Siri 4 Apa Nasib Anak Muda Malaysia Siri 4












Terima kasih kepada penswastaan pendidikan tinggi, yang juga menyaksikan penubuhan universiti dan kolej perubatan, perundangan dan kejuruteraan secara swasta, ketegangan etnik kemudian dapat dikawal.

Namun, tidaklah pula penswastaan pendidikan tinggi tidak mengakibatkan permasalahan baru. Sudah pasti ianya wujud. Pertama, tampaknya kita mengeluarkan dan mengeluarkan terlalu ramai graduan hari ini. Kita bahkan tidak mampu untuk melantik secara tetap para doktor muda yang sekarang menjadi barisan hadapan Malaysia melawan Covid-19. Para doktor muda ini sekarang merancang untuk mengadakan mogok atau hartal.

Perbincangan tidak menyentuh tentang kualiti universiti kita – swasta dan awam – yang tarafnya, tidak dapat dinafikan, juga terkesan akibat hasil dari ‘pelambakan’ sistem pengajian kita yang berlaku pesat. Walaupun pada suatu ketika dulu, beberapa universiti awam kita cukup bergengsi jika dibandingkan dengan universiti serantau – dari Delhi ke Calcutta, ke Chulalongkorn dan Thammasart, di Singapura dan Hong Kong, ke Tokyo dan Kyoto, sehinggalah Seoul National serta Korea National Universities, hari ini, tidak ada satu pun dari 26 universiti awam serta 47 universiti dan kolej swasta kita dapat menandinginya. Ini, barangkali soal untuk waktu dan ketika yang lain pula.

Yang lebih ditanggapi dalam perbincangan ini, kesemua lima pembicara membahaskan tentang ketiadaan percubaan untuk menstruktur semula sistem pendidikan kita bagi memberi keutamaan kepada pendidikan teknikal dan vokasional. Ketika ini, stigma yang ditanggung oleh pendidikan vokasional berlaku – seperti yang melekat pada pengajian liberal (sains sosial dan kemanusian) yang ditanggapi tidak penting.

Keadaan di mana gaji mereka yang berpendidikan vokasional lebih rendah juga tidak dikaji. Azmil dan Wan Atikah, yang keduanya pernah tinggal di Jerman, berkongsi bagaimana, di negara itu, sektor pendidikan vokasional dan teknikal cukup dibangunkan dan dikongsi. Jadi, kebanyakan pelajar di Jerman yang tidak berkecenderungan akademik akan memilih pendidikan tinggi mereka di kolej teknikal dan vokasional. Kerana begitu ramai mekanik, tukang paip, chef, tukang elektrik, tukang bata dan kayu serta mereka yang lainnya dapat menerima gaji yang baik, serta ada juga yang gajinya lebih tinggi dari para graduan, ramai rakyat Jerman yang memilih untuk memasuki aliran pendidikan ini.

Ada juga yang menyebut tentang Dr Maszlee Malik, yang merupakan menteri pendidikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, juga bersungguh untuk menggubal dasar sistem pendidikan negara, termasuklah memperkemas sistem kolej teknikal dan vokasional. Malangnya, kudeta pintu belakang terjadi begitu laju.

Akhir sekali, kita turut membincangkan isu hutang PTPTN. Kesemua mereka, termasuklah Azmil, berpendapat bahawa perlu ada ‘pengampunan’ terhadap hutang PTPTN. Pinjaman yang diambil pelajar bagi memasuki universiti perlu dihapuskan atau dipotong. Secara minimumnya, sebuah moratorium perlu diberikan ketika ekonomi menguncup serta tempoh pandemik sekarang. Perkara yang cukup hangat ini turut dibincangkan sebelum pilihanraya 2018 dan PH juga berjanji untuk memperhalusinya.

Tidak kira siapa yang berkuasa, kerajaan patut memperhalusi hal ini dengan cepat, seperti yang dibincangkan pembicara kita. Apatah lagi, banyak negara juga menyediakan pendidikan secara percuma kepada warganya.

Menjangkau anak muda
Secara tidak langsung, webinar ini satu usaha selama sedekad yang lalu bagi melibatkan dan merekrut lebih ramai anak muda ke Aliran. Ianya bukanlah sebuah perkara yang baru; kami sendiri sedar bahawa umur purata anggota Aliran sendiri, termasuklah mereka yang di dalam jawatankuasa eksekutif, juga semakin meningkat, saatnya kita sendiri semakin berusia!

Jadi, kami menganjurkan diskusi dengan kelompok anak muda untuk memahami minat dan kecenderungan mereka, acara yang menarik bagi mereka, dan bagaimana kami ‘yang berumur’ ini dapat bekerja bersama yang muda bagi sebuah Malaysia yang lebih baik, contohnya dengan meremajakan Aliran dengan darah dan tenaga muda.

Exco termuda kami, John Fong, terlibat dengan Aliran dengan menulis kepada kami – ALIRAN

Antara isu yang dikemukakan anak muda ketika berdialog dengan mereka adalah bagaimana Aliran dapat meneruskan Aliran Monthly hampir 30 tahun dan kemudiannya, laman web Aliran: “Bagaimana kalian dapat menulis dan menulis selama itu?”

Faktanya, tidak semua anggota Aliran menulis; hanya segelintir yang melakukannya, dan kami menulis saat kami sangat ‘muda’, atau sekurangnya lebih muda dari sekarang. Dan kerana itu tampaknya kami seperti tidak pernah berhenti.

Mengambil kira komen ini dengan serius, kami memohon dana dari luar beberapa tahun lalu untuk menganjurkan bengkel dua hari penulisan anak muda, di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Ipoh. Tujuannya bagi membantu anak muda memahami politik dan masyarakat Malaysia dengan lebih baik dan memperkemas bakat menulis mereka. Untuk permulaan, kami menggalakkan mereka untuk menulis kepada kami. Ramai yang melakukannya. Kemudiannya, kami menganjurkan lebih banyak bengkel didanai kami sendiri.

Barangkali, kami perlu lebih banyak bengkel penulisan saatnya kita memasuki norma baharu. Mungkin menerusi beberapa siri webinar anak muda, dengan tema yang berlainan, sebagai sambungan kepada webinar ketiga ini.

Sebelum pilihanraya 2018, saya ada menulis sebuah karangan “The Youth will set us free”, yang memuji usaha beberapa anak muda mengacu perubahan dan pertukaran regim di Malaysia. Artikel itu merupakan respon kepada beberapa pengulas, termasuklah beberapa ahli akademik, yang secara tidak adil mengeneralisasi dan mengkritik anak muda di media arus perdana. Mereka menyalahkan anak muda kerana tidak daftar mengundi dan tidak menunjukkan minat kepada pengundian yang penting dengan menyoroti pendapat serta ciri beberapa individu muda yang cuba untuk memboikot pilihanraya. Saya berpendapat, sebaliknya, bukan anak muda yang bermasalah, merekalah sebahagian dari penyelesaian. Baca artikelnya di sini.

Terdapat beberapa poin yang diutarakan di sana yang mungkin dapat memperhalusi politik anak muda di Malaysia. Juga, sila semak artikel lain oleh seorang cendekia muda dan anggota Aliran, Haris Zuan, berjudul “Youth in the Politics of Transition in Malaysia” (M Weiss and Faisal Hazis eds, Towards a New Malaysia? The 2018 Election and its Aftermath, Singapore: NUS Press, 2020, pp 131-48). Selamat membaca.

Francis Loh
Editor bersama, surat berita Aliran
7 Julai 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/siri-4-apa-nasib-anak-muda-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lewat 12th Satu Indonesia Awards 2021 Anak Muda Diajak Lebih Semangat Berwirausaha

Lewat 12th Satu Indonesia Awards 2021 Anak Muda Diajak Lebih Semangat Berwirausaha

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 283 hits
Cerita sukses pada usia muda inilah yang tergambar dari kisah penerima apresiasi Semangat Astra Terpadu Untuk Indonesia Awards 2020 bidang kewirausahaan Elsa Maharani
Israel Tuan Rumah Miss Universe 2021 Netizen Tertanya Nasib Miss Universe Malaysia

Israel Tuan Rumah Miss Universe 2021 Netizen Tertanya Nasib Miss Universe Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 339 hits
Menerusi hantaran terbaharu akaun Miss Universe pada Selasa di media sosial penganjurnya telah mengumumkan bahawa lokasi bagi pertandingan ratu cantik dunia Miss Universe 2021 bakal diadakan di Ilyat Israel
Bodoh Piang Double Meaning Anak Muda Melatah

Bodoh Piang Double Meaning Anak Muda Melatah

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 557 hits
Perkataan bodoh piang mempunyai maksud Double Meaning cepat sahaja fikiran kita gapai Tapi bahasa kiasan tetiba sukar difahami Jadi kena fahamlah bahasa orang tua ini Masa Kecik Pembaris Itulah kita Masa kecil dulu jarang sgt guna pembaris ...
Anak Muda Lebih Berani Dan Berprinsip Dari Yang Tua Bangka Dengan Kuasa Dan Ringgit

Anak Muda Lebih Berani Dan Berprinsip Dari Yang Tua Bangka Dengan Kuasa Dan Ringgit

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 222 hits
MSO IIKEHEBATAN SYED SADDIQ Kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dia lebih rela masuk ke mahkamah daripada masuk Perikatan Nasional Ahli Parlimen Muar itu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menyeleweng dana politik Pendakwaan S...
Celcom Huawei Debuts World First Smart 8t8r Large Scale Deployment In Malaysia

Celcom Huawei Debuts World First Smart 8t8r Large Scale Deployment In Malaysia

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 399 hits
Celcom Axiata Berhad and Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd deployed the world s first large scale commercial FDD Smart 8T8R network to address the rapid growth of data traffic and network congestions within prime cities This will ensure ...
Sedang Rakyat Malaysia Mel4wan C0vld19 Sebaliknya Ini Yang Berlaku Di Brunei Mereka Dah Buat Persiapan

Sedang Rakyat Malaysia Mel4wan C0vld19 Sebaliknya Ini Yang Berlaku Di Brunei Mereka Dah Buat Persiapan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 206 hits
Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Aidiladha Segala persiapan perlu dilakukan bagi memeriahkan sambutan perayaan ini
Pas Pandang Serius Letak Tabung Haji Di Bawah Seliaan Bank Negara Malaysia

Pas Pandang Serius Letak Tabung Haji Di Bawah Seliaan Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR PAS memandang serius keputusan Jemaah Menteri Malaysia untuk meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad menegaskan TH merupakan institusi umat Islam yang...
Hiburan Teruskan Misi Seorang Diri Caprice Belum Sedia Pulang Ke Malaysia

Hiburan Teruskan Misi Seorang Diri Caprice Belum Sedia Pulang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 258 hits
Penyanyi rap Caprice dilaporkan tetap akan meneruskan misi meskipun terpaksa dilakukan seorang diri BACA AdvertisementUjar Caprice dia akan terus program kemanusiaan ke Gaza Palestin yang baginya masih belum sempurna View this post on Insta...
Rendang Subway Malaysia Sedap 10 000 Sandwic Disumbangkan Kepada Petugas Barisan Hadapan Dan Sukarelawan

Rendang Subway Malaysia Sedap 10 000 Sandwic Disumbangkan Kepada Petugas Barisan Hadapan Dan Sukarelawan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 477 hits
Rendang Malaysia Sedap 10 000 Sandwic Disumbangkan Kepada Petugas Barisan Hadapan Dan Sukarelawan Assalammualaikum semua Hari Raya AidilAdha bakal menjelma Sekali Subway punya menu sandwic ada rendang Nak mengalir air mata tengok menu baru ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever