Sidang Parlimen Sehari Wajar Dicabar Di Mahkamah



Kredit: Pak Malek.
Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan berlangsung dengan hanya urusan Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang Di-Pertuan Agong pada Isnin, 18 Mei 2020, jam 10:00 pagi.‬
‪Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan dengan rasmi bahawa “Tiada sidang selepas Titah Diraja”.‬
‪Ini adalah keputusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Mesyuarat yang memaklumkannya kepada Speaker.‬
‪PM Muhyiddin telah bertindak menggunakan Peraturan 11(2) dan 15(2) di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminda urusan Majlis Mesyuarat.‬
‪Ini merupakan kali ketiga PM Muhyiddin meminda urusan majlis Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas.‬
Pertamanya, pada 4 Mac 2020, PM Muhyiddin memanggil Dewan Rakyat bermesyuarat bermula pada 18 Mei 2020 sehingga 23 Jun 2020 selama 15 hari mesyuarat, iaitu dengan meminda panggilan Mesyuarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang dijadualkan pada 9 Mac 2020 hingga 16 April 2020 selama 24 hari mesyuarat. Panggilan mesyuarat dengan pindaan itu dilakukan melalui surat makluman Setiausaha Dewan Rakyat dengan rujukan (38) dlm.PAR.3/398 Jld.2 bertarikh 4 Mac 2020.‬
Keduanya, pada 17 April 2020, PM Muhyiddin memindanya sekali lagi dengan memendekkan hari mesyuarat daripada 15 hari kepada hanya 1 hari mesyuarat pada 18 Mei 2020 dengan memaklumkan bahawa tiada sesi pertanyaan Jawab Lisan, Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Usul-Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17, 18, 27, 49 serta apa-apa Usul daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Pindaan ini dilakukan melalui surat makluman Setiausaha Dewan Rakyat dengan memakai rujukan yang sama (38) dlm.PAR.3/398 Jld.2 bertarikh 17 April 2020.‬
Ketiganya, pada 13 Mei 2020, PM Muhyiddin melakukan lagi pindaan dengan menetapkan bahawa urusan Majlis Mesyuarat hanya untuk Istiadat Pembukaan Parlimen oleh Yang Di-Pertuan Agong, tanpa diadakan sidang selepas Titah Diraja. Pindaan ini dilakukan melalui surat makluman Setiausaha Dewan Rakyat dengan rujukan (42) dlm.PAR.3/398 Jld.2 bertarikh 13 Mei 2020.‬
‪Berikutan dengan pindaan terkini, Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada hakikatnya akan tidak ada sebarang persidangan. Ia cuma suatu majlis Istiadat Pembukaan Parlimen oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 18 Mei 2020, jam 10:00 pagi.‬
‪Pindaan urusan Majlis Mesyuarat yang terakhir itu dilakukan oleh PM Muhyiddin pada 13 Mei 2020, iaitu hanya selang 5 hari sahaja sebelum mesyuarat diadakan pada 18 Mei 2020. Dalam keadaan biasa, menurut Peraturan Mesyuarat 11(2), tarikh-tarikh mesyuarat tiap-tiap Penggal hendaklah ditetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan Penggal oleh Ketua Majlis Mesyuarat, yakni Perdana Menteri.‬
‪Aku ingin membangkitkan tiga isu berkaitan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada 18 Mei 2020.‬
‪1. Isu pertamanya, aku meneliti Peraturan Mesyuarat 11(2). Memang disebutkan bahawa “Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa”. Di bawah Peraturan Mesyuarat 15(2) disebutkan “Urusan Kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada pertimbangan Kerajaan dan diberitahu kepada Setiausaha”.‬
‪Aku mempersoalkan, bagaimanakah melalui Peraturan 11(2) dan 15(2), urusan Majlis Mesyuarat seperti Usul di bawah Peraturan 18 untuk melanjutkan persidangan kepada lapan hari dan Usul Undi Tidak Percaya di bawah Peraturan 26(1) yang dibacakan bersama dengan Peraturan 27(3) setelah diterima oleh Speaker untuk dibawa dalam Majlis Mesyuarat boleh digugurkan oleh Kerajaan?‬
‪Aku tidak nampak terdapat sebarang panduan secara spesifik maupun secara umum dalam Peraturan 11(2) dan 15(2) itu membenarkan kerajaan mengenepikan usul-usul Ahli bukan Kerajaan yang dikemukakan di bawah Peraturan 18 dan 26.‬
‪Aku berpendapat, PM Muhyiddin melampaui kuasanya. Kerajaan cuma cabang Eksekutif dalam konsep pemisahan kuasa dan ia jelas tiada jurisdiksi ke atas badan legislatif untuk menggugurkan Peraturan 18 dan 26.‬
2.  Isu keduanya, secara serius aku mempersoalkan, bagaimana boleh bahawa Penggal Pertama Parlimen disifatkan sebagai bersidang dengan cuma diadakan majlis Istiadat Pembukaan Parlimen oleh Yang Di-Pertuan Agong tanpa persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat berlangsung?‬
‪Aku meneliti makluman mengenai Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada 18 Mei 2020 selama 1 hari itu hanyalah majlis bersifat “ceremonial” atau istiadat yang sekadar bertujuan untuk memenuhi syarat paling minima Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan. ‬
‪Menurut Perkara 55(1), Parlimen tidak boleh membiarkan jarak enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu Penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam Penggal yang kemudiannya.‬
‪Penggal yang lalu ditangguhkan pada hari Khamis, 5 Disember 2019. Oleh yang demikian, Parlimen hendaklah bersidang paling lewatnya bermula pada 5 Jun 2020.‬
‪Oleh kerana, mulai akhir bulan Ramadan ini pada 23 Mei 2020 sehingga 5 Jun 2020 akan dipenuhi dengan cuti-cuti umum seperti Hari Raya Idulfitri, Pesta Kaamatan dan Perayaan Hari Gawai Dayak, Kerajaan menjadi terdesak untuk mengadakan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada 18 Mei 2020. Penetapan tarikh itu hanyalah semata-mata untuk memastikan Kerajaan tidak tergugat dengan isu jarak tempoh mesyuarat Parlimen antara Penggal Pertama kini dengan Penggal yang lalu yang tidak boleh melebihi enam bulan menurut Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan.‬
‪Jika melangkaui tempoh enam bulan itu, tidakkah ia menjurus kepada krisis perlembagaan? Tidakkah ini akan memaksa Yang Di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen di bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan?‬
‪Kerana itu, aku berpendapat, PM Muhyiddin bukannya memanggil Parlimen untuk bersidang dalam kerangka mengiktiraf fungsi Parlimen sebagai institusi legislatif negara dan kuasa perundangan Persekutuan, tetapi hanya sekadar bagi memenuhi syarat Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan untuk kekal berkuasa.‬
3.  Isu ketiganya, aku mempersoalkan, adakah panggilan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas selama 1 hari pada 18 Mei 2020 tanpa persidangan sebenar itu sah menurut Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat?‬
‪Aku mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat kesamaran dan kemusykilan dalam Urusan Majlis Parlimen bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga ini apabila persidangan sebenar tidak diadakan samasekali sehingga mengenepikan urusan usul-usul yang diluluskan oleh Speaker di bawah Peraturan 18, 26 dan 27 untuk dibawa ke dalam persidangan Mesyuarat.‬
‪Jika tiada urusan majlis sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat seperti sesi pertanyaan Jawab Lisan, Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Usul-Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17, 18, 26, 27, 49 serta apa-apa Usul daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat, Mesyuarat Parlimen apakah ini? Ia nyata cacat sifatnya sebagai sebuah persidangan Mesyuarat Parlimen.‬
‪Tidak dinafikan, bahawa menurut Perkara 55(1), Yang Di-Pertuan Agong yang berkuasa memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa. Akan tetapi kuasa Agong itu tidak mutlak seperti kuasa baginda melantik Perdana Menteri atau tidak mempersetujui permintaan Parlimen dibubar. Ini adalah kerana mengikut Perkara 40(1), Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri yang diketuai Perdana Menteri.‬
‪Masalahnya ialah, adakah Agong diberikan nasihat yang salah oleh Perdana Menteri? Dan PM perlu bertanggungjawab atas nasihat yang diberikan itu. ‬
‪Agong tidak boleh dipersoalkan dalam fungsi urusan memanggil Parlimen bermesyuarat, tetapi sebarang nasihat salah PM kepada Agong boleh dicabar.‬
‪Kesimpulannya, aku mempertegaskan bahawa Kerajaan di bawah PM Muhyiddin tidak seharusnya dibiarkan mencabul kewibawaan institusi Parlimen.‬
‪Tindakan PM Muhyiddin wajar dicabar, samada di Parlimen atau di mahkamah.‬
‪Sekian.‬


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27656

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Wajar Kekal Sehari Saja Takiyuddin

Sidang Parlimen Wajar Kekal Sehari Saja Takiyuddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 272 hits
PUTRAJAYA Sidang Parlimen wajar dikekalkan sehari saja iaitu pada 18 Mei ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia mengambil kira pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai...
Jika Ruu Perbekalan Tambahan Di Bentangkan Sidang Parlimen Juga Wajar Di Panjangkan

Jika Ruu Perbekalan Tambahan Di Bentangkan Sidang Parlimen Juga Wajar Di Panjangkan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat Wan Anwar Wan Ibrahim berpendapat persidangan Parlimen selama satu hari dilihat tidak wajar diadakan Ini kerana katanya beliau difahamkan pada sidang kali ini Rang Und...
Sidang Parlimen Sehari Langgar Peraturan Mesyuarat

Sidang Parlimen Sehari Langgar Peraturan Mesyuarat

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 298 hits
Senator Yusmadi Yusoff berpandangan sidang Parlimen sehari pada 18 Mei dengan hanya titah Yang di Pertuan Agong tanpa mengadakan sesi seterusnya menyalahi peraturan mesyuarat dan perlembagaan persekutuan Sebarang keputusan untuk mengadakan ...
Sidang Parlimen Sehari Yang Dilarang Bersuara

Sidang Parlimen Sehari Yang Dilarang Bersuara

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 354 hits
Sidang Dewan Rakyat sehari telan belanja besar MP Bandar Kuching memberitahu tiket penerbangannya saja melebihi RM2 000 utk klas ekonomi elaun makan RM100 sehari elaun mesyuarat RM300 manakala utk hotel pula beliau boleh menuntut shingga RM...
Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 295 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan lebih daripada sehari bagi memastikan isu COVID 19 dapat ditangani dengan lebih berkesan Katanya tindakan kerajaan Perikatan Nasional...
Pm 2222 Marah Sidang Parlimen Singkat

Pm 2222 Marah Sidang Parlimen Singkat

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 247 hits
Dr Mahathri Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewa dan marahnya selepas kerajaan hari ini memutuskan sidang Dewan Rakyat akan berlangsung lebih singkat berbanding jadual awal Kata bekas perdana menteri itu tindakan menyingkatkan sidang berk...
Parlimen Tetap Akan Bersidang Sehari Takiyuddin

Parlimen Tetap Akan Bersidang Sehari Takiyuddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 258 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menegaskan parlimen tetap akan bersidang sehari walaupun kebanyakan sektor ekonomi akan dibuka semula Isnin ini Takiyuddin berkata kerajaan mengambil maklum pandangan Majli
Your Ultimate Defense The Benefits Of A Strong Toto Verification Community

Revolutionize Your Viewing Experience With Xtv Ultra Iptv Player

Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Haji Hadi Ajak Selamatkan Orang Melayu

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Timor Leste Pm Departs Home After Three Day Official Visit To Malaysia

Biodata Ben Amir Pelakon Popular Dan Perjalanan Karier

Inovasi Energi Terbarukan Yang Mengubah Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Hyde Hotel Bodrum By Ye Im Kozanl Architecture Interior Design

Two Tales By Ministers Over Dnb

Yacht Outing Was Afternoon Tea Not 1mdb Embezzlement Plot Najib

Nearly 14 000 New Teachers Placed In Schools This Year

Dual Boot Windows Dan Ubuntu

Finding Hidden Passwords Saved In Your Browsers