Sikap Sabar Memberi Kemanisan Hidup



Individu yang beriman kepada Allah dan Rasul sentiasa sabar menghadapi apa juga bentuk konflik sama ada rumah tangga, kerjaya mahupun apabila difitnah. Allah juga bertegas bahawa sifat sabar adalah perisai paling penting untuk setiap makhluk menghadapi ujian yang diberikan demi mengukur keimanan.

Sabar bermaksud hati yang teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Kerap kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah, banyak kali pula kita yang meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam kehidupan.

Menurut Dr Mohd Yusuf Al Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran. Menurut beliau kalimah sabar ini sering kali disebut di dalam kitab suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah yang mengajar manusia mengenai iman malah juga surah yang menerangkan cara hidup mukmin.

Berbahagialah mereka yang mendapat kemanisan ibadah dengan rukuk, sujud, bersedekah, berzikir dan membaca al-Quran.

Hadis Qudsi menyebut bahawa: "Wahai hamba-Ku, sesungguhnya itulah amalan kamu yang akan Aku hitung dan akan Aku memberi ganjaran untuknya. Sesiapa yang mendapat kebaikan daripadanya, hendaklah dia memuji syukur kepada-Ku. Jika sebaliknya, janganlah dia menyalahkan orang lain selain dirinya sendiri". (Riwayat Muslim dari Abu Zarr).

Mereka yang hanya mementingkan dunia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kehidupan dunia. Sebalik mereka yang mengharapkan akhirat tidak akan dilalaikan dengan kehidupan dunia. 

Baginda SAW pernah berkata kepada Syaddad bin Aus bermaksud: "Wahai Syaddad, jika kamu melihat manusia berlumba-lumba mengumpulkan emas dan perak, maka pada ketika itu, janganlah kamu lupa menyebut, Ya Allah, aku memohon agar ditetapkan dalam ketaatan, bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran. Aku memohon rahmat dan keampunan daripada-Mu, sentiasa bersyukur terhadap nikmat-Mu serta kesempurnaan ibadah terhadap-Mu. Aku memohon kesejahteraan hati, kebenaran lidah yang tidak bertulang, aku memohon kebaikan dan berlindung daripada sebarang keburukan yang Engkau lebih mengetahui kerana Engkau adalah Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib'. (Riwayat Ahmad dan Tabrani).

Sesungguh ibadah kepada Allah itu hendaklah dilakukan sepanjang masa dan bukan bermusim-musim. Ibadah yang dilakukan secara berteusan dirasakan sesuatu yang manis dan menyegarkan minda dan fizikal.

Saidatina Aisyah pernah ditanya bagaimana keadaan Baginda SAW. Adakah Baginda mengkhususkan suatu hari untuk beribadah atau bagaimana? Maka jawab Aisyah: "Tidak, Baginda SAW tidak pernah menjadikan ibadah sebagai bermusim, malah Baginda SAW sentiasa dalam keadaan beribadah. Adakah kamu mampu berbuat demikian?" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat.” (Surah Al-Muminin, ayat 109)

Friman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 8 yang bermaksud: “Wahai tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).”

Antara perkara yang perlu dilakukan dalam rangka menyempurna kehidupan sepertimana disyariatkan ialah mengeratkan silaturahim.  

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun juga dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri". (Surah an-Nisa', ayat 36).

Baginda SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain bagaikan satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain". (Riwayat Bukhari).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2020/03/dez.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Tahu Berapa Lama Akan Hidup Risau Nasib Isteri Anak Alif Satar Buat Wasiat

Tak Tahu Berapa Lama Akan Hidup Risau Nasib Isteri Anak Alif Satar Buat Wasiat

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 592 hits
Kematian tak mengenal usia Tak semestinya orang yang sakit akan pergi dulu Jika sampai masa kita dalam keadaan sihat pun Allah boleh ambil jika dah ditakdirkan Nya Jadi jangan terperdaya dengan usia muda kematian boleh datang pada bila bila...
121 Residences Koleksi Gaya Hidup Yang Diilhamkan Oleh Community

121 Residences Koleksi Gaya Hidup Yang Diilhamkan Oleh Community

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 308 hits
Miliki rumah idaman tentu saja menjadi impian setiap insan Yela dah penat penat cari duit dan kumpul harta semestinya rumah adalah salah satu aset yang mampu menjanjikan pulangan pelaburan yang menguntungkan Bagitahu i siapa dekat sini beli...
Viral Pria Tajir Hidup Dengan 4 Istri Dan 16 Selingkuhan Di Rumah 8 Lantai

Viral Pria Tajir Hidup Dengan 4 Istri Dan 16 Selingkuhan Di Rumah 8 Lantai

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 289 hits
Seorang pengusaha tajir asal Taiwan menjadi viral karena pengakuannya tinggal di rumah delapan lantai bersama empat istri dan 16 selingkuhan Bagaimana kisahnya Hu Hang feng demikian nama pengusaha Taiwan super tajir yang poligami hingga mem...
Muhyiddin Mahu Fokus Isu Sara Hidup Pendidikan Kesihatan

Muhyiddin Mahu Fokus Isu Sara Hidup Pendidikan Kesihatan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 345 hits
MALAYSIAKINI Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berikrar menjadikan isu kos sara hidup penjagaan kesihatan dan pendidikan rakyat antara keutamaan beliau sebagai ketua kerajaan Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian memb...
Saya Tau Dia Masih Hidup Gadis Ini Minta Bantuan Netizen Cari Ibu Kandung Tak Pernah Jumpa Sejak Lahir

Saya Tau Dia Masih Hidup Gadis Ini Minta Bantuan Netizen Cari Ibu Kandung Tak Pernah Jumpa Sejak Lahir

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 223 hits
Boleh bayangkan perasaan anak anak yang ditinggal oleh ibu dan bapa sejak kecil Pastinya mereka kekurangan kasih sayang seperti orang lain Namun orang seperti ini mempunyai kekuatan yang sangat tinggi serta hidup mereka lebih berdikari Seor...
Dah Biasa Susah Dia Tak Kisah Susah Perjuangkan Nasib Hidup Orang Susah Abd Muein

Dah Biasa Susah Dia Tak Kisah Susah Perjuangkan Nasib Hidup Orang Susah Abd Muein

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 344 hits
Terima kasih Tuan Guru Daulat Tuanku ORANG yang dah biasa susah dia tak kisah susah Apatah lagi jika ditakdirkan Allah untuk memperjuangkan nasib hidup orang susah yang lain dia mestilah akan buat bersungguh sungguh Bukan demi jawatan bukan...
Gaji Percuma Seumur Hidup Rm3000

Gaji Percuma Seumur Hidup Rm3000

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 1346 hits
Siapa tak mahu gaji seumur hidup RM3000 yang dibayar selama 35 tahun maksimum atau sebelumnya Tau kan apa maksud sebelumnya hahahaha Nestle ada buat pertandingan dengan hanya membeli barangan Nestle RM15 maka anda layak untuk sertai pertand...
5 Tanda Pekerjaan Anda Bikin Hidup Makin Sengsara

5 Tanda Pekerjaan Anda Bikin Hidup Makin Sengsara

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 200 hits
Setiap pekerjaan pasti memiliki pasang surut Semua orang bahkan pernah mengalami hari hari buruk di tempat kerja saat Anda temui jenuh mungkin itu wajar Anda bisa atasi dengan berlibur
Pria Hindu Selamatkan Nyawa 6 Muslim Saat Dibakar Hidup Hidup Di India

Pria Hindu Selamatkan Nyawa 6 Muslim Saat Dibakar Hidup Hidup Di India

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 361 hits
Ternyata tak semua warga India yang membenci Umat Islam dan membiarkan mereka dibantai habis habisan dalam peristiwa kerusuhan berdarah di New Delhi sepekan terakhir ini Salah satunya ialah pria Hindu bernama Premkant Baghel Baghel rela men...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang