Siri Ke 2 Umrah Nov 2018



Alhamdullillah, akhirnya tercapai juga impian dan hasrat untuk menunaikan umrah. Syukur tak terhingga kerana akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke bumi barakah.. Mekah dan Madinah.
Pada 19hb. November 2018 bertolak ke Kuala Lumpur dengan AirAsia dari Alor Setar.  Kami terpaksa transit kat Homestay di Dengkil selama 1 malam sebab flight dijadualkan pada 20hb. November.  Semua kos penginapan ditanggung oleh agensi. Alhamdullillah. Bilik kat Homestay Backpaker, Dengkil

Bergambar ketika di KLIA
20hb. November 2018 lebih kurang pukul  10.00 mlm kami tiba di airport Madinah. Semasa keluar dari airport untuk menaiki bas yang disediakan agensi, terasa angin sejuk menyapa kerana bulan November adalah permulaan musim sejuk di Mekah dan Madinah. 
Kali pertama kami diuji, seorang daripada jemaah kami sesat setelah keluar dari airport menyebabkan kami terpaksa menunggu hampir 1 jam.  Jam dah menunjukkan pukul 1.00 pagi.  Puas juga la mutawif mencari, jawapannya dia keliru sebab banyak bas kat situ, tak tahu mana satu bas untuk jemaah kami. SABAR, itulah jawapan untuk memujuk hati. 
Pertama kali memandang Masjiil Nabawi dalam perjalanan ke hotel, kami diminta untuk memberi salam pada Rasullallah. Hari ini adalah 12 Rabiulawal ,hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Syukur dapat menyambutnya dibumi barakah ini.  Masing-masing dah keletihan setelah 8 jam perjalanan dari KLIA ke Madinah dan kami dinasihatkan berehat dahulu dan aktiviti akan disambung pada keesokkan hari.
MASJID NABAWI
Kagum, teruja, sebak, gembira itu adalah perasaan aku ketika pertama kali menjejakkan kaki ke dalam Masjidil Nabawi ketika solat subuh pertama. Masjid yag selama ini aku hanya lihat dalam gambar kini secara hakikatnya aku dah ada di dalamnya. Pukul 4.00 pagi dah berjalan kaki menuju ke masjid. Alhamdullillah jarak antara hotel dan masjid dalam 100 meter saja. Hotel penginapan kami berhadapan dengan pintu 25 (pintu khusus untuk jemaah wanita dan untuk ke Raudhah).
Sempat mengambil gambar ketika kubah di Masjid Nabawi di bukan


ANTARA PROGRAM ZIARAH KETIKA DI MADINAH
SAQIFAH BANI SA’IDAH
Saqifah adalah sebutan bangunan yang memiliki teras.Terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi.  Dikatakan bahwa yang menjadi penyebab terkenalnya tempat ini adalah terjadinya peristiwa bersejarah iaitu baiat yang dilakukan sejumlah kecil kaum Muslimin terhadap Abu Bakar dan karena ini pulalah terkenal pula dengan sebutan Peristiwa Saqifah

PERKUBURAN BAQI

Perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Perkuburan Baqi’ juga mempunyai gelaran lain iaitu Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad.
Tanah Perkuburan Baqi dianggap sebagai tanah perkuburan paling suci dalam dunia Islam kerana di sana disemadikan puteri-puteri Rasulullah s'a.w, isteri-isteri baginda (kecuali Khadijah), sahabat-sahabat baginda dan pahlawan-pahlawan Islam. Aku pernah jumpa satu hadis yang bermaksud lebih kurang pada hari akhirat nanti Nabi Muhammad s'a.w ialah orang yang pertama bangkit dari kubur, selepas tu Saidina Abu Bakar as-Siddiq, selepas tu Saidina Umar al-Khattab, selepas itu penghuni kubur Baqi. Jadi sangat beruntung kepada sesiapa yang ditanam di tanah perkuburan Baqi ni. Mungkin tidak berlebihan jika mengatakan bahawa Perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia. 
Rasulullah saw pernah bersabda,“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.

MASJID QUBA
Jemaah umrah kami dibawa melawat dan sembahyang di Masjid Quba. Kami diminta untuk mengambil wuduk di hotel terlebih dahulu sebelum memulakan lawatan.
Sabda Nabi S.A.W lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.
Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."
Masjid Quba(atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.  Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi.  Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.  Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.


BUKIT UHUD
Gunung atau Bukit Uhud mencintai Rasulullah SAW dan begitu juga sebaliknya. Menziarahinya kita akan mengambil hikmah mengenang pahit getir perjuangan Rasulullah dan para sahabat mempertahankan Islam. Uhud terletak kira-kira 7 km dari Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter. Ia tidak bersambungan dengan banjaran gunung-gunung lain, nama Uhud sendiri bermaksud tersendiri.
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.”
Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi yang mencatat sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Quraisy.Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari)Uhud juga menyaksikan kehilangan besar buat umat Islam ketika itu, iaitu kematian Sayyidina Hamzah R.A., pakcik Nabi S.A.W. Begitu besar penyaksian yang dilalui oleh Jabal Uhud. Peperangan itu juga, gigi Rasulullah S.A.W. patah iaitu antara gigi hadapan dengan gigi taring sebelah kanan bahagian bawah. Wajah dan bibir Rasulullah s.a.w. turut luka akibat terkena lontaran batu oleh tentera kafir. Saidina Hamzah turut dikebumikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam perang uhud.  Kawasan perkuburan itu yang terletak disebelah masjid dikelilingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.Terdapat bukit kecil berhampiran makam dikenali sebagai “bukit pemanah” iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda melanggar arahan Nabi Muhammad S.A.W apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan sebelum tentera Quraisy menyerang balas.

Bukit Pemanah (tempat pasukan pemanah ditempatkan ketika Perang Uhud) berlatarbelakang Bukit Uhud
 Makam para syuhada di Bukit UhudKEBUN DAN PASAR KURMASelepas menziarah Bukit Uhud, kami dibawa ke kebun Kurma Majeed.  Boleh tengok pokok kurma saja tanpa buah.  Kat sini ada gerai menjual bermacam-macam jenis kurma, coklat dan kekacang.
 Keadaan di dalam pasar kurma




RAUDAH
Raudhah ialah antara tempat yang paling dicari-cari oleh jemaah haji atau umrah. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi.  Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah
Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.aKawasan Raudhah ditanda dengan karpet warna hijau. Kawasan lain dalam masjid karpet berwarna merah. 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang "antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga." 
Bagi kaum wanita hanya dibenarkan ke Raudhah dalam 3 waktu iaitu selepas solat subuh, selepas zohor dan selepas isya dan akan dikumpulkan mengikut kelompok contohnya Malaysia, Indonesia akan dimasukkan dalam satu kelompok. Tiga kali aku dapat masuk Raudhah.  Kali pertama selepas selesai solat zohor tapi waktu ini kami tidak dipisahkan mengikut kelompok negara, semuanya bercampur semua negara.  Kami menunggu hampir 2 jam barulah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Raudhah.  Rasa terkilan sebab berlaku tolak menolak sesama jemaah, nak solat pun tergesa-gesa takut dipijak.  Berdoa ala kadar sebab terlampau sesak. 
Kali kedua ke Raudhah selepas solat isya dengan dipandu oleh 2 orang ustazah dari Indonesia.  Kali ini kami dibahagikan mengikut kelompok negara tapi cabarannya lagi hebat. Berlaku tolak menolak yang amat dahsyat sehinggakan ada yang menangis tersepit.  Seperti juga kali pertama aku hanya dapat solat tanpa rasa khusyuk takut dipijak oleh jemaah lain.  
Kali ketiga aku dan seorang sahabat bertekad untuk masuk ke Raudhah selepas solat zuhur dan kali ini strategi kami terus mengunjungi makam Rasullallah.  Hampir 1 jam kami terperangkap dalam kesesakan dalam barisan menuju ke makam Rasullallah. Sebahagian besar jemaah terutamanya dari asia tengah melakukan banyak perbuatan syirik ketika hampir dengan makam dengan mengusap tiang dan dinding makam, ada antaranya mengibas-ngibas tudung kepala ke makam walaupun ditegah oleh polis wanita yang bertugas.  Rasa tak puas ketika di Raudhah.  Rasanya bahagian lelaki lebih teratur daripada bahagian wanita. Kalau semua jemaah berdisiplin rasanya semua dapat solat dengan tenang.  Aku  malu dengan sikap jemaah yang tolak menolak sedangkan kita sedang mengunjungi Rasullallah dalam keadaan yang tidak sopan. 

Karpet di Raudhah berwarna hijau sedangkan di kawasan lain berwarna merah
Ketika menunggu giliran memasuki Raudhah

ZIARAH WIDA’
Hari terakhir di Madinah, kami dibawa melakukan ziarah wida’ kepada Rasullallah.  Kami dibawa ke bahagian luar masjid dan berada hampir dengan kubah masjid berwarna hijau yang menempatkan makam Rasullallah. Selawat dan salam untuk Rasullallah. Moga kami akan dijemput untuk mengunjungi Baginda lagi di masa akan datang. Insya Allah.
PERJALANAN MADINAH – MEKAH
Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa hampir 5 jam dan kami singgah di Bir Ali untuk berniat umrah di sana.  Kami tiba di Mekah selepas waktu Asar.  Setelah selesai berehat semua jemaah dibawa oleh mutawif ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf umrah.  Rasa teruja bila pertama kali menjejakkan kaki ke dalam Masjidil Haram.  Mengikut petua seorang ustaz, semasa memasuki kali pertama ke Masjidil Haram kalau boleh kita tundukkan kepala jangan tercari-cari di mana Kaabah kerana pertama kali mata memandang Kaabah, ketika itulah doa yang kita panjatkan insyaallah tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t.    
Walaupun kali pertama melakukan tawaf, alhamdullillah segalanya berjalan lancar dan setelah selesai  tawaf kami melakukan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim, minum air zam-zam dan terus melakukan saie.  Sebelum melakukan umrah, aku tertanya-tanya berapa jarak antara Safa dan Marwah dan kini aku telah merasai perjalanan ulang-alik Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail walaupun keadaan dahulu dan sekarang yang jauh berbeza.
 Inilah R & R kat sana, jauh berbeza dengan keadaan kita di sini
Lima perkara rukun Umrah
i) Niat ii) Tawafiii) Sa'ie iv) Bercukur atau bergunting v) Tertib

Dua perkara wajib umrah
 i)  Niat Ihram di Miqat   ii)  Meninggalkan perkara yang dilarang semasa ihram

TEMPAT-TEMPAT LAWATAN SEKITAR MEKAH
JABAL THUR
Kami hanya singgah sekejap saja, berlegar-legar sekejab, suasana kat situ agak berhabuk sebab ramai jemaah yang datang dengan bas.  Gua Thur adalah gua di mana Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar as-Siddiq menyorok selama tiga hari dari orang Quraish yang hendak membunuh NabiSejarah Gua Thur semasa orang Quraish yang mengejar baginda sampai ke gua tersebut, mereka menjadi ragu-ragu sebab di pintu gua tersebut ada sarang labah-labah. Kalau ada orang masuk, mestilah sarang labah-labah tu rosak. Masa mereka dah nak balik, terdengar bunyi cicak. Jadi orang Quraysi tadi rasa pelik dan tak jadi nak balik. Tapi mereka tak berani juga untuk masuk ke dalam gua yang rendah tu. Jadi salah seorang dari mereka membaling batu ke dalam gua tersebut. Batu tu kena muka Nabi Muhammad s'a.w sehingga giginya berdarah.


PADANG ARAFAH,MUZDALIFAH DAN MINA
Rombongan kami hanya dibawa melewati Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina tempat di mana puncak setiap kali musim haji. Semasa kat Mina, mutawaif bagitau yang khemah muasasah musim haji terletak lebih kurang 3 km dari tempat melontar, bermakna pergi balik melontar sejauh 6 km. Subhanallah.... kuasa Allah semua jemaah haji dapat melakukannya.  Kalau ikutkan kudrat kita tentu tak mampu untuk melakukannya.
                                Ini adalah jamrah yang terletak di Mina (snap gambar dalam bas)


LAWATAN KE THAIF
Thaif adalah sebuah daerah yang lokasinya hanya 80 kilometer dari Mekah, tetapi mempunyai iklim yang sungguh berbeza dengan Mekah.  Jarak di antara Mekah dan Thaif lebih kurang 2 jam lebih perjalanan menaiki bas.  Sebelum berangkat ke Thaif, semua jemaah perlu melakukan tawaf wida terlebih dahulu disebabkan jarak antara Thaif dan Mekah melebihi 2 marhalah (91km atau lebih)Thaif terkenal sebagai pengeluar produk sayur-sayuran dan buah-buahan di Arab Saudi. Thaif diberkati Allah SWT dengan kesuburan. Segala jenis buah-buahan dan sayur-sayuran berada di Thaif termasuk penghasilan buah delima yang sangat terkenal. Semua produk tersebut diedarkan di seluruh Arab Saudi dan lain-lain negara di Tanah Arab.Menurut mutawif, kota Thaif juga di kenali sebagai kota hiburan bagi penduduk Mekah kerana di sini terdapat banyak taman tema permainan samada percuma atau berbayar.Hanya sempat snap gambar ni.  Ini taman permainan percuma kalau berbayar lebih menarik

Taif merupakan tempat menghasilkan cairan pewangi diperbuat daripada bunga ros. Sehingga 10,000 kuntum bunga ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi berkualiti tinggi. Cairan pewangi yang dihasilkan secara kaedah tradisional di sini mendapat pasaran meluas dan dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Thaif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah.
' Perkarangan tempat memproses pati bunga ros


Kira-kira 1,400 tahun lalu, Thaif telah mencatatkan episod duka terhadap usaha dakwah Nabi Muhamad (SAW) apabila Baginda dan sahabatnya Zaid bin Harithah menerima layanan buruk apabila berkunjung ke kota ini dari Mekah. Bukan sahaja usaha dakwah Baginda ditolak, malah Baginda telah dihina dan disakiti iaitu dilontar dengan batu oleh penduduk Thaif sehingga cedera.
Sebelum balik ke Mekah kami singgah di sebuah gerai menjual buah-buahan segar dengan harga yang murah.


Tempat miqat bagi penduduk Thaif ialah di Qarnul-Manazil. Miqat ini juga ialah tempat miqat bagi penduduk Malaysia yang datang dari tanahair ketika hendak menunaikan haji atau umrah.


JABAL RAHMAH
 Pemandangan dari atas Jabal Rahmah
Jabal Rahmah di bumi Arab ni ialah tempat pertemuan pertama Nabi Adam dan Hawa selepas mereka disingkirkan dari syurga.Jabal Rahmah terletak di timur Padang Arafah. Kira-kira 18 km dari Makkah. Bukit berbatu Jabal Rahmah ni tidaklah tinggi sangat. Lebih kurang 65 meter sahaja. Di puncaknya ada satu monumen setinggi 8 meter.  Penat juga nak mendaki tapi cuba juga sebab pengalaman itu penting, kalau musim haji bukit ini akan dipenuhi dengan ribuan jemaah.

Menurut sejarah Islam, di Jabal Rahmah inilah Nabi Muhammad s'a.w memberikan kutbah terakhir baginda pada musim haji. Itulah yang dinamakan Haji Wida'. Di Jabal Rahmah ini jugalah baginda menerima wahyu yang terakhir iaitu dari Surah Al-Maidah:3 yang bermaksud "Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu."


QIAMULLAIL  DI MASJIDIL HARAM
  Jemaah umrah kami telah mengadakan qiamullail di bahagian atas Masjidil Haram pada 28hb. November jam 5.00 pagi waktu tempatan.  Kami mengadakan solat taubat, solat hajat secara berjemaah dan sedikit tazkirah yang diberikan oleh mutawif.  Terasa tenang dikeheningan pagi.




PENGALAMAN MASUK HIJIR ISMAIL
Rancangan ustaz untuk menbawa kami ke dalam Hijir Ismail menjadi kenyataan pada malam 29hb. November 2018 selepas solat isya.  Strategi  yang digunakan oleh ustaz sangat berkesan dan memudahkan kami untuk masuk ke Hijir Ismail  iaitu dengan membawa 6 orang jemaah wanita di”kepong” oleh jemaah lelaki untuk satu perjalanan.  Alhamdullillah akhirnya kami berjaya untuk masuk ke Hijir Ismail, solat dan berdoa walaupun keadaan agak sesak di dalamnya dan kami berkesempatan untuk memegang Kaabah buat pertama kali.  Terasa sebak dan dalam tangisan terus berdoa.  Selepas itu hanya jemaah lelaki dibawa untuk berdoa di Multazam memandangkan keadaaan yang sesak ketika itu.



Gambar kenangan selepas selesai memasuki Hijir Ismail
KENDURI TAHLIL DI MUZDALIFAH
Rombongan jemaah kami di bawa ke Muzdalifah kerana mengadakan kenduri tahlil untuk arwah saudara-saudara yang telah meninggal dunia. Walaupun pergi, aku tak makan pun jamuan yang disediakan kerana ketika itu aku tak berapa sihat.
 Tahlil dibuat diperkarangan masjid di Muzdalifah
Hidangan nasi arab yang menyelerakan
TEMPAT-TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA1.       Ketika tawaf2.       Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah)3.      Telaga Zam-zam4.      Hijir Ismail5.      Di bawah pancur emas6.      Belakang makam Ibrahim7.      Semasa saie8.      Bukit safa9.      Bukit Marwah

TAWAF WIDAPANTANG LARANG SELEPAS MELAKUKAN TAWAF WIDA1.       Membeli yang bukan keperluan2.       Solat selain solat sunat tawaf3.      Bersedekah4.      Tidur di dalam hotel setelah selesai tawaf5.      Mengambil gambarSiapa yang dikecualikanTak semua orang wajib kena buat tawaf wida' ni. Pengecualian dari tawaf wida' ialah orang yang uzur syara'i, orang yang ada penyakit tak boleh kawal kencing dan orang yang takut terlepas jadual perjalanan.Semoga Allah berikan lagi kesempatan untuk menjadi tetamuNya.  Amin


Miqat yang paling dekat dengan Mekah, miqat di Tan'im (Masjid Aisyah).  Batu sempadan di dalam gambar adalah penanda antara tanah halal dan tanah haram.  Batu sempadan ini dibina pada zaman Kerajaan Abasiyah
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://norainimemories.blogspot.com/2019/01/siri-ke-2-umrah-nov-2018.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepanjang 2018 Kppu Catat Total Denda Pelanggaran Persaingan Usaha Capai Rp 38 2 M

Sepanjang 2018 Kppu Catat Total Denda Pelanggaran Persaingan Usaha Capai Rp 38 2 M

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 241 hits
Komisi Pengawas Persaingan Usaha mencatat total denda pelanggaran persaingan usaha mencapai sekitar Rp 38 2 miliar pada 2018 Denda ini berasal dari sekitar 14 putusan perkara gabungan dari 2017 hingga 2018 Selama 2018 KPPU telah melakukan p...
7 Tempat Wisata Yang Hancur Diterjang Bencana Tahun 2018 Semoga Cepat Bangkit Ya

7 Tempat Wisata Yang Hancur Diterjang Bencana Tahun 2018 Semoga Cepat Bangkit Ya

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 325 hits
Tahun 2018 memang banyak sekali bencana alam yang dahsyat Saatnya kita mesti instropeksi diri sebagai bangsa
My Choice For The Malaysian Of 2018

My Choice For The Malaysian Of 2018

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 385 hits
You will probably disagree but my nomination for the Malaysian of 2018 is the disgraced former prime minister Najib Abdul Razak My reason is simple ironically Najib and his 1Malaysia sound bite united us I am not promoting Najib s so called...
Pengalaman Di Escape Theme Park Penang 2018

Pengalaman Di Escape Theme Park Penang 2018

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 537 hits
It s A Place For Those Who Love NatureAssalamualaikum Siapa pernah pergi ke Escape Theme Park Penang Alhamdulillah saya dah pergi 2 3 kali sebelum ni Memang best tapi harga memang agak mahal So jom layan story pengalaman saya ke Escape Them...
Sepanjang 2018 Polda Jabar Ungkap 2 721 Kasus Narkoba

Sepanjang 2018 Polda Jabar Ungkap 2 721 Kasus Narkoba

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 201 hits
Dari pengungkapan kasus narkoba Polda Jabar mengamankan ribuan barang bukti Yakni ganja sebanyak 96 907 78 gram 122 pot bibit ganja 14 batang pohon ganja dan tujuh batang kecambah ganja
Kppu Catat Perusahaan 3 Negara Ini Paling Banyak Lakukan Akuisisi Di Ri Selama 2018

Kppu Catat Perusahaan 3 Negara Ini Paling Banyak Lakukan Akuisisi Di Ri Selama 2018

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 256 hits
Ketua Komisi Pengawas Persaingan Usaha Kurnia Toha mencatat Jepang Singapura dan Amerika Serikat merupakan negara paling banyak melakukan transaksi merger dan akuisisi di Indonesia selama 2018 Adapun perusahaan yang melakukan akuisisi adala...
Jokowi Tutup Perdagangan Bursa 2018 Ihsg Parkir Di 6 194

Jokowi Tutup Perdagangan Bursa 2018 Ihsg Parkir Di 6 194

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 223 hits
Presiden Joko Widodo secara resmi melakukan penutupan perdagangan pasar modal seiring dengan berakhirnya 2018 Perdagangan bursa akhir 2018 diparkir pada level 6 194 poin Angka tersebut di bawah pencapaian penutupan saham di 2017 yang mencat...
Bei Sebut Total Dana Terhimpun Dari Pasar Modal Sepanjang 2018 Capai Rp 16 01 Triliun

Bei Sebut Total Dana Terhimpun Dari Pasar Modal Sepanjang 2018 Capai Rp 16 01 Triliun

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 256 hits
Direktur Bursa Efek Indonesia Inarno Djajadi mengatakan total dana yang dihimpun selama 2018 dari pasar modal sebesar Rp 16 01 triliun Total rata rata transaksi harian sepanjang 2018 mencapai Rp 8 5 triliun naik 11 8 persen dibandingkan pad...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Iktiraf Negara Israel Ini Jawapan Anwar Kepada Hamzah Zainuddin

La Yegua Brava En Vild H St Som Symboliserar Den M Nskliga Viljan

Russia Didakwa Guna Peluru Berpandu Balistik Kapasiti Nuklear

Sarapan Tosei Rawa Telur Pindang Angah

Hiburan Sebelum Ni Tak Halal Ke Produk Baru Terima Sijil Halal Ada Pula Yang Pertikai Ka Tampil Beri Respon

Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk