Sirah Di Gua Hira Jibril Menyampaikan Wahyu
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Mengasingkan Diri Di Gua Hira'Di usia hampir menjelang 40 tahun. Semakin berjurang dengan cara pemikiran kaumnya.Mula gemar untuk mengasingkan diri di Gua Hira' di Bukit al-Nur.Tinggal selama sebulan Ramadhan.Memberi jamuan kepada fakir miskin yang menziarahinya.Menghabiskan masa untuk beribadat & berfikir mengenai alam semesta kelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya.Tidak gemar dengan akidah pegangan syirik kaumnya.Allah SWT Menyusun Program Untuk Nabi SAWMemutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisingan hidup & kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi. Sebagai persiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi.Program al-uzlah ini bermula tiga tahun sebelum baginda memikul amanah & risalah Ilahi. Tanda Kenabian Mula Menapak & Muncul Dalam Kehidupan Nabi SAWGenap usia baginda 40 tahun.Dikatakan pada usia inilah para rasul diutuskan.Mengalami mimpi yang berulang-ulang yang juga sebahagian dari 46 ciri al-Nubuwwah (keNabian).Pada Ramadhan tahun ketiga baginda beruzlah di Gua Hira', Allah menganugerahkan al-Nubuwwah kepada baginda melalui Jibril AS dengan membawa ayat-ayat al-Quran.Berlaku pada 21 Ramadhan bersamaan 10 Ogos tahun 610M. Diriwayatkan Dari Aisyah RAPermulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah mimpi soleh dalam tidurnya.Membuatkan baginda ingin berseorangan, lalu baginda berkhalwah di Gua Hira'.Baginda bertahannuth (beribadah) di sana di malam hari untuk beberapa ketika.Kemudian baginda pulang semula kepada keluarga untuk mendapat semula bekalan dari Khadijah hingga tiba saat turunnya Jibril di Gua Hira'. Jibril Menemui Rasulullah SAWJibril menemui baginda, lalu memerintahkan bagindauntuk membaca dengan katanya: "Bacalah".Jawab baginda, "Aku tidak tahu membaca".Dipeluknya baginda sehingga kepenatan & diperintah sekali lagi dengan katanya, "Bacalah", jawab baginda lagi "aku tidak tahu membaca."Dipeluknya lagi dengan lebih erat & diserunya lagi "Bacalah!" & jawab baginda lagi, "Aku tidak tahu membaca". Turun Wahyu Yang PertamaDipeluknya baginda kali ketiga kemudian dilepaskan dengan katanya,
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq, ayat 1-5)Rasulullah SAW dengan keadaan menggeletar pulang ke rumahnya menemui Khadijah RA & meminta diselimutkan dengan katanya, "Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku."Baginda pun diselimutkan hingga ketakutan & menggigil itu reda & hilang.Menemui Waraqah bin NaufalRiwayat pertama Baginda pun menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Khadijah RA, "apakah gerangan yang berlaku ke atas ku itu, ku takutlah terhadap diriku ini."Khadijah RA berkata kepada baginda, "Tidak sama sekali, demi Allah sesungguhnya Allah tidak akan menghinakan kau kerana kau sentiasa menghubungkan pertalian silaturrahim, kau memikul beban kesusahan orang, menolong yang tidak berada, memberi makan tetamu & berusaha menyelesaikan rintangan yang peminta hak."Khadijah segera membawa baginda untuk bertemu dengan Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul 'Uzza, sepupu kepada Khadijah RA.Waraqah bin Naufal adalah antara orang yang telah memeluk Nasrani di zaman jahiliyah.Beliau juga pernah menulis kitab-kitab suci dalam bahasa Ibraniyyah (Hebrew).Beliau juga menulis kitab al-Injil dengan bahasa Hebrew .Beliau merupakan seorang yang sudah berumur & butaKhadijah RA memberitahu tujuannya iaitu peristiwa yang berlaku kepada baginda SAW.Rasulullah SAW menceritakan peristiwa yang berlaku.Lantas Waraqah berkata, "Itulah dia Malaikat yang telah mendatangi Musa AS. Kalaulah aku ini masih muda & kalaulah aku masih hidup ke saat kau dihalau keluar oleh kaum kau..."Lalu baginda SAW menyampuk, "apakah mereka akan menghalau aku dari Mekah?"Jawab Waraqah, Ya, memang, tidak pernah datang seorang manusia seperti kau ini dengan bawaannya, esemuanya akan ditentang. Kalaulah aku sempat sampai ke hari-hari kau itu pasti akan aku bantu kau sepenuhnya."Tidak lama selepas itu, Waraqah pun meninggal dunia & wahyu pun tertangguh. Riwayat kedua dari al-Tabari & Ibnu HisyamAl-Tabari dan Ibnu Hisyam meriwayatkan bahawa Baginda telah keluar dari gua Hira
selepas Baginda didatangi wahyu.Kemudian Baginda balik semula buat menyempurnakan pertapaannya. Selepas itu barulah Baginda pulang ke Makkah.Kata Rasulullah SAW selepas menceritakan peristiwa penurunan wahyu dengan sabdanya yang bermaksud:"Tidak ada seorang pun dari makhluk Allah yang paling kubenci selain dari penyair dan orang gila. Ku tidak tahan melihat kedua-dua mereka itu. Diri ku ini terjauh sama sekali dari sifat sebagai seorang penyair atau orang gila. Hanya Quraisy sahaja yang menggelar daku hingga terasa hendak aku humbankan diri dari puncak bukit,untuk membunuh diriku hingga aku terhindar darinya."Kata Baginda lagi: "Aku pun keluar untuk bertindak. Namun bila mana ku sedang berada ditengah kemuncak bukit, ku terdengar satu suara dari langit yang melaung: Wahai Muhammad! Engkau adalah utusan Allah dan Aku adalah Jibril". Tambah Rasulullah SAW: "Daku mengangkat kepala melihat ke langit. Maka di masa itu sekali lagi daku melihat Jibril dengan imej seorang lelaki mendepa kakinya di ufuk langit dan melaung: Wahai Muhammad! Engkau adalah Rasul utusan Allah dan Aku ini Jibril."Tambah Baginda lagi: "Ku berdiri tegak memerhati ke arahnya, sehingga kesemua itu telah
menarik penumpuan ku, hingga terlupa dengan apa yang hendak ku lakukan. Di masa itu aku tidak berganjak ke depan atau ke belakang malah terpaku di situ. Aku hanya menumpukan muka dan pandangan ku ke ufuk langit, ke mana-mana ku menoleh, yang terlihat hanya Jibril. Aku masih terus terpaku di situ tidak maju dan tidak pula mundur ke belakang. Hinggalah Khadijah menghantar suruhan-suruhannya untuk mencari daku.Mereka pergi ke Makkah dan pulang. Daku masih berdiri di tempatku itu. Utusan yang menanti daku itu pun pulang, kemudian barulah daku beredar dari situ.Kembali menemui keluargaku, hingga apabila daku sampai ke hadapan Khadijah, ku meletakkan diriku ke ribanya dan beliau berkata: Abu al-Qasim, ke mana kau tadi? Demi Allah! Daku telah menghantar orang untuk mencari kau hingga mereka sampai ke Makkah dan balik semula ke sini".Setelah itu barulah Rasulullah SAW menceritakan segala yang Baginda saksikan itu. Jawab Khadijah RA : "Itu adalah baik wahai kekasihku. Thabatlah dikau! Demi nyawa Khadijah di tanganNya, sesungguhnya ku mengharapkan dikau menjadi Nabi utusan untuk umat ini".Kemudian Khadijah terus pergi menemui Waraqah bin Naufal dan menceritakan
segala-galanya kepada Waraqah.Waraqah menyebut: "Kuddus! Kuddus! Demi yang nyawa ku di tanganNya, sesungguhnya Muhammad telah didatangi Jibril agung yang pernah mendatangi Musa AS. Sesungguhnya Baginda adalah Nabi umat ini. Beritahulah kepada Muhammad, thabatlah!"Khadijah pun pulang dan menceritakan kepada baginda SAW kata-kata Waraqah itu. Setelah selesai penguzlahannya di sana, Baginda pulang semula ke Makkah dan bertemu Waraqah.Setelah mendengar semua cerita Baginda itu, Waraqah pun menegaskan kepadanya dengan berkata: "Demi yang nyawa ku di tangannNya, sesungguhnya engkau adalah Nabi untuk umat ini dan engkau telah didatangi Jibril agung itu yang pernah mendatangi Musa AS"اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mohdnoorshawal.com/2020/04/sirah-di-gua-hira-jibril-menyampaikan.html