Sis Gagal Dalam Permohonan Cabar Fatwa Kerajaan Selangor


Sisters in Islam [SIS], kumpulan yang memperjuangkan hak wanita Islam gagal dalam usaha mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor [JAIS] lima tahun lepas, yang menggelarkannya sebagai sesat, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa menolak permohonan kumpulan tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada Julai 2014 telah mengeluarkan fatwa bahawa SIS yang ditubuhkan 31 tahun lalu, sebagai kumpulan yang mengamalkan "liberalisme dan pluralisme" agama telah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar serta sesat.

Hakim Nordin Hassan semasa membuat keputusan pada Selasa berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengeluarkan fatwa berkenaan telah bertindak berlandaskan enakmen syariah negeri tersebut.

“Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan permohonan berkenaan kerana berdasarkan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan isu tersebut sepatutnya dibuat di Mahkamah Syariah.

“Fatwa itu digubal mengikut peruntukan yang diberikan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa dalam mendengar permohonan sebegini,” kata Hakim itu.

Nordin juga berkata SIS didaftarkan sebagai syarikat dan dikendalikan oleh orang Islam dan aktiviti SIS Forum juga terikat dengan undang-undang Islam dan fatwa negeri.

“Mahkamah juga mendapati keputusan yang dibuat Majlis Fatwa pada 14 Julai 2014 tidak menyalahi undang-undang dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Majlis Fatwa Selangor juga tidak mempunyai keperluan bagi mereka untuk memaklumkan kepada SIS berhubung tindakan yang diambil,” tambah Hakim itu lagi.

SIS telah memfailkan permohonan semakan kehakiman tiga bulan selepas fatwa itu digazetkan pada 2014, dengan turut memohon perisytiharan bahawa sebagai syarikat berhad ia tidak tertakluk dan terikat dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“SIS tidak kebal dengan fatwa itu. SIS mendakwa fatwa itu hanya tertakluk kepada manusia tetapi organisasi itu diwakili orang Islam maka ia masih terguna pakai. Oleh itu, fatwa itu terguna pakai,” kata Hakim itu semasa membuat keputusan tersebut.

Mahkamah itu juga menolak permohonan berkenaan dengan kos sebanyak RM10,000 [AS2$2,379].

Dalam satu kenyataan media selepas keputusan mahkamah tinggi itu, kumpulan berkenaan berkata keputusan mahkamah pada Selasa merupakan hari hitam buat semua wanita Islam di Malaysia dengan Pengarah Eksekutif SIS, Rozana Isa mempersoalkan sama ada Perlembagaan Persekutuan masih lagi undang-undang mutlak di Malaysia.

“Keputusan berkaitan fatwa merupakan bidang kuasa negeri dan bukannya keputusan parlimen. Ia mempunyai kesan yang mengikis hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan fatwa tersebut boleh melangkaui Perlembagaan Persekutuan,” kata Rozana dalam kenyataan media itu.

SIS ditubuhkan pada 1988 memperjuangkan beberapa isu seperti menamatkan perkahwinan bawah umur, sunat ke atas wanita, hak sama rata dalam perkahwinan Islam dan juga undang-undang keluarga Islam serta mengambil pendirian dalam jenayah berdasarkan gender dan kepolisian moral.

Di dalam carian web, e-fatwa Malaysia, SIS telah dilabel sesat oleh kerana fahaman liberal dan pluralismenya.

Peguam kontroversi Siti Kassim dalam kenyataan kepada media berhubung keputusan mahkamah itu berkata pihak yang sesat adalah pihak yang buta dalam melihat kerja keras SIS yang membantu golongan wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

“Kita harus lawan dan saya menyokong SIS seratus peratus. Mereka yang buta sahaja tidak nampak apa yang SIS telah lakukan,” kata Siti Kassim dalam muatnaik kenyataannya itu di laman Facebooknya sambil menambah bahawa keputusan hakim itu tidak masuk akal.

Sokong keputusan mahkamah

Dalam pada itu, beberapa individu turut menyokong keputusan mahkamah tersebut bagi mengekalkan status sesat keatas SIS.

Zainur Rashid Zainuddin daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa agar SIS bertaubat.

"Rakyat Malaysia perlu kenal dan sedar kesesatan yang dibawa oleh mereka ini. Bertaubatlah Sisters in Islam! Semoga dikurniakan hidayah," kata beliau kepada BeritaBenar.

Turut menyokong adalah ahli akademik Yasmin Hanani Mohd Safian daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)."SIS kalah di mahkamah dalam mencabar fatwa Negeri Selangor… SIS kekal sesat dan bukan mudah hendak menentang kesesatan yang nyata kerana tidak semua orang berani untuk nahi munkar," katanya kepada Berita Benar.

