Silap Berhenti Di Lampu Isyarat Saman Menanti
Tangkap layar video tular menunjukkan pengguna jalan raya disaman polis trafik kerana berhenti di ruangan salah di persimpangan lampu isyarat.
klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)
Silap berhenti di lampu isyarat, saman menanti
Hati-hati ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di sekitar bandaraya ini, kerana anda mungkin disaman disebabkan berhenti pada 'ruangan' yang salah.
Ia susulan satu video yang tular di media sosial memaparkan penunggang motosikal serta pemandu kereta di kawasan persimpangan lampu isyarat yang tidak diketahui lokasinya, dikenakan saman oleh beberapa anggota polis trafik.
Melalui kapsyen tertera, pengguna jalan raya diingatkan bahawa ruangan petak merah pada persimpangan lampu isyarat hanya dikhususkan untuk penunggang motosikal.
Sekiranya ada kenderaan lain berhenti pada ruangan itu, maka tindakan saman akan dikenakan.
Datuk Shuhaily Mohd Zain
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan pihaknya sedang menggerakkan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya untuk mengesan pengguna jalan raya di sekitar bandar raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.
KUALA LUMPUR: Hati-hati ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di sekitar bandaraya ini, kerana anda mungkin disaman disebabkan berhenti pada 'ruangan' yang salah. pic.twitter.com/xkJmlj8ia9
— Berita Harian (@bharianmy) July 7, 2023
Fokus utama Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya adalah Op Lampu Merah iaitu bagi mengesan pengguna jalan raya yang berhenti melebihi garisan putih atau berhenti pada lintasan pejalan kaki, lintasan zebra, kotak atau petak kuning.
Polis Kuala Lumpur juga mengadakan Op Halangan iaitu bagi mengesan pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalu lintas.
Shuhaily berkata, objektif utama operasi adalah untuk mendidik masyarakat supaya sentiasa patuh kepada undang-undang jalan raya terutama warga Kuala Lumpur.
Menerusi video yang tular itu, jelas dapat dilihat pemandu kereta disaman anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, kerana berhenti di atas kotak merah yang dikhususkan untuk penunggang motosikal, selain berhenti melebihi garisan putih ditetapkan untuk pemandu kenderaan di lampu isyarat.
Ada juga penunggang motosikal disaman kerana berada di luar kotak merah yang dikhususkan untuk mereka.
SOURCE:
Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://geartop.blogspot.com/2023/07/silap-berhenti-di-lampu-isyarat-saman.html