Sinematografi Memukau Macam Tengok Filem Jirisan Angkat Kisah Renjer Penjaga Gunung
Plot lain daripada yang lain, Jirisan mengangkat kisah pasukan renjer di taman negara yang bertanggungjawab mencari dan menyelamat di Gunung Jirisan.
Diterajui Jun Ji-Hyun sebagai Seo Yi-kang seorang renjer yang berpengalaman dan Ju Ji-hoon memegang watak sebagai renjer rookie, Kang Hyun Joo.
Drama ini menjadi antara drama yang paling dinantikan tahun 2021 yang mendapat sentuhan pengarah terkenal Lee Eung-bok (Descendants of The Sun, Guardian: The Lonely and Great God) dan penulis Kim Eun-hee (Signal, Kingdom).
[AMARAN SPOILER]
Kimchi Daily sebenarnya telah diberikan kesempatan untuk menonton tayangan awal Jirisan pada hari Rabu yang lalu. Sepanjang tayangan kami memang terpegunlah dengan episod pilot Jirisan ni.
Tahun 2018, Kang Hyun Joo yang baru tiba di cawangan Haedong Taman Negara Jirisan telah mengikuti operasi menyelamat pendaki sejurus tiba melaporkan diri dan bertemu dengan renjer berpengalaman Seo Yi-kang.
Semasa ingin meneruskan misi pencarian seorang kanak-kanak yang hilang Hyun Joo seakan terlihat bayangan di mana keberadaan kanak-kanak itu.
Akibat cuaca buruk seluruh pasukan dipanggil pulang ke bilik operasi dan kembali meneruskan misi pencarian keesokkan hari. Namun Seo Yi-Kang berasa tidak sedap hati dan meneruskan misi pencarian tanpa pengetahuan ketuanya, bersama Hyun Joo.
Tindakan mereka berjaya menemukan kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan lemah di lokasi pendakian terkenal di Gunung Jirisan.
Tapi sedikit misteri mula tersingkap dan menjadi tanda tanya, bagaimana kanak-kanak tersebut dapat menghantar pesanan kepada neneknya walaupun kawasan itu tidak mempunyai akses rangkaian. Pada masa yang sama, Hyun Joo dan Yi-kang menemui satu tinggalkan aneh seakan signal.
Penonton kemudian dibawa ke tahun 2020, yang menunjukkan Sung Dong-il masih menerajui pasukan renjer dan mengumumkan seorang ahli baru akan menyertai pasukan itu dan individu itu ialah Seo Yi Kang yang tiba dengan berkerusi roda!
Sebaik saja ketibaannya, Seo Yi Kang telah berjaya menyelesaikan misi pertamanya dengan menjejaki mayat seorang pendaki yang hilang sejak lebih sebulan lalu.
Pasukannya berasa sangsi dan mula menyoalnya. Dia kemudian membuka kisah tentang signal yang hanya diketahui olehnya dan Hyun Joo dan bagaimana signal itu memberi petunjuk kepada mereka.
Kembalinya dia bersama pasukan renjer untuk mengetahui apakah yang ingin disampaikan ‘seseorang’ melalui signal itu.
Menjadi tanda tanya di akhir episod adakah signal itu yang menjadi punca kecelakaan menimpa dirinya dan Hyun Joo yang kini berada dalam keadaan koma?
Baru episod satu dah suspens tau drama Jirisan ni, selain plot yang kemas, penonton juga dipertontonkan dengan sinematografi Gunung Jirisan yang memukau.
Drama ini turut dibarisi oleh barisan pelakon berbakat lain seperti Oh Jung-se Cho Han-cheul, Joo Min-kyung, Go Min-si, Jun Suk-ho dan Lee Ga-sub.
Siri K Original iQiyi ini disiarkan secara eksklusif dengan Korea bermula, 23 Oktober, dengan episod baharu disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad pada pukul 8.00 malam di aplikasi iQiyi International atau iQ.com di seluruh dunia.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/sinematografi-memukau-macam-tengok-filem-jirisan-angkat-kisah-renjer-penjaga-gunung/