatu yang bermakna dan ketiga mesti mencabar keupayaan anda sedikit. Tak boleh susah sangat dan tak boleh senang sangat.
Tapi untuk dapatkan flow dalam keadaan sekarang adalah satu perkara yang hampir mustahil. Terutamanya jika anda masih berada dalam sistem yang bergerak hidup 24 jam setiap hari.
Buat kerja dengan ada telefon pintar adalah mustahil untuk elakkan diri dari gangguan. Sebab ada satu kelemahan manusia yang sama seperti semua binatang lain. Terbelenggu dengan ganjaran atau kenikmatan.
Ada seorang saintis yang perhatikan bagaimana dia boleh ajar apa saja haiwan untuk buat apa saja yang dia mahu. Dia mampu ajar tikus main bola dengan menggunakan teknik tersebut.
Malah apa saja binatang boleh diajari dengan menggunakan teknik yang sama.
Perkara itu ditemuinya ketika melakukan ujian pada burung merpati. Dia perhatikan burung itu di dalam sangkar. Burung biasanya akan melakukan berbagai aksi secara rawak ketika berada dalam sangkar tersebut.
Dia hanya memilih satu pergerakan rawak contohnya, burng itu mendepakan sayapnya. Setiap kali burung buat begitu, dia akan tekan butang untuk taburkan makanan. Setelah beberapa kali burung itu mula perasan yang makanan akan bertabur bila dia depakan sayapnya.
Akhirnya burung itu akan mula sentiasa depakan sayapnya untuk dapatkan makanan. Sama juga kejadiannya bila dia lakukan ujian pada semua haiwan lain.
Rumusannya, saintis kenal pasti perkara sama boleh dilakukan kepada manusia. Jika anda buat posting dan kongsikan pada kawan-kawan di IG, akan masuk 'like' bertubi-tubi. Maka aktiviti buat posting lama kelamaan akan jadi satu ketagihan.
Anda tentu salah seorang yang ada akaun media sosial. Sering buat posting dan setiap kali post, kejap nak buka tengok apa dah jadi, kejap buka untuk kemas kini respon dari kawan-kawan.
Semua butang like, love dan seumpamanya pada medsos adalah hasil dari penemuan yang saintis dapat ada pada binatang dan juga manusia. Anda dan saya sebenarnya dengan mudah dapat dikuasai untuk melakukan apa saja perkara yang mereka mahu.
Tidakkah anda terfikir bahawa apa yang anda fikir sekarang dalam kehidupan seharian adalah, apa yang para penguasa pengatur media maklumat dan medsos mahu anda fikirkan?
Kurang tidur dan lebih kerjaSelama ini anda tentu sangka penciptaan lampu adalah satu nikmat kepada manusia. Thomas Edison disanjung seluruh dunia sebagai orang yang berikan sumbangan besar kepada manusia untuk hidup di bawah cahaya walaupun di waktu malam.
Dari buku yang saya sebut di atas tadi, baru saya sedar rupanya dialah antara manusia awal yang telah rosakkan waktu rehat untuk manusia.
Dengan terciptanya lampu, waktu siang dan malam sudah tidak ada apa-apa perbezaan lagi. Terutamanya terhadap apa yang berlaku di dalam tubuh badan manusia terhadap kehadiran cahaya.
Gelap ertinya rehat dan cerah ertinya bekerja. Itulah yang tok nenek anda dulu kala faham. Mereka ikut aturan alam dari kejadian siang dan malam. Kalau ada cahayapun, sekadar api yang masih samar-samar dan redup.
Tapi bila lampu terang dicipta, manusia mula kerja siang dan malam. Waktu tidur  bukan saja jadi makin pendek. Malah makin lama makin tidak nyenyak.
Keupayaan untuk manusia berikan tumpuan dalam keadaan tak cukup rehat, tak cukup tidur akan merosot dengan teruk berdasarkan kajian. Orang yang tak cukup tidur kalau memandu, sama bahayanya dengan orang yang memandu dalam keadaan mabuk.
Kurang tidur digantikan dengan lebih kerja. Itulah yang berlaku kepada manusia di seluruh dunia sejak penciptaan lampu makin lama makin maju.
Tak sempat merayanHang dok merayan apa tu?
Pertanyaan atau teguran sebegitu sering berlaku masa zaman kanak-kanak dulu. 
Rayan dalam bahasa utara ertinya keadaan fikiran sedang merawang melayang-layang entah ke mana. Itu aktiviti biasa yang sentiasa berlaku ketika dikampung dulu dalam keadaan tiadanya apa-apa gadget seperti sekarang.
