Silent Killer Si Orang Asli Senoi




PASUKAN KESELAMATAN ORANG ASLI SENOI PRAAQ DIGELAR SEBAGAI "THE SILENT KILLER" OLEH CIA


Nama Senoi Praaq mungkin kedengaran asing bagi segelintir rakyat Malaysia terutamanya golongan muda pada hari ini. Ia sebenarnya adalah salah satu unit dalam Pasukan Gerakan Am (salah satu cawangan PDRM) yang pernah memberikan sumbangan besar terutamanya ketika era darurat di mana negara berhadapan dengan ancaman komunis.


Unit Senoi Praaq ini terdiri daripada Orang Asli yang terdiri dari suku Temiar, Semelai, Temuan dan Semai. Dalam bahasa Semai, Senoi bermaksud 'orang' manakala Praaq pula bermaksud 'perang'. Unit Senoi Praaq ini bertanggungjawab menentang Komunis di hutan belantara di Selangor, Pahang, Kelantan dan Perak.


Seorang Pegawai Pentadbir British di Malaya, R.O.D Noone telah mengilhamkan penubuhan unit ini kerana kehebatan ilmu perhutanan yang dimiliki oleh Orang Asli. General Gerald Templer yang mengetuai pasukan penentang gerila di Malaya telah meluluskan penubuhan pasukan itu.


Noone yang merupakan lulusan antropologi (kajian kemanusiaan) dari Universiti Cambridge dan juga merupakan seorang Mejar dalam tentera British. Dia pernah membuat kajian mengenai penduduk Malaya sebelum meletus Perang Dunia Kedua.


Pada mulanya, unit Senoi Praaq ini hanya terdiri daripada 10 Orang Asli dari suku Temiar yang telah dilatih selama tiga bulan dan diletakkan di bawah D Squadron SAS (Special Air Service) pada tahun 1955. Selepas itu, unit ini diletakkan pula di bawah Jabatan Orang Asli.


Unit Senoi Praaq bertambah dengan rekrutmen bekas anggota pengganas Komunis SEP (Surrendered Enemy Personnel) dan sukarelawan yang terpilih. Mereka ditugaskan untuk kembali ke hutan, sama ada bagi memujuk anggota PKM (Parti Komunis Malaya) untuk menyerah atau membunuh tokoh-tokoh PKM tertentu.


Dilatih dengan ilmu pertempuran gerila, taktik serangan pantas dan kejutan oleh SAS, unit Senoi Praaq terkenal dengan kemahiran bertempur mereka dalam hutan belantara yang tebal.


Menjelang kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, unit Senoi Praaq telah mempunyai kekuatan 2 squadron iaitu Batalion ke-19 PPH (kini dikenali sebagai Batalion ke-3 PGA) di Bidor, Perak dan Batalion ke 20 PPH (kini dikenali sebagai Batalion ke-18 PGA) di Pengkalan Hulu, Perak.


Keberkesanan unit ini terbukti apabila mereka mencapai rekod tertinggi berjaya membunuh pengganas Komunis pada tahun 1958 berbanding pasukan keselamatan lain.


Mereka mempunyai rekod 16:1, di mana bagi setiap 16 pengganas Komunis yang terbunuh, Senoi Praaq hanya mengalami 1 kematian. Dengan reputasi hebat ini, pengganas komunis rela berundur daripada bertempur dengan unit ini.


Apa yang lebih menarik, senjata tradisional Orang Asli seperti lembing dan sumpit menjadi kegemaran mereka. Selain itu mereka juga menggunakan belantik atau jerangkap samar yang diperbuat daripada buluh dan amat membinasakan.


Senjata kegemaram mereka malah digunakan sebagai lambang unit Senoi Praaq ini. Buluh sumpit digunakan sebagai lambang Batalion ke-19 PPH, manakala beliung (alat seperti cangkul kecil) pula digunakan bagi lambang Batalion ke-20 PPH.


Pada tahun 1960, Darurat Pertama telah diisytiharkan tamat dan satu squadron Senoi Praaq telah digerakkan ke selatan Thai untuk memujuk lebih 3,000 Orang Asli yang tinggal di sana sambil memburu Soo Ah Chye, seorang pemimpin gerila PKM yang fasih bahasa Temiar.


Pada tahun 1964, R.O.D Noone bersama sekumpulan kecil anggota Senoi Praaq telah dihantar ke Vietnam atas permintaan Presiden Ngo Dinh Diem. Mereka bertanggungjawab membentuk pasukan Montagnard Scouts dibawah MSP (Mountain Scout Program) kendalian CIA (Central Intelligence Agency) dengan kerjasama BRIAM (British Advisory Mission).


Senoi Praaq mendapat gelaran "The Silent Killer" oleh CIA dan mereka juga pernah digunakan secara rahsia di Laos. Apabila Amerika Syarikat berundur dari Laos, unit Senoi Praaq ditinggalkan begitu sahaja.


Namun, unit elit itu berjaya kembali ke Malaysia sambil bertempur dengan musuh di sepanjang jalan pulang. Ramai juga anggota Senoi Praaq yang terkorban dalam perjalanan balik dan peristiwa itu telah disematkan dalam sebuah buku berjudul Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite.


Pada tahun 1968, Darurat Kedua bermula apabila berlakunya kebangkitan semula pemberontakan bersenjata Komunis di Malaysia. Senoi Praaq telah diserap ke dalam pasukan PDRM dan dikenali sebagai Batalion ke-10 PPH (Pasukan Polis Hutan) di bawah naungan Briged Utara.


Pada tahun sama juga, legenda Senoi Praaq iaitu Apot a/k Saad menyertai unit ini dan kemudiannya diserap ke dalam komando VAT 69. Kerana kepakarannya dalam "jungle tracking", dia dihormati di kalangan tentera Komenwel termasuk pasukan SAS dari New Zealand dan Australia.


Apot diberi gelaran "Big Nose" kerana kehandalannya menjejaki pergerakan dan penempatan pengganas Komunis dalam hutan belantara dan kini dianugerahkan dengan pangkat Sarjan Mejar.


Kehebatan kaum Orang Asli yang diberi jolokan Silent Killer ini berjaya mendapat perhatian istimewa daripada kerajaan khususnya pihak polis. Mana-mana kaum Senoi yang memohon masuk PDRM tidak perlu menjalani latihan asas selama sembilan bulan di PULAPOL. Mereka sebaliknya akan terus diserapkan ke dalam unit Senoi Praaq.


FB Styloreng_Shoppe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hanifidrus.com/2019/04/silent-killer-si-orang-asli-senoi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Will Deliver On Orang Asli Development Says Waytha

Pakatan Will Deliver On Orang Asli Development Says Waytha

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 371 hits
Pakatan Harapan has no intention of backing out of promises made to the Orang Asli community said Minister in the Prime Minister s Department P Waythamoorthy He repeated the government s commitment to realising the promise made to the Orang...
Ya Allah Dari Mana Datang Banyak Nya Gajah Ini Kampung Orang Asli Didatangi Gajah

Ya Allah Dari Mana Datang Banyak Nya Gajah Ini Kampung Orang Asli Didatangi Gajah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 776 hits
BIMBANG di4ncam kumpulan gajah liar penduduk Kampung Orang Asli Sungai Peroh di Kluang terpaksa duduk diatas dahan hampir empat jam bagi menyembunyikan diri Situasi panik itu dilalui Azar Eja 35 bagi mengelak bertembung dengan kira kira 50 ...
Rasa Klasik Dan Asli Masakan Melayu Untuk Iftar Ramadan Di The Everly Putrajaya

Rasa Klasik Dan Asli Masakan Melayu Untuk Iftar Ramadan Di The Everly Putrajaya

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 532 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Dalam memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan pihak The Everly Putrajaya juga memberikan anda satu lagi pilihan untuk berbuka puasa Kali ni hotel m...
Rendang Asli Dari Johor

Rendang Asli Dari Johor

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 208 hits
RENDANG ASLI DARI JOHORBahan bahan untuk dikisar
720 Orang Asli Dapat Air Paip

720 Orang Asli Dapat Air Paip

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 327 hits
Mohd Rafi MamatSERAMAI 720 penduduk tiga perkampungan Orang Asli menerima seunit sistem kemudahan bekalan air paip dibawah Projek Pembinaan Sistem Bekalan Air Tanah Ringkas di Cameron Highlands Tiga kampung yang menerima kemudahan itu ialah...
Pas Questions Ag S Role In Orang Asli Suit Against Kelantan State Gov T

Pas Questions Ag S Role In Orang Asli Suit Against Kelantan State Gov T

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 267 hits
Kelantan PAS has questioned the need for the attorney general to represent Orang Asli who are suing the state government over land rights PAS secretary general Takiyuddin Hassan posed this at a press conference at the Parliament lobby after...
Menteri Tak Jawab Soalan Berhubung Saman Orang Asli Kata Pas

Menteri Tak Jawab Soalan Berhubung Saman Orang Asli Kata Pas

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 400 hits
Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR Takiyuddin Hassan membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong kerana tidak tidak mendapat pertanyaannya berkenaan kewajaran Peguam Negara Tommy Thomas mewakili sekumpulan Orang Asli dalam tindak...
Merry Bongkar Sifat Asli Raffi Ahmad

Merry Bongkar Sifat Asli Raffi Ahmad

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 245 hits
Merry pun bahkan hafal betul dengan sifat bosnya itu Apalagi dirinya sudah 13 tahun bekerja dengan Raffi Ahmad
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Percutian Ke Batam Indonesia

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Kambing Sesuai Atau Tidak Untuk Gerd Batu Hempedu

Say Hello To Do Drama Malaysia S First Vertical Short Drama App

Makan Nasi Beriani Buluh Ayam Masak Merah Kat Restoran Nasi Beriani Buluh

Lancarkan Semua Yang Sedang Aku Usahakan Tuhan Aku Hidup Bukan Untuk Diriku Sendiri

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc