Kemalangan di MEX kembali membuka diari?Telah lama Tedi menyepi, bukannya tiada cerita, tapi tiada cerita yang boleh memaksa diri menaip dalam interpretZZ, hehe.Tiba-tiba sahaja muncul dengan masalah pada kereta Proton SAGA BLM kami, itupun dek kerana kemalangan.Kereta itu bagi kami sesuai dengan usianya menjangkau 6 tahun tiadalah masalah kecuali kena tukar barang dan ada bunyi sikit pada enjin. Tapi kali ini terpaksa dibaiki akibat kemalangan, bukannya rosak saja-saja.Kemalangan berlaku pada senja 5 Oktober 2015, dalam keadaan trafik sesak di Lebuhraya MEX meghala Putrajaya, tiba-tiba sahaja sebuah Toyota VIOS hitam menghentam sisi kiri kereta kami sebelum menghentam sisi kanan sebuah Volkswagen POLO. Sebenarnya tampak ia menyelit di celah-celah kami.Kereta kami calar dan remuk sedikit di sisi kanan dari belakang ke depan dan cermin sisi kami patah.Kos perjalanan menaiki ERL yang menekan jiwa...Tiada kereta memaksa kami menggunakan perkhidmatan tren.Pada mulanya kami menggunakan perkhidmatan ERL dari Putrajaya dengan tambang sembilan ringgit lebih sehala dan sewa letak kereta RM 2 (dua ringgit) sehari.Kemudian kami gunakan ERL dari Salak Tinggi dengan tambang dua belas ringgit lebih sehala dan sewa letak kereta RM 2 sehari.Kedua-duanya memakan belanja yang tinggi lebih kurang dua puluh empat ringgit dan tiga puluh ringgit sehari!Kemudian kami gunakan perkhidmatan Komuter dari stesen KTMB Batang Benar dengan tambang RM 4.70 (empat ringgit dan tujuh puluh sen) sehala dan tiada sewa letak kereta digunakan, cuma kami terpaksa berdiri dalam tren untuk sejam kerana ramai manusia menaikinya.Untuk sampai ke destinasi, kami sambung perjalanan menggunakan LRT Putra dengan tambang RM 1.60 sehala.Kalau guna ERL, harapan untuk kami sampai ke destinasi pada masanya adalah okay, manakala jika naik komuter, selalunya merah, jadi kena keluar rumah seawal jam 6.30 pagi.Kenaikan kadar tol.Sebaik sahaja kereta kami siap dibaiki, kami dikejutkan dengan satu berita kurang enak, iaitu kadar tol laluan kami dinaikkan sebanyak RM 1 (seringgit sahaja) dan RM 0.70 (tujuh puluh sen sahaja) sehala. Peningkatan sebanyak RM 1.30 sehala!Pengumuman ini dibuat oleh konsesi tol masing-masing dan juga radio, boleh dikatakan kerajaan hanya membisu sesuai dengan janji mereka untuk menurunkan kadar tol di Malaysia secara berperingkat-peringkat.Mungkin juga mereka meniru sikap peniaga Malaysia yang akan naikkan harga barang sebelum diberi potongan harga.Semua ada hikmahnyaKejadian yang berlaku dalam 2 minggu ini meninggalkan Tedi dengan satu pertanyaan, "Mungkinkah Allah menurunkan ujian kemalangan kereta ini untuk mengajar kami menggunakan pengangkutan lain? dan juga mengajar kami cara berhadapan dengan kemalangan?"Kerana Tedi sebelum ini selalu berfikir, bilakah kami akan kemalangan? kerana Tedi berpendapat semua kereta akan kemalangan, cuma kecil atau besar sahaja, moga dijauhkan.Bermegahlah dengan kenderaan kita yang sebesar mana pun, satu hari ia akan rosak atau kemalangan jua....~20151016 20151005~|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |