Silap Bila Ukas Ikut Sentimen Politik
Fahmi Elias
Ada terbaca posting yg kata Azhar Idrus tu bodo dan bagai terkait isu yg hangat diperbincangkan.
Azhar Idrus tu alim @ berilmu mungkin beliau juga seorang huffaz dan antara luas ilmu dalam bidang fiqh kehidupan
Kena akui itu. Yang dipersoalkan dalam kupasan beliau itu adalah NIAT beliau apabila memberi jawapan pada persoalan yang dibangkitkan oleh asatizah.
Naratif yang cuba beliau mainkan dan tanam dalam minda pendengar atau pengkagum beliau . Samada jawapan itu tepat ataupun berniat jahat.
Disini lah perlu ada kebijakan asatizah untuk menilai secara ilmiah bukan telan bulat bulat tanpa ada proses penilaian.
Jawapan beliau bersifat politik dan jelas berniat jahat.
Abdul Rahman Ibnu Muljam pun hebat orangnya. Alim luas ilmu agamanya. 30 juzuk dalam dada malah kelihatan terlebih alim dari Saidina Ali sendiri. Sentiasa berada disaf pertama dalam solat dan dibelakang imam.
Azhar Idrus tak lah sebaris dengan Abdul Rahman Muljam jika dibandingkan dalam ilmu
agama. Namun objektif mereka sama dalam melahirkan qutlah qutlah dan perpecahan dalam saf umat itu sendiri.
Apa yang dicetuskan oleh Abdul Rahman Muljam dizaman itu akan berterusan sampai akhir zaman.
Inilah bahaya yang sedang pecah belahkan kesatuan umat dengan menyemai kebencian dan mencambahkan pemikiran khawarij kepada masyarakat.
Alhamdulillah tarbiyah yang diperolehi semasa mula berjinak dengan jemaah Islam 40 tahun dulu adalah terkait isu MENOLAK sebarang bentuk ketaksuban wala membabi buta kepada sesiapa saja selain dari Muhammad SAW.
Iqra.. wahyu pertama yang sangat sangat signifikan dan terpenting dalam membentuk pola fikir dan kefahaman tentang setiap isu.
Jauhi kejumudan,ketaksuban dan keakuan diri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/12/silap-bila-ukas-ikut-sentimen-politik.html