Simpanan Atau Pelaburan Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu


Kalau diberi hanya dua pilihan, sama ada nak fokus kepada simpanan (saving) atau pelaburan (investment) mana satu kaedah yang anda akan pilih, untuk mengembangkan lagi duit milik anda?
 
Saving dan investment adalah dua cara yang popular bagaimana seseorang itu menguruskan wang miliknya.
 
Simpanan dan pelaburan ini adakalanya nampak seperti kita melakukan benda yang sama. Saya juga perasan, kedua-dua terma ini kadang-kadang digunakan secara bersama, terutama sekali oleh mereka yang mempromosikan pelan-pelan pelaburan atau produk berkaitan instrumen kewangan.
 
Ayat yang kerap kita boleh perhatikan adalah seperti mulakan simpanan dan pelaburan anda seawal mungkin untuk masa depan anda yang lebih cerah.

Adakah simpanan dan pelaburan ini benda yang sama?
Adakah orang yang membuat saving secara automatik, telah membuat investment?
Adakah orang yang membuat investment sudah dikira mempunyai simpanan?
Pernah dengar orang hilang duit sebab buat investment?
 
Walaupun membuat simpanan dan membuat pelaburan seakan-akan sama, namun ia sebenarnya ada perbezaan yang agak banyak. Posting kali ini, saya akan membincangkan tentang perbezaan antara membuat simpanan dan juga pelaburan. Mudah-mudahan selepas anda membaca perkongsian ini, anda akan lebih jelas, sama ada perbuatan yang anda lakukan selama ini termasuk dalam membuat simpanan atau sebenarnya membuat pelaburan.

 
Objektif Kita mulakan dengan objektif atau tujuan kenapa seseorang itu melakukan perkara tersebut.
 
Simpanan atau saving
Simpanan adalah satu perbuatan dimana anda mengasingkan atau memperuntukkan sejumlah wang yang ada pada anda untuk disimpan dan hanya akan digunakan jika keadaan betul-betul memerlukan sahaja dimasa akan datang.
 
Duit tersebut akan disimpan di tempat yang selamat, kebiasaannya dalam akaun bank, dan ia hanya akan digunakan apabila anda betul-betul memerlukannya dimasa akan datang.

Tujuan kita membuat simpanan adalah supaya kita mempunyai duit apabila ingin digunakan dimasa akan datang. Antara sebab popular kenapa seseorang itu membuat simpanan adalah untuk
i. Persediaan jika berlaku kecemasan
Setiap orang mempunyai takrifan yang berbeza mengenai istilah kecemasan.
 
Lazimnya bila bercakap mengenai kecemasan, kita merujukan kepada hal-hal seperti
i. Kemalangan
ii. Penyakit
iii. Hilang pekerjaan
iv. Bencana alam
 
Sekurang-kurangnya bila kita ada duit simpanan, kita tak perlu meminta-minta dan meminjam dari orang lain jika berlaku kecemasan.
 
ii. Untuk membeli sesuatu yang agak mahal harganya dimasa akan datang.
Boleh jadi seseorang itu berhasrat untuk membeli rumah, kereta ataupun ingin mendirikan rumah tangga. Sudah tentu semua ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Jika dia mempunyai pendapatan yang besar, dia mungkin boleh perolehi itu semua sekarang, sebaliknya jika pendapatan yang dimiliki tidak begitu besar, maka dia perlu membuat simpanan sedikit demi sedikit hinggalah cukup, atau setidak-tidaknya cukup untuk membuat downpayment.
 
Pelaburan
Pelaburan pula merupakan satu perbuatan yang mana kita akan menggunakan duit yang kita miliki untuk membuat pembelian sesuatu aset atau barangan tertentu yang kita percaya dan yakin bahawa ia akan memberi kita aliran masuk duit, (sama ada dalam bentuk sewa, dividen atau interest), atau ia akan meningkat dari segi nilainya.
 
Seseorang itu membuat pelaburan kerana dia percaya
i. Barang yang dibeli akan memberikan aliran tunai mengikut sela masa tertentu
ii. Barang yang dibeli akan meningkat nilainya dan boleh dijual semula dengan satu harga yang lebih mahal
 
Antara contoh-contoh aset yang menjadi pilihan bagi tujuan pelaburan adalah seperti
i. Saham
ii. Logam berharga seperti emas dan perak
iii. Unit Trust
iv. Tanah
v. Hartanah
vi. Digital Aset atau cryptocurrency
 
Kebiasaannya kita memilih untuk membuat pelaburan sebab kita nak menggandakan lagi jumlah wang yang ada dalam tangan. Bagi tujuan tersebut, kita sanggup dan bersedia untuk ambil sedikit risiko dengan harapan duit kita akan bertambah lebih banyak.
 
Pertambahan dari segi nilai Simpanan
Duit yang anda simpan, lazimnya hanya akan bertambah, apabila anda membuat simpanan tambahan. Jika anda hanya membuat simpanan sekali sahaja dalam seumur hidup anda, itupun sebanyak RM1,000 sahaja, nilai simpanan tersebut tidak akan bertambah.
 
Walaubagaimanapun, jika anda membuat simpanan di tempat yang memberi anda pulangan dalam bentuk interest atau hibah, duit dalam simpanan anda masih akan bertambah itupun dalam satu kadar yang rendah, sekitar 1% – 3% sahaja setahun.
 
Sesetengah orang yang faham dengan konsep inflasi, mungkin akan bertindak sedikit berbeza. Mereka akan tukarkan duit tunai dengan emas, sama ada syiling emas ataupun jongkong emas. Kenaikkan harga emas selalunya lebih tinggi berbanding inflasi. Justeru, nilai duit dalam pegangan dapat diselamatkan daripada dimakan oleh faktor inflasi.
 
Saya juga ada membuat simpanan dalam bentuk emas. Sekiranya anda juga minat nak simpan emas, boleh mula buat simpanan emas melalui akaun emas GAP – Public Gold.
 
Pelaburan
Nilai pelaburan anda akan bertambah dan mungkin akan berkurang dari masa ke masa. Pertambahan dari segi nilai ini sama ada datang dalam bentuk sewa, dividen, ataupun interest.
 
Ada ketikanya nilai aset anda juga bertambah dari segi nilainya, dan anda ada pilihan sama ada nak terus jual aset yang anda pegang atau nak terus simpan.
 
Dalam pelaburan, ada masanya kita terdedah dengan kemungkinan dan kebarangkalian untuk duit kita bertambah dan boleh jadi juga duit kita akan berkurang.
 
Risiko Simpanan
Jika anda membuat simpanan dalam bank, pihak bank akan memberikan anda sedikit faedah, atau interest atau hibah. Namun demikian jumlah yang diberikan tidaklah begitu besar.
 
Membuat simpanan adalah lebih rendah risikonya kalau nak dibandingkan dengan membuat pelaburan. Walaubagaimanapun, kita perlulah pastikan bahawa tempat yang kita pilih untuk menyimpan duit kita itu mempunyai ciri keselamatan yang bagus. Malahan jika kita membuat simpanan melalui akaun simpanan di bank, simpanan kita itu nanti akan dilindungi oleh PIDM atau singkatan bagi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
 
PIDM akan melindungi simpanan kita sehingga RM250,000 jika berlaku sebarang perkara yang tak diingini terhadap simpanan yang kita lakukan.
 
Pelaburan
Ya, pelaburan ada risikonya! Ini hakikat yang perlu kita terima.
 
Antara ungkapan yang popular, berkaitan dengan pelaburan adalah “High Risk High Return“.
 
Walaubagaimanapun, secara peribadi saya tidak begitu setuju dengan ungkapan tersebut. Saya rasa lebih tepat kalau kita katakan “High Knowledge High Return“.
 
Pelaburan yang berisiko tinggi tak semestinya memberi pulangan yang besar. Boleh jadi ia akan mengakibatkan anda rugi besar, atau mungkin akan menyebabkan anda kehilangan semua modal yang ada.
 
Tetapi In Shaa Allah, jika anda mempunyai ilmu pengetahuan (knowledge) yang tinggi, tak kiralah sama ada pelaburan tersebut tinggi atau rendah dari segi risikonya, anda tetap mampu untuk hasilkan wang yang banyak.
 
Pelaburan itu sifatnya memang mempunyai risiko. Anda pula melabur tanpa mempunyai ilmu yang mencukupi, akibatnya perbuatan ini hanya menambahkan lagi risiko pelaburan sehingga berkali ganda.
 
Sebaik-baiknya dalam pelaburan, kita belajar untuk kenal risiko, dan seterusnya kita cuba untuk kawal risiko tersebut.
 
Saya pernah dengar satu nasihat berkaitan dengan pelaburan yang berbunyi seperti berikut
“Dalam pelaburan, perkara pertama dan UTAMA yang perlu kita lakukan adalah mengawal risiko. Bukan fokus kepada buat untung (profit). Apabila kita bijak mengawal risiko, keuntungan pasti akan datang dengan sendirinya.”
 
Walau sehebat mana seseorang itu dalam membuat pelaburan pasti dia akan alami kerugian. Jika dia bijak mengawal risiko, kerugian yang bakal ditanggung pasti tidak begitu tinggi, dan profit seterusnya pasti boleh cover semula kerugian yang telah dialami.
 
Kadang-kadang kita akan dengar soalan berkaitan dengan pelaburan yang sifatnya agak simplistik. Misalnya
“Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk melabur dalam hartanah?”
“Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk beli emas?”
“Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk melabur dalam Bitcoin?”
 
Jawapan bagi soalan-soalan ini sebenarnya berbeza-beza, bergantung kepada siapa yang menjawabnya dan apakah matlamat atau motif disebalik jawapan yang diberikan. Jika anda tanya soalan bila masa yang sesuai untuk beli emas, kepada ejen yang mempromosikan produk pelaburan emas, sudah tentu jawapan dia akan bias kepada, sekarang adalah masa yang sesuai untuk beli emas.
 
Sebenarnya jawapan untuk soalan berkaitan pelaburan, adalah lebih mudah untuk dijawab jika kita boleh merujuk kepada graf berkaitan dengan pelaburan tersebut.
 
Saya nak bawakan contoh soalan berkaitan dengan bila masa yang sesuai untuk beli bitcoin.

Graf ini saya ambil dari laman web Trading View dan ini merupakan graf BTCUSDT.
 
Secara keseluruhannya, kita boleh lihat pada graf diatas bahawa nilai bitcoin semakin meningkat naik. Namun, adakah nilai bitcoin terus naik dan menaik setiap masa?
 
Sudah tentu jawapannya tidak. Sebaliknya kita boleh lihat dengan jelas pada graf, bahawa nilai bitcoin ada naik dan turun. Pergerakkan harga bitcoin secara umumnya menunjukkan trend menaik. Namun kenaikkan yang berlaku bukanlah secara terus menerus, sebaliknya ia menunjukkan trend menaik, menurun, kemudian naik lebih tinggi, dan seterusnya turun semula.
 
Kalau kita hanya bergantung kepada info yang diperolehi di media masa, mungkin akan ada antara kita yang beranggapan bahawa bitcoin akan terus naik dan tak turun-turun langsung!
 
Ini adalah kefahaman yang silap. Setakat entri ini ditulis, nilai tertinggi yang dicatatkan oleh bitcoin ialah kira-kira sebanyak USD68,854 iaitu pada 14 April 2021.
 
Setelah mencapai harga tertinggi tersebut, nilai bitcoin mula jatuh dan setakat screenshot tersebut diambil, nilainya adalah kira-kira USD56,939. Nilai bitcoin turun atau jatuh sehingga USD11,915 dalam masa 5 hari sahaja.
 
Sebenarnya kalau bercerita dari segi risiko pelaburan dalam dunia crypto, nilai pelaburan anda boleh jatuh mendadak (atau naik mendadak) sebaik sahaja anda membeli matawang crypto tersebut. Ya, tak perlu tunggu sampai berhari-hari pun.
 
Pada pendapat saya, pelaburan crypto ini adalah pelaburan yang sangat tinggi risikonya, kerana pasarannya sangat volatile (tidak menentu). Namun, adakah apabila kita melabur dalam crypto, secara automatik kita akan mampu hasilkan pulangan yang besar?
 
Sudah tentu jawapannya adalah tidak semestinya. Maka ungkapan seperti high risk high return perlu dipertimbangkan sekali lagi.
 
Bagi mendapatkan pulangan yang tinggi dalam mana-mana pelaburan, kita perlu faham instrumen pelaburan tersebut. Kita kena tahu apakah risiko yang bakal kita hadapi.
 
Risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada sejauh mana anda mempunyai ilmu pada instrumen pelaburan tersebut. By the way, pada pendapat anda, adakah bagus melabur dalam bitcoin?

Adakah anda akan pilih bitcoin sebagai salah satu aset dalam portfolio pelaburan anda? Boleh komen sikit?
 
Tahap kecairan Tahap kecairan atau liquidity ini saya merujuk kepada berapa mudah untuk anda dapatkan semula duit yang anda asingkan, setelah anda memperuntukkan duit tersebut bagi tujuan simpanan ataupun pelaburan.
 
Simpanan
Kalau duit yang kita simpan dalam akaun saving, biasanya sangat mudah untuk kita dapatkan balik sebahagian atau semua duit yang kita ada. Pergi sahaja ke mesin ATM dan kita boleh keluarkan semua duit kita.
 
Ataupun kalau anda malas nak pegang duit cash yang banyak, sebarang transaksi boleh dilakukan secara online banking sahaja. Maka tak dipertikaikan lagi, tahap kecairan bagi duit simpanan adalah sangat tinggi dan kita sangat mudah untuk dapatkan semula duit kita.
 
Kad debit yang datang bersama dengan akaun simpanan juga mudah untuk digunakan bagi tujuan membuat pembayaran.
 
Pelaburan
Bagaimana pula dengan pelaburan?
 
Setiap pelaburan yang berbeza mempunyai tahap kecairan yang berbeza juga. Seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi, dalam pelaburan, ia melibatkan satu perbuatan dimana kita membeli sesebuah aset, dengan andaian bahawa aset tersebut akan memberikan pulangan secara bulanan atau akan naik harga supaya kita boleh jual aset tersebut dan mendapat pertambahan nilai.
 
Kita ambil contoh pelaburan hartanah.
Kita akan dapat semula duit kita, apabila hartanah tersebut sudah mula mendapat penyewa dan kita dapat duit melalui sewaan. Namun, jika kita mahukan semua duit kita, kita perlulah jual hartanah tersebut.
 
Biasanya kita akan jual hartanah tersebut mengikut harga pasaran. Sekiranya ada pembeli yang mampu untuk membayar harga tersebut, maka hartanah kita bolehlah dijual mengikut harga tersebut. Harga pasaran ini juga ada naik dan turun. Jika harga pasaran sedang jatuh dan menjadikan ianya lebih rendah berbanding ketika kita beli hartanah tersebut, maka kita terpaksa menjual hartanah tersebut dalam keadaan kita sedang rugi.
 
Sanggup ke?
 
Kita ambil contoh lain, iaitu pelaburan saham di Bursa Malaysia.
 
Andai kata kita merupakan pemegang saham bagi syarikat tertentu, dan kita memerlukan duit dengan kadar segera. Apa yang kita boleh lakukan ialah, kita jual semua pegangan yang berada dalam portfolio kita.
 
Sekiranya pada waktu itu, harga saham semasa adalah lebih tinggi berbanding ketika kita beli pada awal-awal dulu, bermakna kita sudah pun untung. Tapi kalau pada waktu itu, harga saham lebih rendah berbanding ketika kita beli, kita juga sebenarnya terpaksa menjual dalam keadaan kita sedang rugi.
 
Setelah jualan berjaya dilakukan, selalunya kita perlu tunggu lagi satu atau dua hari, untuk duit hasil jualan diproses dan masuk dalam akaun bank kita. Justeru, adalah sangat tak sesuai untuk kita letakkan semua duit yang kita ada dalam akaun pelaburan. Jika ada kecemasan dan kita perlukan wang segera, kita terpaksa menunggu berhari-hari untuk dapatkan semula duit kita.
 
Ini bermakna kita perlu berfikir panjang sebelum nak buat sebarang keputusan untuk cairkan pelaburan yang kita miliki. Ini kerana pelaburan kita itu berkait rapat dengan harga pasaran atau harga semasa.
 
Oleh itu kita perlu tanamkan dalam minda, yang mana kita hanya laburkan duit yang kita sanggup untuk hilang sahaja. Jika kita terdesak perlu duit, at least kita tak berada dalam keadaan yang sangat teruk sehingga terpaksa merayu-rayu dan meminta bantuan orang lain.
 
Tempoh masa Ini merujuk kepada berapa lama masa yang diperlukan supaya apa yang kita buat betul-betul menampakkan hasilnya.
 
Simpanan
Tiada tempoh masa tertentu. Kita boleh simpan duit kita dalam akaun simpanan sama ada untuk jangka masa pendek, sederhana mahupun jangka masa panjang.
 
Lebih lama kita biarkan duit kita dalam akaun simpanan, maka lebih banyak pulangan dalam bentuk interest atau hibah yang bakal kita perolehi.
 
Pelaburan
Kebiasaannya ada tempoh matang. Kita perlu tunggu sekurang-kurangnya tiga ke lima tahun untuk kita dapat hasil yang memberangsangkan. Pada peringkat awal kita membuat pelaburan, ada kebarangkalian yang kita langsung tak membuat sebarang keuntungan atau menerima pulangan.
 
Pada waktu ini, anda tak boleh buat apa-apa selain terus menunggu. Kalau nak bawa keluar juga duit anda, anda mungkin akan dikenakan denda ataupun terpaksa terima nilai pelaburan yang lebih rendah berbanding yang sepatutnya.
 
Namun jika anda jenis yang tak sabar, dan tak sanggup untuk tunggu lama untuk mula nampak hasil, sama ada rugi atau untung, bolehlah pertimbangkan untuk melabur dalam pasaran saham dan juga pasaran cryptocurrency.
 
Kesimpulan Nak buat yang mana satu? Simpanan atau pelaburan?
Kebanyakkan buku-buku yang ditulis oleh pakar kewangan menasihatkan supaya kita hanya membuat pelaburan apabila kita mempunyai duit lebihan sahaja.
 
Kita melabur duit yang kita ada lebih dan kena set pada minda, kita tak akan terkesan jika duit tersebut kita hilang sepenuhnya. Almaklumlah dalam pelaburan, ada risiko, dan kita ada potensi untuk buat untung yang banyak dan boleh juga alami rugi yang banyak juga.
 
Memandangkan pelaburan yang berbeza mempunyai risiko yang berbeza, maka pilihlah pelaburan yang sesuai dengan diri anda. Kalau anda jenis yang tak sanggup ambil risiko yang besar, bolehlah pilih pelaburan yang agak rendah risiko seperti ASB, Unit Trust dan juga pelaburan emas.
 
Tapi kalau anda berani ambil risiko boleh pilih pelaburan yang risikonya lebih tinggi seperti pelaburan saham dan juga pelaburan cryptocurrency.
 
Dari pengalaman sendiri, saya pun pernah alami rugi yang agak banyak dalam masa yang agak pantas apabila melabur. Apapun itu semua adalah lumrah dalam pelaburan dan jadikan kita lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
 
Apa yang saya kongsikan disini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman saya sendiri dan juga dari pembacaan yang saya lakukan. Sekiranya anda memerlukan nasihat berkaitan kewangan yang lebih spesifik, sila dapatkan khidmat penasihat kewangan bertauliah.
 
 
 
The post Simpanan atau pelaburan? Perbezaan yang anda perlu tahu appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/perbezaan-simpanan-dengan-pelaburan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Atau Keluar Dari Kerajaan Mesyuarat Mkt Esok Saksikan Pertembungan Dua Kem

Kekal Atau Keluar Dari Kerajaan Mesyuarat Mkt Esok Saksikan Pertembungan Dua Kem

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 201 hits
April 24 2021 Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 25 April ini dijangka menyaksikan pertembungan dua kem iaitu kem ahli ahli majlis tertinggi parti menyokong Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem ahli MKT meny...
Kri Nanggala 402 Dinyatakan Subsunk Atau Tenggelam Setelah 72 Jam Pencarian

Kri Nanggala 402 Dinyatakan Subsunk Atau Tenggelam Setelah 72 Jam Pencarian

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 331 hits
Sebelumnya TNI mengatakan bahwa batas life support oksigen yang ada di KRI Nanggala 402 hanya bertahan selama 72 jam saja
Semakin Jimat Atau Semakin Boros

Semakin Jimat Atau Semakin Boros

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 380 hits
Assalammualaikum wbtSEMAKIN JIMAT ATAU SEMAKIN BOROS Selalu sarapan pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam Hari hari biasa Di bulan Ramadan sahur dan berbuka puasa Semakin jimat atau semakin boros Kalau jenis yang suka menyimpan Dan ...
5 Toko Online Camilan Dan Kue Untuk Buka Puasa Cocok Buat Sendiri Atau Dikirim Jadi Hampers

5 Toko Online Camilan Dan Kue Untuk Buka Puasa Cocok Buat Sendiri Atau Dikirim Jadi Hampers

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 371 hits
Kalau mau dikirim mending sekalian ke alamat orang yang mau dikasih daripada habis dicemilin sendiri
Tak Pasti Dulu Ke Bangang Atau Sekarang

Tak Pasti Dulu Ke Bangang Atau Sekarang

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 230 hits
Yang bersalah yang silap tentulah bukan dia Yang kekal bangang tetap lalat hijau
Cara Menaip Atau Menambah Teks Pada Dokumen Pdf

Cara Menaip Atau Menambah Teks Pada Dokumen Pdf

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 540 hits
Cara Menaip atau Menambah Teks pada dokumen PDF dengan sangat mudah Seperti kita tahu dokumen dalam format PDF tidak boleh disunting atau diedit ianya sangat merumitkan terutamanya apabila kita ingin mengisi borang borang secara atas talian...
Guna Copyright Muzik Di Youtube Channel Boleh Atau Tidak

Guna Copyright Muzik Di Youtube Channel Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 352 hits
Guna copyright muzik dalam Youtube boleh tak Bagi YouTuber baru mesti tertanya tanya boleh atau tidak nak guna lagu yang ada copyright Jawapannya BOLEH Ya benar boleh Kalau tak boleh dah tentu kena copyright strike Kalau tak paham apa benda...
Tiada Kem Zahid Atau Kem Ismail Sabri Dalam Umno

Tiada Kem Zahid Atau Kem Ismail Sabri Dalam Umno

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 322 hits
Sesiapa sahaja boleh membuat ulasan atau memberi pendapat mengenai politik negara termasuk apa yang berlaku dalam UMNO Namun ulasan atau pendapat itu tidak semestinya memberi gambaran sebenar Sebab itu penting kita membuat penilaian sendiri...
Hiburan Nak Selamatkan Atau Putuskan Nyawa Orang Suhaimi Saad Pertahan Pendirian Bergelar Anti Vaksin

Hiburan Nak Selamatkan Atau Putuskan Nyawa Orang Suhaimi Saad Pertahan Pendirian Bergelar Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 234 hits
Bekas anggota kumpulan nasyid In Team Suhaimi Saad mempertahankan pendiriannya sebagai seorang daripada golongan anti vaksin apabila dia tampil mempersoalkan keberkesanan vaksin tersebut dan mendakwa ianya tidak menjamin apa apa pada tubuh ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi