Sikap Tikam Belakang Bersatu Masalah Untuk Umno Kata Puad


 
Puad Zarkashi berkata, Umno tidak bermain ‘politicking’ dan lebih bimbang dengan sikap ‘tikam belakang’ Bersatu. (Gambar Bernama)BATU PAHAT: Sikap ‘tikam belakang’ Bersatu adalah yang paling dibimbangi berbanding daripada prestasi Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, tegas Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, ini kerana Umno sememangnya parti yang memperjuangkan rakyat dan tidak akan “berpoliticking” (permainan politik) dalam kerajaan.
“Saya tidak risau tentang keupayaan Ismail sebagai Perdana Menteri. Yang kita risau lebih pada ‘game plan’ yang dimainkan parti-parti seperti Bersatu terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Umno.
“Kita tak ada ‘politicking’. Yang kita bimbang Bersatu yang tikam dari belakang seperti berlaku di Sabah,” katanya ketika ditemui FMT di kediamannya di Rengit.
Puad berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau risau tentang sentimen pengundi terhadap Umno apabila pimpinan Ismail dilihat lebih kurang sama dengan kerajaan Muhyiddin Yassin seperti dalam isu keluhan rakyat berkait pengurusan banjir, ekonomi, wabak Covid-19 dan bantuan kerajaan.
Beliau menambah bahawa sikap dan “tembelang” Bersatu lebih terserlah selepas Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Katanya, Bersatu semakin “sombong” dan beliau bimbang dengan keikhlasan parti itu dalam kerajaan yang dipimpin Umno masa ini.
“Tembelang Bersatu lebih nyata selepas tidak bekerjasama dalam PRN Melaka termasuk di Johor (masa ini), mereka jadi lebih ‘arrogant’ (sombong). Saya lebih risau keikhlasan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Puad menolak tanggapan bahawa Bersatu dianggap lebih kuat di Johor berikutan Presidennya, Muhyiddin Yassin juga berasal dari Johor dan pernah menjadi Menteri Besar di negeri itu.
Beliau berkata, jika Bersatu kuat di Johor, mengapa Muhyiddin tidak berani bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, malah beliau berasa sangat yakin jika bertanding di Gambir, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan kalah.
Puad menambah disebabkan itu Muhyiddin menolak PRN Johor kerana mengetahui kedudukannya dalam negara semakin teruk dan lemah.
“Semua orang tahu Bersatu parti yang bergantung kepada orang yang melompat parti, tidak ada akar umbi. Kita tengok pilihan raya ini, di Rengit ini, dia terpaksa upah orang sebab tidak ada jentera dan akar umbi.
“Sebab dia ingat kekal dalam kerajaan, nak guna kekuatan kerajaan untuk ‘survive’ dalam politik,” katanya.
Beliau menjangkakan Bersatu akan kehilangan banyak kerusi di Johor.
Puad juga berkata, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang untuk menang dua pertiga kerusi di Johor kerana mempunyai akar umbi yang kuat dan tidak lari daripada parti selain menambah tidak ada masalah atau timbul soal ‘dua darjat’ untuk beliau bertanding di DUN pada PRN Johor kali ini.
Katanya, walaupun soalan mengapa beliau bertanding di DUN kali ini sangat popular, tetapi baginya yang penting boleh menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab, amanah, membela rakyat dan berani bersuara.
“Pertama saya diamanahkan parti. Saya ikut keputusan parti. Kedua pada saya tidak ada beza saya bertanding di Parlimen atau DUN,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/sikap-tikam-belakang-bersatu-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Push The Button Umno S Puad Urges Bersatu Ministers To Resign

Push The Button Umno S Puad Urges Bersatu Ministers To Resign

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 180 hits
Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin and its members currently in cabinet have been urged to resign from their posts following their disastrous outing at the Johor polls Taking to Facebook today Umno Supreme Council member Datuk Mohd ...
Bekas Wakil Rakyat Bersatu Rosleli Jahari Umum Keluar Parti Kembali Menyertai Umno

Bekas Wakil Rakyat Bersatu Rosleli Jahari Umum Keluar Parti Kembali Menyertai Umno

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 650 hits
JOHOR BAHRU Bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Dewan Undangan Negeri Johor Lama Rosleli Jahari mengumumkan keluar parti itu dan mahu menyertai semula UMNO Pengumuman Rosleli dimuat naik di akaun Facebook rasmi bekas Perdan...
Beza Pandangan Tapi Pas Tak Pernah Tutup Ruang Kerjasama Dengan Umno Kata Hadi

Beza Pandangan Tapi Pas Tak Pernah Tutup Ruang Kerjasama Dengan Umno Kata Hadi

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 237 hits
Abdul Hadi Awang berharap kerjasama PAS dan Umno berpanjangan sehingga pilihan raya umum PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya tidak pernah menutup ruang kerjasama dengan Umno walaupun terdapat perbezaan pandangan ant...
Tiada Masalah Parti Baharu Anthony Sertai Grs Kata Kitingan

Tiada Masalah Parti Baharu Anthony Sertai Grs Kata Kitingan

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 261 hits
Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata parti baharu Peter Anthony boleh menjadi platform bagi perpaduan politik terutama dalam kalangan komuniti Kadazan Dusun Murut KOTA KINABALU Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Jeffrey Kitingan tid...
Muhyiddin Menteri Bersatu Patut Letak Jawatan Jika Bermaruah Puad

Muhyiddin Menteri Bersatu Patut Letak Jawatan Jika Bermaruah Puad

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 14 2022 9 07 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa Bersatu dan presidennya Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan daripada kerajaan berikutan prestasi buruknya dalam pilihan raya n...
Puad Zarkashi Ada Kem Dalam Umno Tapi Saya Bukan Penjilat Najib

Puad Zarkashi Ada Kem Dalam Umno Tapi Saya Bukan Penjilat Najib

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 202 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menolak dakwaan dirinya ialah penjilat atau hulubalang bekas Perdana Menteri Najib Razak kerana beliau berhujah berdasarkan fakta Saya melihat kepada hujah dan fakta ...
Prn Johor Muda Bertanding Kerusi Dimenangi Umno Bersatu

Prn Johor Muda Bertanding Kerusi Dimenangi Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 253 hits
Parti Ikatan Demokratik Malaysia menyatakan pendirian tidak akan bertanding di kerusi dimenangi Parti Keadilan Rakyat Sebaliknya hanya meletakkan calon di kerusi tradisi Barisan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Meskipun rundingan agihan k...
Kenapa Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

Kenapa Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 346 hits
Dari segi percaturan politik jika PAS damping umno mereka akan jadi lebih kuat mudah menang PRU dan PEMBAHAGIAN jawatan dan kuasa lebih banyak Ada kemungkinan PAS akan bersama umno di PRU selepas kalah teruk di PRN ITU sebab serangan PAS ke...
Rakan Rakan Sering Kata Muka Sama Sejak Dulu Tangmo Nida Versi Berhijab Terkesan Kisah Kem4tian Aktres Thailand

Rakan Rakan Sering Kata Muka Sama Sejak Dulu Tangmo Nida Versi Berhijab Terkesan Kisah Kem4tian Aktres Thailand

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 229 hits
KES kem4tian aktres Tangmo Nida masih hangat diperkatakan dalam kalangan netizen Berbagai spekulasi dan teori dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mengesyaki kemal4ngan ini adalah dirancang Ketika kisahnya menjadi perhatian muncul seorang w...
Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

May 17 2025

Janji Dengan Cikgu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Need And Want

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang