Sidang Media Dr Agus Dan Wahab Menimbulkan Lebih Banyak Persoalan Daripada Memberi Jawapan




Sebagaimana didesak dan diminta banyak pihak, bekas Ketua Pengarah J-Kom, Prof Dr Mohd Agus Yusof akhirnya tampl mengadakan sidang media malam tadi berkaitan video tular melibatkan dirinya.


Selain membuat laporan polis berkenaan penyebaran video berkenaan, Dr Agus turut menampilkan seorang lelaki bernama Wahab yang merupakan rakan bualnya dalam video mengasyikkkan itu.


Namun, berbanding memberi jawapan, sidang media malam tadi lebih banyak menimbulkan persoalan yang terus tergantung di awang-awangan tanpa jawapan.


Secara keseluruhannya, apa yang penting sebagai kesimpulan daripada penjelasan Dr Agus dan Wahab dalam sidang media malam tadi ialah video yang tersebar itu adalah tulen, asli dan benar-benar suatu kejadian yang pernah berlaku.


Video itu disahkan bukanlah edit dan bukan juga ciptaan hasil teknologi AI atau kecerdasan buatan manusia sebagaimana heboh diperkatakan sebelum ini.


Cuma, yang dikatakan tidak asli dan disunting adalah audio atau suara perbualannya.


Dr Agus dan Wahab mendakwa, audio dalam video berkenaan telah diedit sepenuhnya apa yang didengar dalam video itu bukanlah perbualan sebenar mereka.


Wahab sendiri mengaku beliaulah yang merakam perbualan berkenaan dan hanya menyerahkan rakaman tanpa suara kepada Mr H yang didakwa memainkankan peranan di sebalik penyebaran video berkenaan.


Di sinilah timbulnya banyak persoalan yang barangkali Dr Agus perlu mengadakan sidang media sekali lagi.


Jika benar hanya rakaman tanpa suara yang diserahkan kepada Mr H, tidakkah ini bermakna Wahab telah gagal melakukan tugas yang sempurna sebagaimana telah diarahkan?


Di mana logiknya Mr H sedia menerima rakaman video tanpa suara jika benar niat rakaman itu dilakukan untuk menjatuhkan Dr Agus?


Selain itu, jika suara dalam video itu merupakan hasil suntingan dan rekaan, tentulah penulis skrip bagi video itu seorang yang benar-benar hebat kerana mampu menyesuaikannya dengan gerak bibir dan ekspresi wajah Dr Agus ketika berbual dengan Wahab itu?


Tambahan lagi, Dr Agus pula dilihat bercakap dengan sedikit slang Kelantan dalam perbualan itu.


Apakah penulis skripnya juga orang Kelantan?


Seterusnya, bolehkah Dr Agus dan Wahab menjelaskan secara jujur apakah topik perbualan sebenar mereka berdua dalam video yang diakui tulen itu yang turut ditunjukkan sama antaranya beg LV, hidangan buah-buahan dan sepiring gajus?


Mereka berbual pasal kerja atau berkenaan hal-hal lain?


Terakhir, bolehkah Wahab mendedahkan kepada orang ramai rakaman video asal yang ada suara atau menyerahkannya kepada pihak polis ketika siasatan nanti?


Dalam hal ini, jangan lupa, selain Wahab yang melakukan rakaman, malaikat pun turut sama merakam juga.


Jadi, lebih baiklah berlaku jujur demi ketenangan hidup di dunia yang sementara ini.


Turut didakwa dalam sidang media itu ialah komplot ini kononnya dilakukan untuk menjatuhkan Dr Agus yang turut didalangi pihak-pihak lain.


Dr Agus malah mengakui mereka yang terbabit itu adalah mereka yang dikenalinya.


Soalnya perlukah Dr Agus dijatuhkan dengan cara mainan sedemikian rupa?


Hebat sangatkah dia dan apakah dia terlalu bagus mengetuai J-Kom selama hampir setahun memegang jawatan tersebut?


Bukankah beliau hanya pemegang jawatan lantikan yang tempohnya memegang jawatan hanya dua tahun saja?


Tidak bolehkah mereka yang didakwa mahu menjatuhkannnya itu menunggu saja kontraknya habis?


Seorang teman mengulas…barang dah nak jatuh, buat apa nak dijatuhkan lagi? – ShahbudinHusin 18/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/18/sidang-media-dr-agus-dan-wahab-menimbulkan-lebih-banyak-persoalan-daripada-memberi-jawapan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/sidang-media-dr-agus-dan-wahab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahab Seperti Anak Saya Sendiri Mohammad Agus

Wahab Seperti Anak Saya Sendiri Mohammad Agus

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 164 hits
Saya anggap Wahab seperti anak saya sendiri begitu jelas Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengenai video dirinya bersama pegawai Jkom mengaitkan dirinya bersama Abdul Wahab yang tular semalam Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti it...
Moeldoko Ogah Tanggapi Desakan Anwar Usman Dipecat Dari Mk Banyak Urusan Negara Yang Lebih Penting

Moeldoko Ogah Tanggapi Desakan Anwar Usman Dipecat Dari Mk Banyak Urusan Negara Yang Lebih Penting

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 143 hits
Moeldoko pun mengingatkan masyarakat untuk tetap menjaga suasana politik agar tetap damai dengan tidak mencampuri urusan hukum
Dapat Arahan Dari Mr H Komplot Jatuhkan Agus Wahab

Dapat Arahan Dari Mr H Komplot Jatuhkan Agus Wahab

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 147 hits
Penolong Pegawai J KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani 33 mengakui merekod perbualan video berdurasi 3 minit yang dikaitkan dengan Bekas Ketua Pengarah J KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff itu adalah atas arahan individu yang dinamakan Mr H W...
Bukit Aman Ambil Alih Kes Dr Agus Dan Wahab Akan Dipanggil Segera

Bukit Aman Ambil Alih Kes Dr Agus Dan Wahab Akan Dipanggil Segera

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 122 hits
Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil Bukit Aman untuk dirakam keterangan semula Perkembangan itu selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil alih siasa...
Penggunaan Media Sosial Sepatutnya Memberi Manfaat Dan Kebaikan Bukannya Menambah Dosa

Penggunaan Media Sosial Sepatutnya Memberi Manfaat Dan Kebaikan Bukannya Menambah Dosa

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 234 hits
Penggunaan media sosial sepatutnya memberi manfaat dan kebaikan bukannya menambah dosa Beberapa cara menggunakan media sosial untuk tambah pahala 1 Berdakwah dan menyebarkan kebaikan Rasulullah SAW bersabda Sampaikanlah dariku walau satu ay...
Bukit Aman Akan Panggil Agus Wahab

Bukit Aman Akan Panggil Agus Wahab

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 160 hits
Pada sidang media semalam Mohammad Agus Yusoff mendakwa video perbualannya bersama Abdul Wahab Abdul Kadir sebenarnya disunting PETALING JAYA Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil Bukit Aman un...
Wahab Agus Pkr Terpaksa Merayu

Wahab Agus Pkr Terpaksa Merayu

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 199 hits
Tidak sangka ye memang tidak dijangka dan tidak disangka Kisah Agus dan Wahab Video wahab banyak tersebar di sosial media Ada juga mengatakan kerana wahab inilah agus meletakkan jawatan Nafsu sememangnya suatu yang sukar dikawal Semoga kita...
Rindu Lisa Yang Lama Lebih Seksi Kebaratan Kini Media Ulas Transformasi Lisa Bp Sejak Debut

Rindu Lisa Yang Lama Lebih Seksi Kebaratan Kini Media Ulas Transformasi Lisa Bp Sejak Debut

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 172 hits
Bukan mudah kan untuk semua orang menerima diri kita yang sebenar ARTIKEL BERKAITAN Begitu juga dengan Lisa BLACKPINK yang telah menerima pelbagai kritikan sejak kebelakangan ini Untuk pengetahuan Lisa sudah pun memasuki tahun ketujuh debut...
Yoodo Tawar Kebebasan Maksimum Bakal Adakan Lebih Banyak Konsert Lokal Amp K Pop

Yoodo Tawar Kebebasan Maksimum Bakal Adakan Lebih Banyak Konsert Lokal Amp K Pop

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 350 hits
Penyedia perkhidmatan mudah alih digital pertama di Malaysia Yoodo nbsp dikuasakan oleh Celcom telah bekerjasama menjayakan festival muzik K pop 9 Wave Music Festival pada 11 November 2023 Ia sejajar dengan matlamat Yoodo sebagai pelan muda...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan