Sindiket Dadah Melalui Kru Kabin Malindo Air Yang Berpengkalan Di Malaysia


Tindakan seorang kru kabin mencari ‘duit tepi’ de­ngan menyeludup dadah untuk sebuah sindiket yang sa­ngat dikehendaki di Australia memakan diri apabila dia dicekup ketika cuba melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, minggu lalu.

Difahamkan, kru kabin Malindo Air berusia 38 tahun tersebut turut ditahan bersama seorang lagi warga Malaysia yang sama-sama mengikat pelbagai jenis dadah di badan mereka ketika serbuan dijalankan Polis Persekutuan Australia (AFP), Pasukan Sempadan Australia dan Suruhanjaya Perisikan Jenayah Australia pada 7 Januari lalu.

Channel News Asia melaporkan pihak polis menerusi operasi Sunrise itu turut menahan enam lagi individu dipercayai ahli sindiket berkenaan dan merampas dadah jenis heroin, methamphetamine dan kokain yang dianggar bernilai AS$21 juta (RM62 juta).
Pasukan penyiasat mendakwa sindiket tersebut menggunakan kru kabin Malindo Air yang berpangkalan di Malaysia untuk menyeludup dadah ke negara ini melalui Melbourne dan Sydney dan kru kabin tersebut me­ngakui bahawa itu adalah perjalanannya yang ke-20 ke Australia.

Menurut laporan ABC, jurucakap polis Victoria, Komander Tess Walsh, operasi selama lima bulan tersebut menyasarkan sindiket jenayah terancang Vietnam yang berpangkalan di Melbourne.

Rampasan kali ini adalah besar namun saya tidak mengatakan itu jumlah keseluruhan dadah yang dibawa sindiket tersebut ke negara ini dan hasil risikan mendapati kru kabin terbabit sudah beberapa tahun menjalankan kegiatan ber­kenaan, mungkin lebih lima tahun, katanya.
Dalam operasi pertama, seorang wanita berusia 38 tahun ditahan di Tullamarine pada 7 Januari lalu, enam lagi ditangkap di utara Sunshine dan tengah bandar Melbourne keesokannya, manakala seorang lagi suspek wanita yang berasal dari Richmond ditahan pada Isnin lalu.

Selain dadah, polis turut merampas kereta mewah dan wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM296,170) dalam operasi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan kedua-dua suspek warga Malaysia itu terdiri daripada seorang wanita berusia 30-an dan lelaki berusia 40-an.

“Saya difahamkan kedua-dua suspek tersebut sudah didakwa, namun siasatan oleh AFP terhadap kes itu masih berjalan sehingga kini. JSJN juga akan be­kerjasama dengan pihak Australia berikutan kejadian ini me­libatkan warga Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohmad, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Malindo Air dalam masa terdekat memandangkan banyak kejadian penyeludupan serta penyalahgunaan dadah yang melibatkan kakitangannya dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Malindo Air dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih belum dapat menghubungi kru kabin yang ditahan sejak 7 Januari lalu.

“Malindo Air bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa Australia mahupun Malaysia, malah kru kabin terlibat sudah digantung kerja serta-merta. Sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa yang bertanggungjawab, Malindo Air tidak sekali-kali menyokong perbuatan jenayah atau pun salahlaku mana-mana kakita­ngan kami,” katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/sindiket-dadah-melalui-kru-kabin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Singapore Agree On Steps To Curb Air Sea Tensions

Malaysia Singapore Agree On Steps To Curb Air Sea Tensions

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 230 hits
Malaysia and Singapore today agreed to immediately and simultaneously suspend the former s permanent restricted area over Pasir Gudang and the latter s implementation of the Instrument Landing System procedure for Seletar Airport Both the s...
Singapura Membekalkan Air Terawat Tambahan Ke Malaysia Atas Permintaan Johor

Singapura Membekalkan Air Terawat Tambahan Ke Malaysia Atas Permintaan Johor

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 547 hits
SINGAPURA Agensi air Singapura PUB atas permintaan Johor membekalkan air terawat tambahan ke Malaysia selepas pengeluaran telah terganggu akibat pencemaran Sebagai tindak balas kepada pertanyaan media PUB berkata pada hari Ahad bahawa tamba...
6 Gambar Cuti Cuti Malaysia Di Air Terjun Kionsom

6 Gambar Cuti Cuti Malaysia Di Air Terjun Kionsom

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 641 hits
foto oleh faizzakaria Percutian ke Sabah Gembira Bercuti Di Air Tejun Kionsom Tempat ni hanya 10 atau 15 minit perjalanan dari pusat bandarata Kota Kinabalu Air terjun Kionsom cukup faymes kerana ia terletak berhampiran Mari mari Cultural V...
4768 Tidak Sesuai Naikkan Kadar Tarif Air Masa Ini Malaysia Gazette 10 1 19

4768 Tidak Sesuai Naikkan Kadar Tarif Air Masa Ini Malaysia Gazette 10 1 19

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak bersetuju terhadap langkah kerajaan yang mahu menaikkan kadar tarif air Ini kerana rakyat pada masa ini terbeban dengan pelbagai masalah terutamanya melibatkan kos sara hidup yang semakin...
4771 Perkemas Dahulu Sistem Air Bersih Utusan Malaysia 12 1 19

4771 Perkemas Dahulu Sistem Air Bersih Utusan Malaysia 12 1 19

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 453 hits
KUALA LUMPUR 11 Jan Kerajaan disaran menangguhkan keputusan menaikkan kadar tarif air dan memberi fokus kepada usaha usaha memperkemas sistem air bersih di negara ini terlebih dahulu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nad...
Tidak Masuk Akal Singapura Beli Air Rm0 03 Seribu Gelen Jual Semula Kepada Malaysia Pada Nilai As 60 Tun Mahathir

Tidak Masuk Akal Singapura Beli Air Rm0 03 Seribu Gelen Jual Semula Kepada Malaysia Pada Nilai As 60 Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 301 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata harga semasa jualan air mentah kepada Singapura adalah sangat tidak adil dan ia perlu disemak semula Kami sudah cuba berunding Singapura enggan Malah Singapura enggan membawa kes ke mahkamah L...
4775 Sindiket Keldai Akaun Makin Membimbangkan Utusan Malaysia 16 1 19

4775 Sindiket Keldai Akaun Makin Membimbangkan Utusan Malaysia 16 1 19

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR 15 Jan Sebelum ini masyarakat sering didedahkan dengan kisah keldai dadah yang menjadi mangsa pengedaran dadah Namun begitu kini timbul pula kes keldai akaun apabila akaun bank pengguna dimanipulasi pihak ketiga yang menggunaka...
Polis Tumpas Sindiket Seludup Dadah Masuk Penjara

Polis Tumpas Sindiket Seludup Dadah Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 270 hits
Mohamad Fuzi berkata kelima lima suspek direman selama tujuh hari sehingga 19 Januari ini untuk siasatan lanjut
Jadual Cuti Perayaan Sekolah Malaysia 2019 Rancangkan Cuti Anda

Jadual Cuti Perayaan Sekolah Malaysia 2019 Rancangkan Cuti Anda

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1089 hits
Sekolah Kumpulan AKedah Johor Kelantan dan TerengganuSekolah Kumpulan BPerlis Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Pahang Wilayah Persekutuan KL Putrajaya Labuan Sabah dan Sarawak Untuk Cuti Hari Keamatan iaitu pada 30 31 Mei ...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Kompang Warisan Johor

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Sue Tuya Seafood And Shell Laut


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Especial Construcci N En Madera

Lafaz Niat Puasa Ganti Panduan Lengkap Betul

Enjoy Your New Shirt From Geeksoutfit

Jjcm Kuching Day 1 Bandar Kuching

Tempat Aborsi Legal Di Jakarta Dan Terpercaya

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes