Sirah Dakwah Kepada Keluarga Terdekat
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Mula Berdakwah Secara Terbuka Kepada Keluarga TerdekatTindakan awal oleh Rasulullah SAW ialah dengan menjemput anggota Bani Hasyim dan juga keluarga Bani al-Muttalib bin Abdul Manaf seramai 45 orang.Dalam majlis tersebut, Abu Lahab memulakan percakapan dengan katanya, "Mereka ini semua bapa-bapa saudara dan anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplah tetapi tinggalkan persoalan al- Sobaah 'keluar agama'. Kau mesti tahu kaum kamu ni tak mampu nak hadapi seluruh bangsa Arab. Aku lebih berhak memegang kamu. Untuk kamu memadai setakat anak pinak bapa kamu. Sekiranya kau berhenti setakat yang telah kamu lakukan itu, maka itu lebih senang diterima oleh kesemua kabilah- kabilah Quraisy dan disokong oleh bangsa-bangsa Arab. Setakat hari ini aku belum pernah bertemu dengan seorang lelaki yang telah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti yang kau lakukan ini".Rasulullah SAW terdiam dan langsung tidak dapat berkata apa pun di dalam majlis itu.
Percubaan Seterusnya Rasulullah SAWDi lain kali, sekali lagi Rasulullah SAW mengumpulkan mereka.Berkata Rasulullah SAW, "Segala puji-pujian bagiNya. DenganNya daku memohon pertolongan, denganNya daku beriman, ke atasNya daku bertawakkal, daku bersaksi sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya".Katanya lagi: "Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai keluarganya sendiri. Demi Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi Allah, sesungguhnya kematian kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkan semula sama seperti kamu terjaga dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala amalan yang kamu lakukan. Balasannya itu samada syurga selama- lamanya atau neraka selama-lamanya."Abu Talib lalu bangun & berkata, "Tidak ada suatu pun lebih kami suka selain dan mеmbantu kamu, menеrima nasihat kamu, memреrcayai kata-kata kamu itu. Mereka ini adalah anak keluarga bapa engkau. Aku ini cuma salah seorang dari mereka Cuma aku mungkin paling cepat menerima apa yang kamu ingini itu. Ayuh, teruslah dengan apa yang telah diperintahkan kepada kamu itu. Demi Allah, aku ini akan terus menjaga dan mempertahankan kamu. Cuma jiwaku masih tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah dengan agama Abdul Muttalib itu."Kemudian segera dicelah oleh Abu Lahab, "Demi Allah, ini adalah salah satu pecah belah. Pegang tangannya sebelum dia dipegang oleh orang lain."
Jawab Abu Talib, "Demi Allah kami akan mempertahankannya selagi hayat dikandung badan."
Sumber : Raheeq Makhtum
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mohdnoorshawal.com/2020/06/sirah-dakwah-kepada-keluarga-terdekat.html