Semua itu sudah tak ada lagi sebaik saja anda pegang telefon pintar. Tumpuan diberikan kepada melayari makhluk jahat tu dan segala aplikasi yang ada di dalamnya.
Merayan bukanlah satu perkara yang buruk, malah diperlukan untuk perkembangan pemikiran manusia. Ketika merayanlah otak jadi kreatif dalam meneroka segala kemungkinan.
Bayangkan bila anda sudah tidak lagi merayan!
Manipulasi teknologiTelefon pintar, internet dan segala aplikasi yang ada di dalamnya amat menyenangkan. Percuma pula untuk digunakan. Nak maklumat percuma, nak main game percuma,nak pakai aplikasi produktiviti percuma, nak jejak aktiviti percuma dan seribu satu macam kemudahan lagi.
Ada segelintir kecil jurutera pakar yang hebat, dibayar dengan gaji yang lumayan berlumba-lumba mencipta berbagai kaedah dengan satu matlamat sahaja. Bagaimana nak pastikan anda luangkan masa lebih lama melekat di depan skrin.
Masa yang anda berikan untuk skrin adalah duit bagi mereka. 
Para jurutera itu atau lebih tepat lagi, semua kemudahan aplikasi percuma itu seperti FB, Google, medsos lain dan game yang ada, semua pemiliknya bekerja keras untuk mendapatkan duit dari para kapitalis yang mahu manusia membeli lebih banyak bagi keuntungan perniagaan mereka.
Anda tentu sedar percakapan anda sendiri sebenarnya sedang didengari oleh telefon pintar dan apliaksi yang ada di dalamnya. Mereka sedang belajar kenali anda. Mereka sedang memahami apa kelemahan anda untuk digunakan agar anda melekat pada aplikasi yang anda buka, pada tiktok, pada fb, pada twitter, pada IG dan sebagainya.
Semua itu membuatkan anda tidak dapat atau tak sempat merayan lagi.
Salah satu ciptaan hebat yang membuatkan anda mampu melekat lama pada skrin adalah auto-load. Setiap kali anda tolak naik skrin tu, skrin akan load dan load lagi tiada penghujungnya. Dan jurutera yang reka kemudahan itu mendapat hasil yang amat hebat. Semua jurutera bekerja keras untuk hasilkan lagi banyak teknik sedemikian agar anda mati keras depan skrin tu.
Makanan dan pencemaranOtak perlukan nutrisi yang baik dan mencukupi untuk ia berfungsi dengan baik. Tapi semua itu diganggu oleh cara pemakanan manusia moden yang hancur.
Hampir semua makanan yang anda telan saban hari lebih mirip racun berbanding nutrisi. Makanan yang diproses dalam kilang, dicampur bahan tahan lama, disedapkan supaya anda ketagih dan sebagainya membuatkan otak anda lemah.
Pencemaran juga membantutkan keupayaan manusia berikan tumpuan dan menghalang pengunaan otak yang optimum.
Makanan terbaik adalah makanan segar macam tok nenek kita hasilkan dulu. Mereka tanam sendiri, mereka memburu atau ke sungai atau laut untuk cari makanan. Tiada bahan kimia dan tiada racun.
Tapi manusia sekarang nak tanam apa?
Sebidang tanah pun tak ada depan rumah tu. Tambah pula duduk di flat. Lihat apa berlaku masa PKP Covid 19 dulu. Ramai yang hampir kebuluran sebab tak dapat sediakan makanan sendiri.
Kalau di kampung masih boleh ke hutan cari pucuk paku. Kalau di bandar nak ke mana?
Tunggu orang hantar makanan ke rumah dan semuanya adalah makanan yang di proses di kilang penuh dengan racun.
Makanan dan minuman yang ada sekarang adalah antara faktor yang menyebabkan otak tidak dapat berikan tumpuan. Diburukkan lagi dengan pencemaran untuk menghasilkan semua produk yang menghancurkan manusia di muka bumi ini.
Rasanya cukup takat itu saja perkongsian apa yang saya baca dari buku tersebut di atas. Harap dapat membuatkan anda berfikir semula tentang kehidupan dan kemajuan yang sedang dikejar oleh semua manusia sekarang.
Kalau anda berjaya baca sampai ke sini, ertinya anda adalah segelintir kecil manusia yang masih mampu selamatkan akal fikiran ...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/09/sistem-kehidupan-yang-jadikan-keupayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Dunia Moden Jadikan Manusia Semakin Gila Dan Sukar Berikan Tumpuan

Bagaimana Dunia Moden Jadikan Manusia Semakin Gila Dan Sukar Berikan Tumpuan

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 209 hits
Dah berapa kali pernah berlaku anda keluar dari rumah kemudian berpatah balik tak lama kemudian sebab nak ambil telefon yang tertinggal masa mula keluar tadi Jika ada yang beritahu dia tak pernah patah balik teruskan saja ke destinasi atau ...
Adakah Kejayaan Kelantan Kedah Terengganu Boleh Dijadikan Model Berikan Contoh

Adakah Kejayaan Kelantan Kedah Terengganu Boleh Dijadikan Model Berikan Contoh

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 286 hits
Keceluparan pimpinan PAS menuduh Rakyat Johor kurang kesedaran politik Islam Jika Kelantan benar benar memerintah mengikut acuan politik Islam yang benar dan murni mengapa Kelantan masih gagal membangunkan negeri setelah berkuasa lebih 30 t...
Perubahan Di Senario Nasdaq Meningkat Ekoran Nvidia Dan Tech Giants Tumpuan Pelabur Terhadap Jackson Hole

Perubahan Di Senario Nasdaq Meningkat Ekoran Nvidia Dan Tech Giants Tumpuan Pelabur Terhadap Jackson Hole

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 174 hits
GS sedang mempertimbangkan langkah untuk menjual segmen perniagaan untuk pelanggan berada Palo Alto Networks meningkat dengan jangkaan positif Indeks Dow menurun sebanyak 0 1 S P 500 meningkat sebanyak 0 7 dan Nasdaq melonjak sebanyak 1 6 M...
Saya Makin Berusaha Tepis Kontroversi Kelakuan Aktif Song Jihyo Dalam Running Man Dipuji

Saya Makin Berusaha Tepis Kontroversi Kelakuan Aktif Song Jihyo Dalam Running Man Dipuji

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 144 hits
Walaupun menerima kritikan hebat sebelum ini kerana dikatakan kurang bersemangat dan senyap ketika penggambara Running Man Song Ji hyo membuktikan bahawa dia bukan lah seperti yang disangka ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru program itu...
Biaya Kuliah Makin Mahal Ini Solusi Anies Baswedan

Biaya Kuliah Makin Mahal Ini Solusi Anies Baswedan

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 241 hits
Biaya sekolah di perguruan tinggi makin mahal Tak sedikit orang tua yang mengeluh Mencari uang demi anaknya bisa kuliah
Menaker Pbk Berikan Kontribusi Penting Bagi Daerah

Menaker Pbk Berikan Kontribusi Penting Bagi Daerah

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 222 hits
Menaker Ida mengatakan Pelatihan Berbasis Kompetensi menjadi bagian suatu proses peningkatan produktivitas
Per 17 September Kai Berikan Diskon Tiket 20 Persen Untuk Disabilitas

Per 17 September Kai Berikan Diskon Tiket 20 Persen Untuk Disabilitas

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 252 hits
Penumpang selanjutnya dapat membeli tiket dengan tarif reduksi melalui aplikasi Access atau Loket Stasiun
Pesan Ketum Pssi Erick Thohir Kepada Pemain Timnas Berikan Yang Terbaik

Pesan Ketum Pssi Erick Thohir Kepada Pemain Timnas Berikan Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 154 hits
Pesan singkat ini disampaikan Erick Thohir sesaat jelang laga FIFA Match Day melawan Turkmenistan
Kepala Bpip Berikan Arahan Penyusunan Ruu Tentang Ekonomi Pancasila

Kepala Bpip Berikan Arahan Penyusunan Ruu Tentang Ekonomi Pancasila

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 137 hits
RUU ini merupakan mandat yang diberikan kepada BPIP oleh Presiden melalui Peraturan Presiden Nomor 7 Tahun 2018 dan Ketua Dewan Pengarah BPIP
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco