Simple Birthday Celebration Mr Hubby Di Bayou Diner Kinrara
Throwback birthday mr hubby masa bulan puasa baru-baru ni. Baru nak story kat blog sebab risauuu nak post gambor makanan di bulan puasa..Kang ada yang marah. hehe..So KIV dah masuk bulan raya ni baru sis post kat blog..
Ceritanya mula-mula k.fiezz nak sambut birthday mr hubby ni guna khidmat surprise planner yang buat deko-deko lawo tu. Cadangnya nak buat kat hotel/restoran gitu..hehe...Tengok anggaran harga semua mahai, weiii..Stress pula sis..haha..Maklumlah sis ni keja gomen je. Gaji idak lah banyak sangat...Tapi special untuk celebrate birthday mr hubby, buat-buat tak perasan je lah harga tu. Cari punya cari, jumpa lah yang k.fiezz rasa reasonable harga untuk suprise birthday planner. Tapi tak jadi juga ceritanya sebab adik ipar k.fiezz cakap tempat untuk buat surprise planner tu review tak berapa okey..Nasib tak bayor lagi deposit tau...
So teringat beberapa tahun lepas, kitaorang pernah sambut birthday anak buah kat Bayou Diner Kinrara ni. Dekat je dengan rumah k.fiezz & mr hubby. Tanya mr hubby, dia cakap okey je. K.fiezz booked tempat untuk 4 orang. Mr hubby, k.fiezz, mama & adik ipar...
BAYOU DINER KINRARABirthday mr hubby tahun ni jatuh pada hari bekerja (Rabu), esoknya cuti Nuzul Quran pula. Jadi memang tak ajak ramai. Mama & adik ipar kebetulan memang ada kat KL sebab adik ipar k.fiezz ada presentation untuk project Master dia..Diaorang stay kat hotel area Universiti tempat adik ipar k.fiezz belajar...Jadi diaorang dari hotel ke rumah ambil k.fiezz & mr hubby dulu lepas tu baru gerak ke sini..
Dalam 6.30 macam tu terus gerak ke Bayou Diner ni. Dekat je dengan rumah so idak lah rushing sangat...Makanan kat sini ada selera tempatan & barat. Ikut lah selera masing-masing..Masa dah sampai sini baru order makanan..Sebelum tu cuma call untuk booked meja je...
Dari arah depan
Menu yang ada kat sini. Boleh rujuk sebelum masuk dalam restoran. Cari idea nak makan apa..Idak lah berapa kali belek buku menu..
Lepas order makan. Kita wefie. Adik ipar k.fiezz beli air mineral kat mini mart sebelah Bayou Diner ni. Jimat sikit katanya..Kat Bayou ni, air mineral mahai..haha.
Bento Kek untuk birthday boy..Warna biru dia tu melekat weii..K.fiezz pilih warna biru ingatkan cuma corak je sekali sampai-sampai ambil 1 kek warna biru..haha.
Lepas makan abis gigi, lidah, bibir memasing kebiruan..haha..Mr hubby lagi syok..Esoknya masa membuang air besor, dia cakap **tut*** dia warna biru..haha...Saiz bento kek ni memang kecil je korang..Sedang elok lah saiz dia tu sebab kalau banyak jenuh nak perabiskan. Krim dia tebal, rasa muak makan banyak-banyak..Memang patut lah saiz dia kecil je...Harga bento kek ni RM46 + delivery (LaLaMove) RM12.30..
Masa ni risau nak keluarkan kek sebab takut prosedur setengah kedai tak bagi makanan luar masuk ke dalam kedai. Nasib baik kat Bayou Diner ni okey je..Legaaa..Mungkin exception sebab bulan puasa..Ramai je yang bawa juadah beli kat bazar makan dalam kedai...Tak pasti bukan bulan puasa boleh ke idak. Cuba lah tanya yea kalau nak celebrate birthday kat sini..
Ni menu pilihan kitaorang..K.fiezz & mama pilih nasi lemak + ayam goreng berempah. Tekak melayu..Udah seharian berpuasa, tetap nasi juga yang wajib di cari dulu...hehe..Mr hubby & adik ipar steak..
Sesi suap menyuap..Setel kek kitaorang perabiskan..Majoriti mr hubby yang banyak makan sebab birthday dia...Itu yang esoknya dia cakap hasil buangan jadi warna biru..haha..
REVIEW MAKANANSedap tak makanan kat sini?Sis suka nasi lemak dia..Sambal secukup rasa. Ayam sedap...Mak mertua pun cakap nasi lemak sedap. Steak tu adik ipar & mr hubby komen sedap..Okey boleh di makan, idak lah rasa dia tu plain je..Secukup rasa semua..Berbaloi lah dengan harga dia tu..Sesekali kan..Mula ingatkan k.fiezz nak belanja tapi tengok mr hubby yang bayorkan..hehe..Thank you, sayang..Moga dilimpahkan rezeki selalu..Boleh belanja selalu..hehe...
So for my beloved & permanent sugar daddy, happy birthday sayang..Moga sentiasa sihat, dipanjangkan usia, kekal bahagia di sisi saya (harusss..hehe) & dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda...Aamiin...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/04/Simple-Birthday-Celebration-Mr-Hubby-Di-Bayou-Diner-Kinrara.html