Sidang Khas Parlimen Tak Menepati Titah Yang Di Pertuan Agong Hanyalah Majlis Penerangan




KUALA LUMPUR - Sidang Khas Parlimen tidak menepati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tetapi sebaliknya majlis penerangan oleh kerajaan kepada wakil rakyat yang diadakan di dalam Dewan Rakyat.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata agak jelas tiada sidang Parlimen pagi ini, tetapi kenyataan yang dibuat kerajaan dalam Dewan Rakyat.
"Ia tidak menepati prosedur atau mengikut cara biasa, iaitu dalam sidang Parlimen apa saja yang ingin dilakukan kerajaan, diletakkan di hadapan. Parlimen akan bahas, pinda, setuju atau menolak.
"Tetapi ini tidak. Ini (Parlimen) majlis penerangan yang mana ini bermakna, prosedur biasa Parlimen tidak dijalankan. Oleh itu, kita tidak boleh terima ini sebagai satu persidangan Parlimen," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.
Pada 16 Jun lalu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, sidang Dewan Rakyat bermakna Ahli Parlimen berhak membahas untuk menolak, meminda atau menerima penerangan Ordinan Darurat dan PPN itu.
Katanya, apa yang sebenarnya berlaku hari ini sebaliknya.
"Oleh sebab itu kami PEJUANG berpendapat, menurut titah Seri Paduka Baginda ia adalah persidangan parlimen, iaitu membahas, menolak atau meminda Ordinan Darurat dan PPN di dalam Dewan.
"Namun banyak kenyataan dibuat kerajaan (dalam Dewan) tidak menepati prosedur dan mengikut cara-cara biasa.
"Misalnya, diumumkan diluluskan bahawa segala Ordinan Darurat yang dilulus, diperkenalkan waktu darurat dimansuh.
"Ini bermakna Ordinan Darurat yang membabitkan perbelanjaan wang dan sebagainya. Apabila ordinan itu dimansuh, apa jadi dengan peruntukan wang yang sudah dibelanjakan, ataupun yang akan dibelanjakan," katanya.
Beliau berkata, jika tiada perbahasan dalam Dewan Rakyat, sukar bagi parti lawan termasuk PEJUANG untuk membahas kedudukan ordinan terbabit.
Beliau berkata, apa yang menjadi pertanyaan apabila pengisytiharan darurat yang dinyatakan tidak sesuai pada keadaan dengan jangkitan COVID-19.
"Ini kerana ketika 2,000 kes harian, kerajaan memohon diadakan pengisytiharan darurat. Tetapi apbila sekarang 17,000 jangkitan sehari, kerajaan mengatakan darurat akan tamat. Ia tidak masuk akal.
"Ini berikutan keadaan sekarang yang begitu serius, kerajaan tak mahu darurat, tetapi ketika tidak begitu serius dan boleh ditangani, tetapi kerajaan isytihar darurat," katanya.
Katanya, ini membuktikan apa yang dikatakan parti lawan khususnya PEJUANG, iaitu Proklamasi Darurat itu untuk tujuan politik kerajaan dan bukan untuk menangani COVID-19.
"Kita berpendapat bahawa keadaan sekarang begitu serius dan sepatutnya pada hari ini kita membincangkan berkenaan cara mengurangkan kes baharu jangkitan daripada COVID-19 ini.
"Tetapi ini nampaknya ini tidak ditumpukan kerajaan. Sebaliknya, kerajaan membincangkan mengenai angka-angka yang tidak relevan, berbanding dengan perkembangan wabak COVID-19 ini.
"Sebab itu, kita berpendapat bahawa sepatutnya sidang tidak diadakan untuk memberi penerangan, kerana ini tidak membantu usaha kita memerangi wabak COVID19. Sebaliknya, membincangkan cara-cara bagi mengurangkan perkembangan penyakit ini," katanya.
Beliau berkata, pelan yang dibuat kerajaan setakat ini tidak mencapai kejayaan, bahkan jumlah kes meningkat sepanjang masa hingga menakutkan rakyat.
"Tetapi nampaknya kerajaan lebih suka menjelaskan tindakan kerajaan tetapi tindakan itu tidak berjaya kurangkan kes baharu," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/sidang-khas-parlimen-tidak-menepati.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Agong Diderhakai Lagi Sidang Khas Parlimen Berupa Taklimat Menteri 26 Julai Ini Wajar Diboikot

Titah Agong Diderhakai Lagi Sidang Khas Parlimen Berupa Taklimat Menteri 26 Julai Ini Wajar Diboikot

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 292 hits
Shahbudin HusinSidang Parlimen yang sebenar akhirnya ditetapkan selama 15 hari bermula 2 September 2021 Meskipun titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja adalah sangat jelas tentang keperluan Sidang Parlimen diadakan dengan segera da...
Mahathir Kata Sidang Parlimen Khas Dibuat Secara Olok Olok Lepas Desakan Agong

Mahathir Kata Sidang Parlimen Khas Dibuat Secara Olok Olok Lepas Desakan Agong

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 344 hits
Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok olok lepas desakan Agong Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa kerajaan mengadakan sidang parlimen khas pada 26 Julai ini dibuat secara olok olok sebagai respons terha...
Adakah Sidang Khas Parlimen Isnin Ini Digagalkan Covid 19

Adakah Sidang Khas Parlimen Isnin Ini Digagalkan Covid 19

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 275 hits
Kow Gah Chie Shakira BuangDewan Rakyat sepatutnya dijadualkan meneruskan sidangnya pada Isnin ini namun ekoran perkembangan yang berlaku sejak empat hari lalu kedudukannya kini dilihat menjadi tidak menentu Satu sumber yang dekat dengan Put...
Sidang Parlimen Khas Serlah Perangai Buruk Ahli Parlimen Pembangkang

Sidang Parlimen Khas Serlah Perangai Buruk Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 465 hits
Sebaik sahaja parlimen mula bersidang keadaan parlimen menjadi hiruk pikuk cacamerba dan kelam kabut hasil perangai tidak bertamadun yang dipamirkan oleh barisan ahli parlimen pembangkang Dalam masa yang sama para wakil rakyat kerajaan teru...
Tiada Bahas Dan Tiada Usul Najib Persoal Ini Sidang Khas Parlimen Atau Nak Pergi Kelas

Tiada Bahas Dan Tiada Usul Najib Persoal Ini Sidang Khas Parlimen Atau Nak Pergi Kelas

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMOUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menyifatkan Persidangan Khas Dewan Rakyat bermula 26 Julai ini sebagai sesi murid dan guru dan bukan sidang Parlimen kerana tidak ada perbahasan atau pembentangan usul Beliau berkata ...
Jangan Derhaka Titah Agong Tolak Soal Jawab Di Parlimen

Jangan Derhaka Titah Agong Tolak Soal Jawab Di Parlimen

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 374 hits
Tiada perbahasan Parlimen Jangan derhaka titah Agong PH Kerajaan Perikatan Nasional digesa tidak menderhakai titah Yang di Pertuan Agong dengan membuka Parlimen hanya bagi mendengar taklimat daripada para menteri Majli Presiden Pakatan Hara...
Riuh Rendah Di Parlimen Tak Halang Pm Pengerusikan Sidang Khas Mkn

Riuh Rendah Di Parlimen Tak Halang Pm Pengerusikan Sidang Khas Mkn

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 478 hits
AGENDA DAILY Status Facebook yang dimuat naik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor Walaupun Sidang Khas Parlimen riuh rendah dengan suara menjerit jerit Ahli Ahli Parlimen khususnya daripada blok pembangkang ia tidak menghalang Tan Sr...
Tiada Perbahasan Parlimen Jangan Angkuh Derhaka Titah Agong Ph

Tiada Perbahasan Parlimen Jangan Angkuh Derhaka Titah Agong Ph

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 281 hits
Kerajaan Perikatan Nasional digesa tidak menderhakai titah Yang di Pertuan Agong dengan membuka Parlimen hanya bagi mendengar taklimat daripada para menteri Majli Presiden Pakatan Harapan memberi amaran agar kerajaan PN berhenti mencabul in...
Sidang Khas Parlimen Melanggar Perlembagaan

Sidang Khas Parlimen Melanggar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 319 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Proklamasi Darurat akan berakhir pada 1 Ogos 2021 Sidang Khas Parlimen dalam tempoh Darurat ini bermula dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2021 Manakala Dewan Negara bersidang dari 3 Ogos hingga 5 Ogos Sepanjang tempo...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh