Sifat Reda Lapang Hati



Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka serta berkata, "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya, dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah. (Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." (Surah at-Taubah ayat 59)


Sheikh Al-Maraghy ketika menafsirkan ayat itu membuat rumusan Mukmin wajib reda dan berasa puas terhadap usaha mereka dan segala yang diperolehnya dengan cara benar seperti sedekah dengan menghadapkan hati kepada Allah SWT. Hendaklah dia berharap hanya kepada Tuhan sahaja untuk memperoleh keinginannya yang berada di luar usaha dan hak syarie.


Dr Yusuf Qaradawi menyatakan seorang Islam harus reda terhadap diri sendiri dan Tuhannya, alam dan hidup, takdir serta rezeki yang dikurniakan Allah SWT.



Reda secara umumnya, sifat lapang hati ketika menerima ketentuan Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-Nya sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.


Dalam al-Quran disebut tidak kurang 70 kali perkataan mengandungi maksud reda. Pada umumnya, ia berkait dengan masalah iman, amal soleh, kebajikan dan nilai utama yang lainnya. Malah sumber reda itu ialah iman sehingga semakin kuat dan tebal iman seseorang, semakin mantap reda bersemi dalam jiwanya.


Dalam kehidupan Muslim, sikap reda adalah tahap terakhir harus diterima setelah terlebih dahulu berusaha dengan segala kemampuan. Kalau seseorang menghadapi masalah yang perlu memilih antara dua alternatif yang sama kuat, hendaklah dia berhubungan dengan Allah SWT dengan melakukan solat istikharah supaya dicondongkan hatinya memilih yang lebih baik.


Kalau pilihan atau keputusan itu sudah ada, meskipun buruk dan tidak sesuai dengan harapan, dia tetap menerima ketentuan dengan sikap reda.


Apa kita rancangkan kadang-kadang tidak berjalan seperti kita harapkan, lantas kita bertanya kepada diri di manakah silapnya? Namun, apabila kita tidak menemui puncanya kerana kita merasakan perancangan cukup sempurna, sebenarnya kita terlupa ada perancang lebih besar, iaitu Allah.


Ingatlah apabila ditimpa masalah ataupun apa yang diharapkan tidak berjalan seperti diimpikan, jangan mudah mengeluh ataupun bersedih kerana kita tidak tahu apa yang Allah rancangkan dan percayalah kalau kita rasakan masalah itu besar, maka pujuklah hati suatu ketika masalah ini akan hilang dan sinar kebahagiaan akan muncul walaupun tidak mengetahui waktunya.


Di sinilah terletak kebahagiaan Muslim seperti dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Al-Bazar bermaksud: "Kebahagiaan manusia ialah memohon pilihan kepada Tuhannya dan bersikap reda terhadap ketentuan (qada). Tanda daripada kecelakaan manusia ialah meninggalkan usaha istikharah (memohon pilihan) dan tidak reda terhadap ketentuan diterimanya."


Dalam usaha mengharungi kehidupan, kita harus berasa senang menerima ketentuan Allah. Ketentuan itu umumnya disebut takdir pada asasnya membabitkan dua perkara. 
Pertama berupa nikmat yang pasti akan diterima manusia dengan perasaan senang dan dengan penuh kegembiraan serta kedua, bencana yang datang pelbagai bentuk.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/03/fcu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Jalan Di Perak Sebab Ada Lumut Ini Dia Koleksi Nama Tempat Di Malaysia Yang Jadi Ayat Lawak

Hati Hati Jalan Di Perak Sebab Ada Lumut Ini Dia Koleksi Nama Tempat Di Malaysia Yang Jadi Ayat Lawak

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 1410 hits
Trending di media sosial apabila ada yang posting Hati hati jalan di perak sebab ada lumut Inilah specialnya twitter lawak lawak macam ni yang memang sempoi boleh tular sampai ke media sosial lain Jadi jom kita selongkar koleksi ayat lawak ...
Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Rileks Media

Hati Hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 478 hits
SYARAT SUJUD ADA 7 Harus sujud dengan 7 anggota badan Harus dengan dahi yang terbuka Kepala harus ditekan Tidak boleh ada hawa lainnya Tidak boleh sujud diatas sesuatu yang bisa bergerak ketika bergerak untuk sujud Kepalanya harus lebih ren...
Semenyih Isyarat Rajuk Jauh Hati Pengundi Melayu

Semenyih Isyarat Rajuk Jauh Hati Pengundi Melayu

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 552 hits
ARIF ATAN Pengundi Semenyih sudah pun bersuara semalam Pakatan Harapan gagal mempertahankan kerusi N 24 apabila calonnya Muhammad Aiman Zainali mendapat 17 866 undi berbanding calon BN Zakaria Hanafi dengan meraih 19 780 undi Majoriti seban...
5 Kata Kata Galau Untuk Kekasih Yang Menyentuh Hati

5 Kata Kata Galau Untuk Kekasih Yang Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 848 hits
Pastinya kamu pernah mengalami perasaan galau karena keadaan hubungan cinta kamu bersama sang kekasih sedang ada masalah atau tidak baik Untuk membuat hati merasa lebih tenang dan bisa bangkit dari keterpurakan maka bisa diungkapkan melalui...
Menggerakkan Hati

Menggerakkan Hati

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 284 hits
Ibnu Taimiyyah berkata Hal yang menggerakkan hati untuk menuju ALLAH Subnawata ala itu ada tiga 1 Cinta2 Takut3 BerharapYang paling kuat dari ketiganya adalah cinta Cinta itu menjadi tujuan yang dicari demi cinta itu sendiri kerana ia dicar...
Hati Tidak Tenteram Inilah 5 Puncanya Yang Kita Anggap Hal Remeh

Hati Tidak Tenteram Inilah 5 Puncanya Yang Kita Anggap Hal Remeh

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 248 hits
Pernahkan anda merasakan hari anda seolah olah macam tidak kena Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu Semuanya berasa hambar dan tawar Seperti tiada kepuasan dalam hidup Kita juga sel...
Hati Ku Di Robek

Hati Ku Di Robek

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 423 hits
Alhamdulillah semalam kak nad pergi hantar bantal ni Sebenarnya hari ni kak nad rasa hati macam kena robek robek je Kenapa tak pasti la Lepas tu tak tahu nak buat tajuk entry apa Kak nad nak taip sambil kongsi gambar je la Tengah taip tiba ...
Hati Hati Jika Jiran Terlebih Ramah Inilah Padahnya

Hati Hati Jika Jiran Terlebih Ramah Inilah Padahnya

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 800 hits
Hati Hati Jika Jiran Terlebih Ramah Inilah PadahnyaMemang betul kita disarankan untuk saling ziarah menziarahi jiran dan saling bertegur sapa untuk mengeratkan hubungan silaturrahim Malah jika diingat terdapat juga iklan iklan yang disiarka...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan