Sikap Tanggungjawab Masyarakat Elak Banjir Kilat Jadi Buruk



KUANTAN - Sikap dan rasa tanggungjawab masyarakat dalam menjaga kebersihan dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan berlaku termasuk banjir kilat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata selain kurang aspek penyelenggaraan terhadap sistem perparitan dan saliran, banjir kilat boleh berlaku akibat sikap segelintir masyarakat tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan parit dan sistem saliran menjadi tempat pengumpulan sampah hingga tersumbat.

"Kita diberitahu bahawa infrastruktur (perparitan dan saliran) adalah baik walaupun ada aspek penyelenggaraan yang perlu diperbaiki selain amalan menjaga kebersihan perlu dijadikan budaya dan diterapkan sebagai tanggungjawab bersama dalam masyarakat.

"Kita sudah hadapi perkara ini (banjir kilat) untuk tempoh yang lama namun untuk mengubah sikap masyarakat supaya mereka juga ada rasa tanggungjawab itu mengambil masa yang panjang," katanya pada sidang media selepas meninjau persediaan menghadapi Monsun Timur Laut Pahang 2019/2020 di Depoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kompleks Penyayang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang juga Anggota Parlimen Kuantan, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Zakaria Shaaban dan Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainol Abidin.

Dr Wan Azizah berkata mentaliti segelintir masyarakat yang beranggapan 'tidak mengapa' juga menyebabkan mereka kurang mengambil berat akan keperluan menjaga kebersihan kerana berasakan kejadian banjir kilat tidak akan berlaku terhadap mereka.

Sikap bertanggungjawab itu juga menurut Dr Wan Azizah, perlu dipraktikkan oleh mereka yang menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) banjir kerana melibatkan penggunaan kemudahan secara berkongsi termasuk tandas.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi banjir di Pahang, Dr Wan Azizah berkata beliau berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat bagi berdepan bencana banjir ekoran Monsun Timur Laut yang telah bermula 24 Okt lalu dan diramal sehingga Mac depan.

"Terdapat 429 kawasan berisiko banjir yang dikenalpasti di Pahang dan setakat ini, kekuatan anggota bagi berdepan bencana ini ialah seramai 7,174 orang daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Sebanyak 171 bot pelbagai jenis dan 421 kenderaan pelbagai guna siap untuk digerakkan apabila banjir berlaku selain 245 lokasi pendaratan helikopter telah dikenalpasti untuk tujuan penghantaran bantuan," katanya.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan Persekutuan juga telah memberi peruntukan sebanyak RM1 juta bagi pembelian barangan keperluan asas dan RM3 juta untuk makanan kering kepada mangsa banjir yang akan ditempatkan di 662 PPS yang sudah dikenalpasti di seluruh Pahang.

Di Pahang, sebanyak 429 kawasan dikategorikan sebagai berisiko tinggi banjir dengan sebahagian besar bantuan barangan keperluan asas telah dihantar ke pangkalan hadapan bagi membolehkan proses pengagihan kepada mangsa banjir dilakukan segera, katanya.

"Stok keperluan setakat ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan mangsa banjir termasuk bantuan segera yang dilihat cukup untuk tempoh antara tiga ke lima hari jika mangsa dipindahkan ke PPS sementara menanti bantuan seterusnya," katanya.

Sebagai contoh, Dr Wan Azizah merujuk kepada Depoh JKM di sini, yang siap dibina pada 14 Sept 2018 dengan peruntukan RM3,7 juta telah sedia dilengkapi dengan stok selimut, tuala, susu tepung bayi, air minuman, makanan kering dan kit bencana. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/10/sikap-tanggungjawab-masyarakat-elak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Kilat Landa Pulau Pinang

Banjir Kilat Landa Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 302 hits
GEORGETOWN Hujan lebat sejak jam 8 malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang kini dilanda banjir kilat Difahamkan ia turut diburukkan lagi dengan kejadian air pasang setinggi 2 2 meter direkodkan pada jam 9 57 malam tadi yang ...
Musibah Kecelakaan Banjir Kilat

Musibah Kecelakaan Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 249 hits
Kecelakaan di jalan raya bukan sahaja melibatkan kemalangan Musibah lain juga boleh berlaku yang tidak diduga duga Banjir kilat antara yang sukar diduga Biarpun hujan yang turun diketahui tetapi tidak dijangkakan akan berlaku dengan cepat b...
Banjir Kilat Di Kerian 112 Penduduk Terjejas

Banjir Kilat Di Kerian 112 Penduduk Terjejas

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 334 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Banjir Pulau Pinang Jika Hujan Lebat Boleh Banjir Kilat

Banjir Pulau Pinang Jika Hujan Lebat Boleh Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 475 hits
Banjir Pulau Pinang menyebabkan beberapa jalan ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air sehingga kira kira 0 5 meter BUKIT MERTAJAM 27 Okt Hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa tempat di Pulau Pinang petang ini menye...
Bahaya Kilat Cara Elak Dari Menjadi Mangsa Panahan Petir

Bahaya Kilat Cara Elak Dari Menjadi Mangsa Panahan Petir

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 956 hits
Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa 1 HENTIKAN semua aktiviti lu...
Elak Tunjuk Sifat Baran Melampau Depan Anak Cepat Cepat Istighfar Anak Warisi Sikap Ibu Bapa

Elak Tunjuk Sifat Baran Melampau Depan Anak Cepat Cepat Istighfar Anak Warisi Sikap Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 423 hits
Umur antara 2 hingga 6 tahun adalah waktu yang sangat penting untuk membentuk sikap anak Ketika ini ibu bapa perlu beri perhatian dan elakkan perkataan Nanti Alasanya sebab anak masih kecil tapi sebenarnya ini lah kesilapan terbesar Persoal...
Nibongtebal Banjir Kilat Di Pulau Pinang Persiapan Deepavali Musnah

Nibongtebal Banjir Kilat Di Pulau Pinang Persiapan Deepavali Musnah

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 359 hits
J Premlatha 47 bersama ibu P Kaliamma 77 serta anaknya G Haarshinee 14 dan G Saranya membuat persiapan Deepavali walaupun dalam keadaan rumah mereka di Kampung Sethu hari ini dilanda banjir berikutan hujan Persiapan dan kuih raya untuk meny...
Peristiwa Buruk Menjadi Rahmat Rupanya

Peristiwa Buruk Menjadi Rahmat Rupanya

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 466 hits
Bersembang lepas solat subuh masing masing bercerita kisah tak sangka Sahabat saya yg pertama bercerita dia kemalangan dalam perjalanan nak pergi makan kenduri di Tanjong Dawai Kereta terbabas masuk ke parit kerana mengelak lembu yg melinta...
Banjir Di Johor Makin Pulih Hanya Satu Pps Beroperasi

Banjir Di Johor Makin Pulih Hanya Satu Pps Beroperasi

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 345 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket