Sinopsis The Good Liar Si Penipu Kena Tipu
The Good Liar, cerita terbaru di Netflix yang k.fiezz layan minggu lepas. K.fiezz tertarik nak tengok sebab pelakon wanita dia Helen Mirren. K.fiezz suka tengok dia berlakon. Cerita dia biasanya mesti best. Antara yang k.fiezz suka Helen Mirren ni berlakon, filem Red.
Minggu lepas cuti, tak ke mana. Rutin k.fiezz layan Netflix. Duk scroll ternampak cerita The Good Liar ni baru di Netflix. Helen Mirren ni ada berlakon. Uiii macam best ni. Baca sikit info dia. Okey lah cun..Layan..
SINOPSIS THE GOOD LIARMengisahkan seorang warga emas bernama Roy Courtnay yang merupakan seorang penipu. Mencari duit dengan cara menipu untuk hidup senang.
Satu hari Roy berjumpa dengan seorang janda kaya iaitu Betty McLesih di dalam talian. Diaorang berjumpa & Betty mula menerima Roy dalam hidupnya. Roy pula ada agenda lain.
BEST TAK THE GOOD LIAR NI?
Cerita dia mula-mula macam bosan sikit. Pakej tertidur lah sambil tengok. haha. Perangai sangat tau. K.fiezz memang tak boleh tengok tv sambil baring, confirm terlelap sekejap. haha. Kadang tu siap dah nak habis cerita baru jaga. haha.
Tapi yang the good liar ni k.fiezz terlelap kejap je. Dia jadi bosan sebab part intro tu je. Nak dapatkan jalan cerita dia. Lepas tu okey dah. Especially dah nak habis tu.
Cerita ni pasal si Roy yang cari sumber pendapatan dengan menipu. Dia buat kerja ni bukan seorang. Ada geng dia sendiri. Tapi watak utama untuk mencari mangsa & menipu mangsa, dia ketuanya.
Satu hari dia jumpa janda kaya, Betty McLeish ni dalam talian. Dari situ diaorang mula berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Si Roy ni yang pakar menipu, gunakan alasan sakit lutut yang dialami oleh Betty untuk tinggal bersama. Dalam masa yang sama Roy mulakan rancangan memujuk Betty untuk gabungkan akaun diaorang bersama dan dia boleh kaut semua duit Betty secara senyap-senyap.
Walaupun dalam keadaan yang tak berapa sihat, Betty ajak Roy untuk bercuti ke luar negara bermula dari Berlin. Semasa di Berlin, cucu Betty boleh bertutur dalam bahasa Jerman yang difahami oleh Roy. Steven bawa Betty & Roy ke satu flat yang ada sejarahnya tersendiri yang melibatkan Roy. Apa sejarahnya, tengok lah sendiri. hehe. Masa kat sini, Roy & Steven (cucu Betty) bertekak tetapi Betty tetap menyebelahi Roy.
Selepas kembali dari bercuti, Roy & Betty teruskan rancangan gabungkan akaun diaorang bersama. Salah seorang konco Roy bagi nasihat untuk tinggalkan sikit duit kat Betty tetapi Roy tak peduli. Dia nak kaut semua duit Betty.
Selesai saja proses gabungan akaun. Roy & Betty diberi seorang satu keypad. Untuk mudahkan diaorang control akaun bersama tu. Habis je proses ni, Roy bagi alasan perlu ke bandar untuk berjumpa dengan anak dia. Sebenarnya dia dah merancang untuk pindahkan semua duit diaorang tu kepada akaun yang lain. Tetapi sebaik sampai di hotel, baru dia sedar keypad yang membolehkan dia untuk akses akaun bersama diaorang tu tertinggal di rumah Betty..
Dia balik semula ke rumah Betty untuk ambil keypad. Sampai je di rumah Betty, dia terkejut bila tengok rumah Betty kosong. Betty menunggu dia di salah satu sudut rumah. Roy macam blur apa yang jadi sebenarnya.
Orang yang nak menipu kena tipu. haha.
Betty menyimpan satu rahsia pada Roy untuk balas dendam. Sebab apa yang jadi pada keluarga dia masa dia kecil dulu berpunca dari Roy. Apa yang Roy dah buat pada Betty & keluarga dia sebenarnya, check it out sendiri. hehe. Tak thrill lah cerita semua. Konon dia nak kaut duit Betty, penyudahnya dia yang terkena dengan Betty a.k.a Lily. Rasain. Tamak sangat. Asyik menipu je kerjanya.
Kalau tengok watak Si Roy ni dari remaja, memang menyampah. Nampak muka jahat dia tu. Apa jadi kat dia masa ending memang padan lah muka. Sesuai sangat.
Overall okey jalan cerita dia. K.fiezz bagi 3.5 / 5..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/02/Sinopsis-The-Good-Liar-Si-Penipu-Kena-Tipu.html