Sidec Mengumumkan 16 Syarikat Terpilih Untuk Menjalani Program Selangor Fashion Accelerator Yang Pertama
Sidec Mengumumkan 16 Syarikat Terpilih untuk Menjalani Program Selangor Fashion Accelerator Yang Pertama | Salam.. Tahniah kepada 16 syarikat yang terpilih dalam program yang diajurkan oleh SIDEC, (Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation), itu program Selangor Fashion Accelerator yang pertama pada tahun 2022 diadakan untuk memenuhi keperluan dan menerima menerima industri fesyen sebagai sebahagian daripada pendigitalan PKS dan syarikat pemula tempatan.
Program ini dirasmikan dan disempurnakan oleh Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).
Sidec mengatakan bahawa ia berfungsi sebagai untuk membantu jenama industri fesyen, kita hendaklah mengikut rentak fesyen terkini untuk menerajui transformasi digital Selangor sekaligus menjadi hab digital Asia Tenggara, Sidec sentiasa memikirkan komunitinya untuk memastikan mereka dibekalkan dengan bahan latihan dan pendedahan yang sesuai untuk memajukan perniagaan.
Fesyen yang modesn, chic dan stylo yang dipta oleh anak muda, hendaklah mengekalkan keamggunan dan reka bentuk yang sederhana, yang berlandaskan budaya Asia Tenggara..Program intensif selama 2 bulan ini bertujuan untuk membantu syarikat pemula dan PKS Malaysia mewujudkan ekosistem yang mampan untuk bakat-bakat dalam sektor fesyen sederhana dengan menawarkan pengalaman menarik yang akan meningkatkan kesedaran jenama dalam pasaran dan industri yang akan merangkumi bengkel yang disusun khas serta sesi bimbingan yang diketuai oleh barisan profesional dalam industri fesyen.
Penyanyi terkenal tanah air, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan usahawan terkenal yang lain seperti Rasta Rashid, Leslie Variyan dan Wong Lee Leng menyokong penuh usaha program ini..
“Memandangkan tidak banyak program yang dikhususkan untuk industri fesyen, Sidec tampil ke hadapan untuk memberi sokongan kepada perniagaan fesyen baharu dalam mengembangkan pendapatan dan prospek pelaburan mereka. Memberi peluang dan platform kepada pemilik perniagaan untuk berkongsi idea dan kreativiti mereka adalah komponen yang mendorong usahawan untuk tampil berani dan yakin tentang perkara yang ingin diterokai dan dipersembahkan,” kata Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec dalam ucapan alu-aluannya.
Ia dijalankan secara hibrid (dalam talian dan luar talian), program ini merangkumi modul seperti kemahiran asas pitching, kesesuaian pasaran produk, identiti jenama atau DNA jenama, inovasi tekstil, sesi perkongsian dalam pengumpulan dana serta IP (harta intelek)/tanda dagangan.
16 usahawan yang terpilih akan berpeluang mendapat faedah seperti akaun SQL bernilai RM948, SQL payroll bernilai RM588, Pakej Ringan & Mudah Sprii Commerce bernilai RM600 dan juga pakej awal Pingspace.
Kesemua 16 peserta akan menerima latihan dari 1 Ogos hingga 23 September, dan hanya enam akan dipilih untuk menyampaikan pitching mereka kepada pelabur dan rakan kongsi industri pada Hari Demo, yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2022 di Pitch@Selangor 6, sempena Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC) yang ke-7. Yang paling menarik, pemenang berpotensi untuk menerima peluang pelaburan daripada The Hive Southeast Asia dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). 16 syarikat yang terpilih untuk Selangor Fashion Accelerator 2022 ialah:
AYAYU SDN. BHD. - AYAYU JK SIGNATURE SDN. BHD.- Jay K Fashion KHATAM FESTIVE APPAREL SDN. BHD. - KHATAM FESTIVE APPAREL KHALIDZA RESOURCES SDN. BHD. - POYA Light BAMBINA BAMBINO CLOTHING =- Bambina Bambino Clothing BUJINS L BATIK SDN. BHD. - BUJINS TOTOMI BASICS TRADING - Totomi Basics Trading TOLMI APPAREL- Tolmi Apparel ARUNSAYFULL ENTERPRISE - ARUNSAYFULL KALIMA GROUP TRADING (M) SDN . BHD.- KALIMA TEXTILE BATIK TEKTURA RESOURCES - batikTEKTURA QIBLAH ENTERPRISE - Hoor SAHASANA FASHION DESIGN SDN. BHD. - Sash KUSUMA ENERGY SDN. BHD. - THEINS REKAAN MIERA ENTERPRISE - Miera Fahmi KL SYAZWANI IZZATI BINTI HASHIM - S.LEAPITUntuk matlumat lamjut boleh layari www.sidec.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.uzujournal.com/2022/08/sidec-mengumumkan-16-syarikat-terpilih.html