Sifat 20 Pengenalan Kepada Sifat Sifat Allah Kepentingannya


Sifat 20:  Pengenalan Kepada Sifat-sifat Allah & Kepentingannya
Tak kenal maka tak cinta. Begitulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan usaha untuk mengenali Allah melalui sifat-sifatNya. 
Untuk mencintai Allah dengan lebih mendalam, adalah penting dan WAJIB bagi kita sebagai hambaNya untuk mengenal sifat-sifat-Nya. Sifat-sifat Allah mencerminkan kebesaran, keadilan, dan kasih sayang-Nya terhadap seluruh makhluk-Nya. 
Dalam artikel ini, berikut dikongsikan Sifat 20 Allah, huraian serta kepentingannya. 
BACA JUGA: Doa Nabi Daud – Agar Dicintai Allah
Kewajiban Mengenal Allah SWT – Mufti WP Merujuk laman sesawang Mufti WP, seorang Muslim wajib untuk mengenal Allah. 
Mengenal Allah bahkan menjadi kewajiban pertama yang harus dilakukannya sebelum menjalankan kewajiban Islam lainnya. 
Imam Al-Baihaqi menghimpunkan beberapa ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan perkara ini. 
Antaranya:
Firman Allah SWT:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya: “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah…”
(Surah Muhammad: 19) Firman Allah SWT:
فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ
Maksudnya: “…maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu;”
(Surah Hud: 14) Firman Allah SWT:
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا
Maksudnya: “Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran)…”
(Surah al-Baqarah: 136) Dengan ayat-ayat ini, wajib untuk kita mengenal-Nya, mengiktiraf-Nya dan bersaksi dengan-Nya sebagaimana dinyatakan-Nya.
Sifat 20 Allah Beserta Maksudnya 1. Wujud Sifat wujud merujuk kepada Diri (Zat) Allah yang ada. Zat Allah itu ghaib dan tidak boleh dilihat makhluk hingga ke akhirat. Hanya ahli Syurga sahaja yang akan dapat  melihat Allah dengan mata sendiri. Inilah nikmat terbesar yang dijanjikan Allah untuk hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Zat Allah yang ghaib itu wujud. Dikatakan bahawa sifat nafsiah ini tidak maujud (tidak ada) pada mata iaitu tidak dapat dilihat mata kasar. 
Namum ia maujud (ada) pada akal iaitu akal dapat menerima bahawa Zat Allah itu wujud. Jika Allah tidak wujud ertinya Allah itu bersifat adam (tiada). Ini adalah mustahil pada akal kerana tidak mungkin alam terjadi tanpa ada yang menjadikannya. 
Allah lah yang menjadikan alam semesta. Ia merupakan bukti utuh akan kewujudan Allah SWT sebagai Pencipta segalanya. 
2. Qidam Allah sedia adanya. Allah tidak ada permulaan. Allah tidak dijadikan. Allah tidak dari sesuatu. Sifat qidam menafikan dan menolak bahawa Allah itu ada permulaan (dari tidak ada menjadi ada) atau Allah dijadikan dari sesuatu.
3. Baqa’ Allah adalah kekal. Allah tidak berubah. Allah tidak akan musnah. Sifat baqa’ menafikan dan menolak bahawa Allah itu berubah iaitu dari tiada menjadi ada, atau dari kecil menjadi besar, atau dari muda menjadi tua dan seterusnya. Sifat baqa’ juga menolak Allah ada kesudahannya (musnah). Allah tidak berubah maka Allah akan kekal berterusan tanpa awal tanpa akhir.
4. Mukhlafatuhu lil hawaditsi Allah tidak bersifat baharu. Sifat baharu adalah sifat alam (makhluk). Allah tidak sama dengan makhluk. Maka sifat mukhalafatuhu lil hawadits menafikan dan menolak bahawa Allah bersifat sama dengan makhluk (alam).
5. Qiyamuhu Binafsihi Allah berdiri dengan sendirinya bererti Allah tidak perlu kepada sesuatu. Allah tidak perlu kepada tempat. Allah tidak perlu kepada masa. Segala sesuatu adalah ciptaan Allah. Allah tidak perlu kepada apa yang diciptakanNya. Sifat kiamuhu binafsi menafikan dan menolak bahawa Allah perlu kepada sesuatu.
6. Wahdania Allah itu esa atau tunggal. Tidak ada yang sama seperti Allah. Sifat wahdania menafikan dan menolak bahawa ada yang lain yang sama seperti Allah.
7. Qudrah Qudrah ertinya berkuasa/penguasa. Sifat ini menunjukkan Allah lah yang maha berkuasa. Allah berkuasa mengadakan dan meniadakan tiap-tiap suatu tanpa memerlukan alat dan bahan. Adapun kita hendak membuat suatu memerlukan  bahan, seperti kerusi yang memerlukan kayu, dan lainnya. 
8. Iradah Sifat iradah Allah ertinya Allah berkehendak dan pekehendak. Setiap sesuatu yang ada dan berlaku di dalam alam ini semuanya adalah kehendak dan kemahuan Allah bukan kerana terpaksa, tersalah, lalai dan lainnya. 
9. Ilmu Sifat ilmu Allah bermaksud Allah mengetahui segala-galanya samada yang lepas, yang sedang dan yang akan datang, Dia mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata, tidak ada suatu perkara yang terlepas dari pengetahuanNya.
10. Hayat Hayat bermaksud hidup. Allah hidup tidak seperti hidup makhluk, Dia hidup tidak dengan perantaraan daging darah, bernafas dan sebagainya. HidupNya tiada permulaan dan kesudahan.
11. Sama’ Sama’ bermaksud Allah maha mendengar/pendengar. Allah mendengar tidak dengan gegendang telinga dan tidak dengan perantaran gelumbang bunyi. Berkata Imam Abu Hasan Asy’ari, “Allah mendengar yang bersuara dan yang tiada bersuara”.
Mustahil Allah SWT tuli / pekak (ىانص), tidak jelas pendengaranNya atau pendengaranNya ada had.
12. Basar Basar bermaksud Allah maha melihat/pelihat. Penglihatan Allah tidak dengan mata, tidak  terdinding, dan tidak dengan perantara cahaya. Mustahil Allah buta atau kabur penglihatanNya atau pengelihatanNya terdinding.
13. Kalam Kalam bermaksud berkata-kata yakni Allah berkata-kata tidak berhuruf, dan tidak bersuara. Allah SWT berkata-kata dengan sifat pekata yang ada pada zatnya, Dia tidak berkata-kata dengan mulut. Mustahil Allah bisu atau kelu yang membawa kepada kekurangan.
14. Qadiran Qadiran ertinya Allah dalam keadaan berkuasa. 
15. Muridan Muridan ertinya Allah SWT dalam keadaan berkemahuan/berpekehendak.
16. Aliman Aliman ertinya Allah SWT dalam keadaan mengetahui.
17. Haiyan Hayyan ertinya Allah SWT dalam keadaan hidup. 
18. Sami’an Sami’an ertinya Allah SWT dalam keadaan mendengar.
19. Basiran Basiran ertinya Allah SWT dalam keadaan melihat.
20. Mutakaliman Mutakalliman ertinya Allah SWT dalam keadaan berkata-kata.
Pembahagian Sifat 20 Allah & Penjelasan  Sifat Allah yang wajib diketahui dan dikenali ada 20 sifat. Ia terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu:
Sifat Nafsiah Sifat Salbiah Sifat Ma’ani Sifat Ma’nawiyah 1. Sifat Nafsiah Sifat nafsiah merujuk kepada Diri (Zat) Allah. Sifat nafsiah ada 1 sahaja iaitu sifat Wujud.
2. Sifat Salbiah Sifat Salbiah menolak atau menafikan sifat-sifat yang tidak layak pada Diri Allah. Sifat salbiah ada 5, iaitu:
Qidam – sedia ada Baqa’ – kekal Mukhalafatuhu lil hawadits – tidak sama dengan yang baharu Qiyamuhu binafsihi – berdiri dengan sendirinya Wahdania – esa Sifat salbiah itu tidak maujud (tidak ada) pada mata ertinya tidak dapat dilihat kesannya dengan mata kasar. Sifat Salbiah juga tidak maujud (tidak ada) pada akal ertinya tidak dapat difahami dan difikirkan akal.
Sifat-sifat salbiah yang 5 ini tidak memberi kesan pada alam maka mata makhluk tidak dapat melihatnya. Sifat-sifat salbiah yang 5 ini tidak ada (mustahil ada) pada makhluk (alam). Sesuatu yang mustahil ada pada alam tidak akan dapat difikirkan akal kerana akal adalah alam. Akal tidak dapat berfikir sesuatu yang di luar alam.
3. Sifat Ma’ani Sifat ma’ani ialah sifat-sifat Allah yang maujud (ada) pada mata dan maujud (ada) pada akal. Ertinya sifat-sifat ma’ani dapat dilihat oleh mata kesan-kesannya di alam ini dan dapat difikirkan dan diterima akal. 
Sifat-sifat ma’ani ada 7 iaitu:
Qudrah – berkuasa Iradah – berkehendak Ilmu – mengetahui Hayat – hidup Sama’ – mendengar Basar – melihat Kalam – berkata-kata Kejadian pada alam ini adalah tanda atau kesan dari sifat-sifat ma’ani yang tujuh-tujuh ini. 
Adanya alam ini adalah tanda kekuasan Allah. Allah berkuasa melakukan apa yang dikehedakiNya. Menjadikan alam adalah kehendak Allah. Alam dapat dilihat oleh sekalian manusia.
Kehebatan ciptaan alam adalah tanda bahawa ia dijadikan oleh yang maha tinggi ilmu pengetahuannya. Yang menjadikan alam tentunya hidup mustahil mati. 
Segala bunyi-bunyian dan berbagai jenis suara adalah tanda yang mencipta bunyi dan suara itu adalah maha mendengar kerana mustahil bagi yang tidak boleh mendengar dapat mencipta bunyi dan suara yang tidak terbatas bilangannya. 
Segala rupa bentuk dan warna-warni pada alam adalah tanda yang menjadikan alam adalah maha melihat kerana yang tidak boleh melihat mustahil boleh mencipta bentuk dan warna yang tidak terbilang banyaknya.
Alam sentiasa bergerak dengan tepat dan jitu. Setiap hari matahari akan terbit dari timur dan terbenam di arah barat. Siang dan malam silih berganti tanpa henti. Awan menurunkan  hujan. Bumi dan lautan mengeluarkan berbagai jenis makanan untuk manusia. Dan berbagai lagi kejadian yang sentiasa berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari. 
Ini semua adalah tanda sifat kalam Allah itu Allah sentiasa berkata-kata (mengeluarkan perintah) kepada alam supaya berfungsi dan bergerak dengan taat.
Tanda-tanda alam ini adalah kesan dari sifat-sifat ma’ani Allah yang 7. Ia dapat dilihat dengan terang dan jelas oleh mata dan akal juga dapat menerima sifat-sifat ma’ani kerana mustahil bagi yang mencipta alam tidak berkuasa, tidak berkehendak, tidak ada ilmu, tidak hidup, tidak mendengar, tidak melihat dan tidak berkata-kata.
4. Sifat Ma’nawiyah Sifat ma’nawiyah adalah sifat yang menegaskan sifat-sifat ma’ani ada pada Diri (Zat) Allah bukan pada panca indera atau perantaraan. 
Maka apabila dikatakan Allah itu melihat ertinya yang melihat adalah Diri Allah bukan mata Allah. Diri Allah yang mendengar bukan telinga Allah. Diri Allah yang berkata-kata bukan lidah atau suara Allah.
Diri Allah yang berkehendak dan Diri Allah yang berkuasa untuk melaksanakan kehendakNya tanpa perlu kepada sesuatu pertolongan atau perantaraan. 
Diri Allah hidup tanpa perlu kepada pernafasan dan tidak perlu makan dan minum. Diri Allah mengetahui setiap sesuatu tanpa perlu kepada ilmu pengetahuan.
Sifat ma’nawiyah adalah sifat-sifat Diri (Zat) Allah. Diri Allah adalah ghaib dan tidak dapat dilihat mata. Maka sifat ma’nawiyah tidak maujud (tidak ada) ada pada mata ertinya tidak boleh dilihat mata tetapi ia maujud pada akal iaitu ia dapat diterima akal.
Sifat ma’nawiyah ada 7 iaitu:
Kaunuhu Qadiran – keadaan Diri Allah Berkuasa Kaunuhu Muridan – keadaan Diri Allah Berkehendak Kaunuhu Aliman – keadaan Diri Allah Mengetahui Kaunuhu Haiyan – keadaan Diri Allah Hidup Kaunuhu Sami’an – keadaan Diri Allah Mendengar Kaunuhu Basiran – keadaan Diri Allah Melihat Kaunuhu Mutakalliman – keadaan Diri Allah Berkata-kata Kepentingan Mempelajari Sifat 20 1. Mengetahui Sifat-Sifat Kesempurnaan Allah
Sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT tiada batasannya. Jumlah 20 sifat tersebut bukanlah bermaksud sifat Allah SWT hanya terhad kepada bilangan 20 sahaja. Dalam kitab Umm al-Barahin Imam al-Sanusi berkata: “Maka, sebahagian daripada apa yang wajib bagi Tuhan kita adalah 20 Sifat.”
2. Syarat Ketuhanan
20 sifat tersebut adalah syarat ketuhanan yang mesti dimiliki bagi sesiapa yang dianggap Tuhan. Jika Dia adalah Tuhan, secara akal yang sejahteranya, Dia mesti ada sifat 20 ini. Jika Dia ada 20 sifat ini, maka layaklah ia menjadi Tuhan namun tiada yang layak melainkan Allah SWT. 
3. Mudah Memahami Asma Al Husna
 Asma’ al-Husna yang berjumlah 99 atau lebih semuanya dapat dikaitkan dengan Sifat 20. Asma’ al-Husna dapat difahami dengan mudah jika seseorang itu memahami Sifat 20. 
4. Mengenali sifat-sifat Allah SWT
Melalui sifat 20, kita dapat mengenali sifat-sifat Allah. Apabila seseorang itu ingin mengenali seseorang, antara perkara yang penting adalah sifat orang tersebut berbanding namanya. Setelah pelajari sifat 20, ia membantu untuk fahami nama-nama Allah SWT kelak. 
5. Menjadi Dasar Akidah 
20 sifat ini telah mengandungi dalil al-Quran, hadis dan akal yang sejahtera. Ia berdasarkan dalil-dalil muhkamat (induk/jelas) yang qat’i thubut (sabitnya pasti) dan qat’i al-dilalah (maknanya jelas) menjadi dasar akidah yang kukuh yang bukan daripada kategori mutashabihat (samar-samar/tidak jelas) yang berasaskan dalil zanni al-dilalah (maknanya tidak jelas).
Sumber:
Sifat Wajib Allah Terbagi 4 – LiveJournal AL-AFKAR #74: SIFAT WUJUD ALLAH SWT – Mufti WP Nota Sifat 20 – Dokumen HURAIAN SIFAT DUA PULUH SECARA RINGKAS DAN PADAT – Facebook Nota Pengajianku Kenali 20 Sifat Wajib Bagi Allah  Kenapa Belajar Sifat 20?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sifat-20/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sifat-20

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Datangnya Dari Allah Bukan Dari Mulut Manusia

Rezeki Datangnya Dari Allah Bukan Dari Mulut Manusia

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tidak ada sesiapa mampu menyekat rezeki sesiapa Kalau Allah takdirkan sesuatu itu memang hak kita tetap akan jatuh ke tangan kita juga Tapi kalau bukan hak kita berjuang habis habisan pun tetap terlepas j...
Penat Yang Dicintai Oleh Allah

Penat Yang Dicintai Oleh Allah

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 147 hits
AssalamualaikumBismillahApabila kita merasa penat atau lelah seringkali yang terlintas dalam fikiran adalah keinginan untuk segera berehat dan melepaskan kepenatan tersebut Namun dalam perspektif Islam terdapat jenis keletihan yang sangat d...
Petua Hidup Dalam Rahmat Allah

Petua Hidup Dalam Rahmat Allah

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 265 hits
Petua hidup agar kita sebagai isteri dan ibu dapat membentuk keluarga sentiasa dalam rahmat Allah swt 1 Setiap kali memasak baca doa Laisa laha mindunillahi kasyifah Tiada baginya selain Allah yang Maha Melindungi Moga tiada racun yang bole...
Kembali Bersama Engku Emran Ini Jawapan Erra Fazira Jika Allah Aturkan Itu Takdirnya

Kembali Bersama Engku Emran Ini Jawapan Erra Fazira Jika Allah Aturkan Itu Takdirnya

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 246 hits
Primadona negara Erra Fazira tampil memberikan respon setelah ramai yang mendoakan agar penyanyi itu kembali bersama semula dengan bekas suami Engku Emran Kata Erra dia tidak terfikirkan hal itu namun percaya dengan ketetapan Allah S W T va...
Takiyuddin Cuba Menipu Allah

Takiyuddin Cuba Menipu Allah

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 117 hits
Takiyuddin cuba menipu Allah 1 Sahabat saya Ahmad Mursi menulis dan mengatakan bahawa Takiyuddin mengulas isu qazaf dengan cara selamat Sebab beliau peguam jadi beliau tahu mengulas untuk elak disaman 2 Sebenarnya selamat itu hanya sementar...
Percaya Doa Aturan Allah Shakilla Khoriri Dapat Hak Hadanah Interim Luah Rasa Syukur

Percaya Doa Aturan Allah Shakilla Khoriri Dapat Hak Hadanah Interim Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 215 hits
Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga apabila mahkamah memutuskan hak hadanah interim untuk anaknya Ameena Sofia berpihak kepadanya Menerusi Instagramnya Shakila meluahkan rasa syukurnya malah yakin dengan d...
Ya Allah Hilangkanlah Tangisku Sehingga Aku Merasa Sabar Amp Ikhlas Irma Hasmie

Ya Allah Hilangkanlah Tangisku Sehingga Aku Merasa Sabar Amp Ikhlas Irma Hasmie

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 119 hits
Pelakon Irma Hasmie mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada memuat naik perkembangan terbaru dirinya di Instagram Dalam hantaran tersebut Irma menulis kapsyen berbaur luahan hati untuk terus diberikan kesabaran dan ikhlas dalam menjalani...
Istighfarlah Kepada Allah Sebanyak Banyaknya

Istighfarlah Kepada Allah Sebanyak Banyaknya

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 233 hits
Taubatmu Selalu Ditunggu Bertaubatlah selalu walau kita memang pendosa Setiap masa berdosa kepada Allah Tetapi sebagai pendosa senjata kita adalah taubat Istighfar di setiap kesempatan yang menjelma Kita tak tahu dari banyaknya amalan dan u...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi