Sinopsis Penuh Drama Janin Tak Berdosa Lakonan
SINOPSIS PENUH DRAMA JANIN TAK BERDOSA LAKONAN TASHA SHILA 
Tajuk Drama : Janin Tak Berdosa
Pengarah:  Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi
Penulis : Nanie Shafri
Tarikh tayangan: 27 september 2020
Pelakon : Tasha Shila, Azrel Ismail, Delimawati
Sinopsis  Drama Janin Tak Berdosa mengisahkan mengisahkan pasangan suami isteri muda   Firman dan Julia. Mereka mempunya gaya hidup moden dengan rakan-rakan yang   sama seperti mereka yang suka kan hiburan.  Firman bekerja disebuah   syarikat besar.    

  Satu hari Firman mendapat kenaikan pangkat. Dia kemudian nya merancang   percutian ke bulan madu di Amsterdam memandangkan isterinya sudah lama ingin   bercuti di Amsterdam. 
  Firman mendapat kenaikan pangkat di syarikatnya. Berita tersebut disampaikan   pada julia dan julia sangat seronok dan tak sabar untuk ke Amsterdam. Namun   tidak disangka-sangka Julia disahkan hamil. 
  Oleh kerana pada masa itu Julia mengandung dan beliau ingin meneruskan   percutiannya maka mereka merancang menggugurkan kandungan itu. Berbagai cara   dilakukan Julia untuk menggugurkan kandungan tapi masih gagal.   

  Satu hari Julia bertemu dengan kawan-kawan nya dan meluahkan perasaan nyauntuk   menggugurkan kandungan nya. Salah seorang rakan nya mencadangkan agar Julia   bertemu dengan Mak Kuntum, seorang wanita yang rumahnya terletak di sebuah   kampung. 
  Pada awalnya Mak kUntum tidak mahu menurut kemahuan Julia dan Firman, Namun   selepas didesak Julia , Mak Kuntum bersetuju dengan menetapkan syarat yang   Julia dan Firman perlu tinggal di rumah tersebut selama seminggu. Jika tidak   akan berlaku perkara tidak baik pada Julia.   

  Dengan berat hati Julia dan Firman pun tinggalkan bersama Mak kuntum selama   seminggu.  
  Pada malam pertama mereka di rumah Mak Kuntum, Julia dan Firman terpaksa   membiasakan diri dengan kehidupan kampung. Mereka juga merasakan Mak Kuntum   seorang yang menyeramkan.  
  Mak Kuntum pula melayan Julia dengan baik. Diberikan makanan kampung yang   sedap-sedap Firman juga diajar tentang agama. Ketika si suruh menjadi    imam , Firman hanya mampu berdiri memandang mak Kuntum dan Julia sambil   tersenyum kerana dia tidak tahu cara untuk solat.         
    Julia juga disuruh memasak dan makan makanan-makanan yang berkhasiat kerana menurut Mak Kuntum tidak lama lagi badan nya akan lemah dan Julia memerlukan tenaga yang banyak. Mak kuntum juga menyiapkan air mandi bunga untuk Julia supaya Julia nampak berseri dan segar. 
  Satu hari Firman dan Julia terdengar Mak Kuntum berdoa selepas solat. Mak   Kuntum berdoa agar Julia dan Firman tidak akan menggugurkan kandungan   Julia.  
  Julia dan Firman terus memarahi Mak Kuntum kerana Mak Kuntum Telah menipu   mereka. Mak Kuntum yang sebenarnya ialah Mak Cik Gayah. Dia bukan lah seorang   bidan tapi dia hanya wanita kampung biasa.    

  Mak Kuntum hanya ingin membantu Julia dan Firman menjalani hidup yang baik dan   tidak membunuh janin yang tidak berdosa. 
  Julia dan Firman sangat marah dan terus keluar rumah meninggalkan Mak Kuntum   yang sebenarnya adalah makcik gayah. 
  5 bulan kemudian Julia dan Firman mengunjungi Mak Gayah di kampung. Mereka   ingin meminta maaf kepada Mak Gayah. Mereka juga mengucapkan terima kasih   kepada Mak Gayah. 
Tonton Janin tak Berdosa 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://www.dianarashid.com/2020/10/sinopsis-penuh-drama-janin-tak-berdosa.html