SIS ditubuhkan melalui idea tujuh wanita, Zainah Anwar, Amina Wadud, Askiah Adam, Norani Othman, Rashidah Abdullah, Rose Ismail and Sharifah Zuriah Aljeffri pada 1988, kemudiannya ia didaftarkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan [NGO] pada 1993 dengan nama SIS Forum Malaysia sebelum menggunakan Sisters In Islam sebagai nama rasmi.

Objektif asal SIS adalah untuk menuntut hak kesaksamaan gender, kebebasan, keadilan dan maruah di dalam Islam serta memperkasakan wanita Muslim untuk menjadi aktor perubahan negara.

Sejak penubuhannya, SIS sudah banyak menerima kecaman daripada golongan konservertif agama.

Pada 2009, parti Islam PAS menggesa kerajaan Barisan Nasional menyiasat SIS dan menyuruh agar anggota badan NGO itu bertaubat, selepas SIS menempelak PAS kerana menggesa hukuman mati kepada orang Islam yang keluar daripada agama dan menjadi murtad.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2019/08/gagal-dalam-permohonan-cabar-fatwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sis Fails To Challenge Deviant Fatwa

Sis Fails To Challenge Deviant Fatwa

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 190 hits
The Kuala Lumpur High Court today dismissed women s rights group Sisters in Islam s judicial review application against a fatwa by Selangor religious authorities declaring it as deviant In delivering his decision High Court judge Nordin Has...
Kerajaan Ph Terbukti Gagal Pemuda Umno

Kerajaan Ph Terbukti Gagal Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 198 hits
Datuk Dr Faiz Najmil Mohamed Aris KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan terbukti gagal menangani isu dalam negara yang melibatkan suara dari pelbagai kaum sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia Exco Pergerakan Pemuda ...
Sis Court S Fatwa Challenge Refusal Dark Moment For Malaysia Women S Rights

Sis Court S Fatwa Challenge Refusal Dark Moment For Malaysia Women S Rights

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 235 hits
While acknowledging the company SIS is an artificial legal person the judge said its directing minds are Muslims and their activities touch on Islamic law which the fatwa is applicable on The High Court s decision today that it had no power...
Selangor Memperkenalkan Cepat Aplikasi Setempat Bagi Pembayaran Nirtunai Untuk Perkhidmatan Kerajaan

Selangor Memperkenalkan Cepat Aplikasi Setempat Bagi Pembayaran Nirtunai Untuk Perkhidmatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 245 hits
Kerajaan negeri Selangor hari ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi yang ingin memudahkan pembayaran secara nirtunai untuk sejumlah perkhidmatan kerajaan iaitu Citizen E Payment Platform atau turut dikenali dengan singkatan CEPat CEPat i...
Kerajaan Sedia Pembiayaan Khusus Program Pertanian Pintar

Kerajaan Sedia Pembiayaan Khusus Program Pertanian Pintar

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 165 hits
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi melepaskan lebih 7 000 peserta larian sempena Kongres Statistik Sedunia Institut Statistik Antarabangsa ke 62 yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur b...
Siapa Kerajaan Dong Zong Atau Kerajaan Malaysia

Siapa Kerajaan Dong Zong Atau Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 178 hits
Sedih teramat sangat apabila perlaksanaan dasar Pendidikan negara perlu bertanya kepada PIBG Sekolah Cina sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak Tidak kah kita sedar bahaw PIBG Sekolah Cina itulah Dong Zong Di manakah maruah kita selaku ...
Ancaman Kerajaan India Terhadap Muslim

Ancaman Kerajaan India Terhadap Muslim

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 265 hits
Jika sebelum ini kami kongsikan video sebab utama kenapa rakyat india begitu bimbang terhadap muslim dan mereka terlalu risau sekiranya pada masa akan datang kerajaan india akan diterajui oleh kepimpinan islam Ini juga menjadi sebab utama k...
Lesen Lynas 500 Bantah Keputusan Kerajaan

Lesen Lynas 500 Bantah Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 233 hits
Tindakan kerajaan melanjutkan lesen kilang Nadir Bumi Lynas di Gebeng Kuantan selama 6 bulan lagi pasti akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya ke 15 nanti Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet berkata tindakan kerajaan i...
Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 265 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa menjadi punca syarikat media Utusan Melayu Bhd mengalami masalah kewangan Kerajaan PH zalim beku akaun UMNO punca Utusan hadapi masalah kewangan Najib
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Airasia Santan Menu Baru Harga

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Dating Dengan Suami Di Ikea Cheras