Siri 1 Apakah Kerugian Kerajaan Dalam Penswastaan Aset Kerajaan Kes Tenaga Nasional Bhd


 
By

 Rani Rasiah




Rani Rasiah mengulas mengenai kesan penswastaan industri tenaga elektrik terhadap para stakeholder.

Pengkorporatan LLN 1990

Pada satu ketika dahulu industri menjana elektrik adalah monopoli awam sebelum 1992. Menurut TNB History, Lembaga Lektrik Negara (LLN):

merupakan satu entiti yang berjaya dan beruntung dengan pengurusan berkaliber. Mereka mampu menurunkan tariff kepada pengguna. Bank Dunia pernah memujinya dengan mengiktirafkannya sebagai sebuah entiti yang ditadbir dengan baik, sihat dari segi kewangan dengan dasar menentukan harga yang sesuai, dan autonomi yang mencukupi.

Pada 1 September 1990, LLN dikorporatkan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan dimilik penuh oleh Kementerian Kewangan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: [email protected]

Penswastaan TNB 1992

Oleh kerana perkembangan ekonomi pesat pada hujung 1980an, TNB telah merancang untuk meningkatkan kapasiti penjanaannya tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan. Akhirnya keadaan ini – permintaan tinggi untuk tenaga elektrik tanpa kapasiti menjana yang sepadan – mengakibatkan satu power blackout 48 jam di seluruh Semenanjung Malaysia pada 29 September 1992.

Penswastaan industri menjana kuasa elektrik bermula selepas insiden ini. Pada tahun 1992, kerajaan memulakan penswastaan TNB dengan menjual 22% saham TNB di KLSE. Soalan yang timbul adalah, adakah keadaan blackout diwujudkan untuk menjustifikasikan penswastaan?

Tujuan dasar penswastaan

Dasar penswastaan diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dengan tujuan:
– mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran
– membaiki kecekapan dan produktiviti
– membantu dalam pertumbuhan ekonomi

Kajian menunjukkan bahawa 20 tahun selepas penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga-tiga tujuan ini. Pihak kerajaan sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya:

our past experience in privatizing power generation has not resulted in optimal results. – CEO, 1Malaysia Development Berhad (syarikat milik kerajaan yang membeli aset tenaga Ananda Krishnan pada Mac 2012).

Rasionale untuk penswastaan TNB tidak masuk akal memandangkan ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup beruntung dan berjaya. Di samping itu, gambaran yang diberi kepada rakyat adalah bahawa hanya perusahaan yang mengalami kerugian (unprofitable) akan diswastakan.

Pemberian lesen menjana kuasa kepada syarikat-syarikat kroni

Penswastaan telah berlaku di TNB dan juga di industri menjana elektrik.

Daripada permulaan sehingga kini, kerajaan menjadi pemilik saham majoriti di TNB. Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi-agensi kerajaan lain seperti Khazanah, EPF, KWSP dll.

Walau bagaimanapun, aspek penswastaan yang amat signifikan adalah penawaran lesen menjana kuasa lektrik kepada syarikat-syarikat swasta (independent power producers atau IPP – penjana tenaga bebas) yang diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk dibekalkan kepada pelanggan.

Lesen IPP diberi dalam tiga fasa, dari 1993 ke 1995 (IPP Generasi Pertama), 1998 ke 2001 (IPP Generasi Kedua) dan dari 2002 – 2006 (IPP Generasi Ketiga).



READ MORE:  Anwar's acid test: Can Budget 2025 truly uplift the nation?

 

Pada tahun 1995, lima IPP generasi pertama membekalkan 30.99% keperluan tenaga negara. Kini, IPP membekalkan 60% berbanding dengan 40% oleh TNB.

Lima IPP pertama yang sangat istimewa

Lima IPP yang pertama khususnya mendapat deal yang paling hebat yang berpotensi untuk memusnahkan TNB dan merugikan rakyat.

Pemiliknya adalah:

·         YTL Power Generation Sdn. Bhd. milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay

·         Segari Energy Ventures Sdn. Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

·         Port Dickson Power Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan*

·         Powertek Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan

·         Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. milik Tan Sri Lim Goh Tong

*kini dibeli oleh 1MDB

Kesemua pemilik ini adalah taikun dan nama mereka tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List, dan melalui pelaburan dalam IPP mereka telah melipat gandakan kekayaan mereka.

Pemilihan IPP dilaksanakan oleh EPU (Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri) tanpa telus. Tidak ada tender terbuka dan mereka dipilih bukan berasaskan kebolehan, pengalaman atau kepakaran mereka kerana kesemua pun tidak ada pengalaman dalam bidang ini.

Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada lima IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru (NEP) – tidak ada kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat Melayu, dan terdapat hanya seorang Bumiputera dalam senarai lima itu.

Hanya satu kelayakan yang dapat dilihat dengan ketara iaitu hubungan bakal pemilik IPP dengan Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu. Kesemua mereka adalah kroni Dr Mahathir.

PPA – kontrak merompak wang TNB

PPA adalah kontrak antara TNB dan IPP dan berjangka masa 21 tahun. Kontrak ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA) sehingga hari ini. PPA amat berat sebelah kepada IPP, dan amat merugikan TNB dan rakyat.

Di bawah PPA, ada dua jenis bayaran yang perlu dibuat oleh TNB kepada IPP:

a) Bayaran ‘Take or Pay’

TNB mesti membeli sejumlah kuantiti elektrik daripada IPP seperti yang ditetapkan dalam PPA pada harga yunit yang dipersetujui dalam PPA, atau tetap membayar untuk kuantiti tersebut walaupun TNB tidak memerlukannya.

Isu-isu berkaitan adalah:

·         harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB, dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. Contohnya menurut Tan Sri Ani Arope, pada tahun 2006, TNB menjana kuasa pada kos 8 sen seunit (kWh) dan mampu menjualnya kepada pelanggan pada harga 17 sen seunit, manakala kos menjana elektrik oleh IPP ialah 16 sen seunit (kWh) yang dijual kepada TNB pada harga 23 sen dan dijual kepada pelanggan pada harga 30 sen.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/siri-1-apakah-kerugian-kerajaan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tembak Mati Tiga Suspek Kes Curi Di Rawang

Polis Tembak Mati Tiga Suspek Kes Curi Di Rawang

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 90 hits
Hariz MohdPolis petang ini menembak mati tiga lelaki di Rawang Selangor yang disyaki merupakan sebahagian daripada sindiket yang aktif mencuri kenderaan pacuan empat roda Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mo...
Kes Tayar Longgar Lagi Cetus Kemarahan Netizen

Kes Tayar Longgar Lagi Cetus Kemarahan Netizen

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 72 hits
KEMALANGAN MELIBATKAN TRELER terus menjadi berita hangat terbaru melibatkan insiden tayar yang hampir meragut nyawa di lebuh raya tempatan Sebuah klip selama 41 saat yang dikongsi oleh Informasi Malaysia Kini di Facebook menunjukkan tayar m...
Bicara Kes Lelaki Bunuh Bakar Kekasih Mula 27 Okt

Bicara Kes Lelaki Bunuh Bakar Kekasih Mula 27 Okt

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 49 hits
BernamaMuhammad Fakrul Aiman Sajali akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Klang atas tuduhan membunuh kekasihnya pada 2023 Muhammad Fakrul Aiman Sajali didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab di Jalan Sungai Limau di sini antara 22 Mei dan 23...
Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku

Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 159 hits
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pagi semalam Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja afar berkata tiga lelaki terba...
Kes Tikam Saif Ali Khan Didalangi Orang Dalam 3 Individu Ditahan

Kes Tikam Saif Ali Khan Didalangi Orang Dalam 3 Individu Ditahan

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 104 hits
HANISAH SELAMATPOLIS kini menahan tiga lelaki bagi siasatan kes pelakon Saif Ali Khan ditikam dalam satu kejadian rompakan di kediamannya kelmarin PIHAK berkuasa mengesyaki cubaan pecah masuk rumah Saif Ali Khan di Mumbai yang mengakibatkan...
Kes Anwar Vs Saiful Antara Hudud Qazaf Takzir Dan Travesty Of Justice Apa Pilihan Pas

Kes Anwar Vs Saiful Antara Hudud Qazaf Takzir Dan Travesty Of Justice Apa Pilihan Pas

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 91 hits
MENJAWAB SETAN BERCAKAPOleh Dr Ahmad Safwan Mohamad Kebelakangan ini ada muncul lagi insiden membangkitkan kes tersebut di kalangan masyarakat Kalau dahulu ia dibangkitkan oleh kelompok yang memperjuangkan politik nasionalis tetapi kali ini...
Seluruh Rakyat Malaysia Desak Kes Ini Disiasat

Seluruh Rakyat Malaysia Desak Kes Ini Disiasat

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 112 hits
Imran KhaledSeluruh rakyat minta SPRM buka kes ini semula dan siasat SAPIE APDAL PENYAMUN PEROMPAK wang KKLW Kes ini telah di tutup oleh Tun Mahatir kepala penyamun harta negara ketika Tun Mahatir perdana menteri kali kedua
Belajar Dari Kes Rompakan

Belajar Dari Kes Rompakan

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 69 hits
Dalam satu rompakan di negara Far Far Away perompak menjerit Jangan bergerak duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu Semua orang meniarap dengan ketenangan Ini dipanggil Mind Changing Concept Mengubah cara ...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga