Sidang Kemuncak Asean Ke 36 Secara Maya Bermula Esok


Sidang Kemuncak Asean ke-36 buat julung kalinya diadakan secara maya apabila pemimpin Asean bersidang melalui persidangan video esok bagi membincangkan isu-isu serantau dan pasca-Covid-19.
Menteri Luar Hishammuddin Hussein berkata, delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu akan diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang akan menyampaikan ucapan bagi menyuarakan pendirian Malaysia kepada rakan-rakan Asean.
Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc, yang juga pengerusi Asean 2020.
“Saya akan bertemu perdana menteri untuk berkongsi pandangan berhubung perkara yang perlu dan boleh disuarakan Malaysia semasa sidang kemuncak itu nanti berdasarkan input yang diperoleh dalam siri mesyuarat saya bersama menteri luar Asean semalam,” katanya.
Dalam sidang media di sini, hari ini, Hishammuddin berkata, antara agenda utama sidang kemuncak itu adalah meneliti isu serantau dan antarabangsa, terutama pasca pandemik Covid-19.
Mesyuarat juga akan memperincikan langkah pemulihan komprehensif bagi menangani impak Covid-19, yang merupakan susulan perbincangan sewaktu Sidang Kemuncak Asean Khas mengenai Covid-19 pada April lepas, katanya.
Hishammuddin berkata, sidang kemuncak itu juga akan membincangkan mengenai proses serta keutamaan pembinaan Komuniti Asean dan pelaksanaan visi Komuniti Asean 2025.
Menurutnya, pemimpin ASEAN juga dijangka mengesahkan dokumen bertajuk “Asean Leaders’ Vision Statement on a Cohesive and Responsive Asean: Rising above Challenges and Sustaining Growth”.
Hishammuddin berkata, Muhyiddin dan pemimpin Asean juga akan mengambil bahagian dalam sesi khas pemimpin Asean pada Sidang Kemuncak Asean ke-36 mengenai pemerkasaan wanita pada era digital.
Selain itu katanya, Muhyiddin juga akan mengadakan persidangan video dengan wakil daripada Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA), Belia Asean dan Majlis Penasihat Perniagaan Asean.
Mengenai mesyuarat bersama Menteri Luar Asean semalam, Hishammuddin berkata, pelbagai isu telah dibincangkan antaranya perihal berkaitan Laut China Selatan, perkembangan di wilayah Rakhine, Myanmar, isu Palestin, pelucutan senjata nukleur dan usaha menangani cabaran landskap dunia baru pasca pandemik Covid-19.
Berhubung cabaran mengadakan sidang kemuncak secara maya disebabkan Covid-19, Hishammuddin berkata, keadaan itu tidak dapat dielakkan dan menurutnya Sidang Kemuncak Asean Khas mengenai Covid-19 yang diadakan menerusi persidangan video pada April berjalan lancar.
“Dunia sedang berdepan cabaran yang tidak pernah dialami sebelum ini disebabkan Covid-19, bagaimanapun ia tidak menghalang Asean untuk terus berusaha bagi mencapai visi dan matlamat ditetapkannya,” katanya.
FMT
The post Sidang kemuncak Asean ke 36 secara maya bermula esok. appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/25/sidang-kemuncak-asean-ke-36-secara-maya-bermula-esok/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sidang-kemuncak-asean-ke-36-secara-maya-bermula-esok

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Benar Rumah Ibadat Bukan Islam Dibuka Bermula Esok

Selangor Benar Rumah Ibadat Bukan Islam Dibuka Bermula Esok

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 322 hits
Menurut exco Selangor Dr Mariah Mahmud berkata pihak pengurusan rumah ibadat harus memastikan jumlah kapasiti yang dibenarkan pada satu satu masa adalah 1 3 daripada keluasan rumah ibadat terbabit dengan mengambil kira jarak sosial 1 5 mete...
Prk Chini Bermula Dengan Penamaan Calon Pagi Ini

Prk Chini Bermula Dengan Penamaan Calon Pagi Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 600 hits
Diterbitkan Hari ini 8 58 amPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini bermula hari ini dengan proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara di Pekan dibuka pada pukul 8 pagi Berikutan negara berada dalam tempoh Perintah Kawa...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Dianjurkan Secara Atas Talian Bermula 25 Jun

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Dianjurkan Secara Atas Talian Bermula 25 Jun

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 386 hits
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 sebelum ini sepatutnya telah dijadualkan untuk diadakan antara 27 Mac sehingga 5 April lepas Namun disebabkan oleh penularan wabak Covid 19 ia telah ditangguhkan Kini dengan Perintah Kawalan Pergera...
Huawei P40 Pro Dengan Penta Kamera Berharga Rm4999 Di Malaysia Dijual Bermula 26 Jun

Huawei P40 Pro Dengan Penta Kamera Berharga Rm4999 Di Malaysia Dijual Bermula 26 Jun

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 438 hits
Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar mercu berspesifikasi tinggi mereka untuk pasaran tempatan iaitu Huawei P40 Pro Telefon pintar ini hadir dengan penawaran seumpama Huawei P40 Pro sebelum ini tetapi dengan p...
Whatsapp Memperkenalkan Ciri Menghantar Dan Menerima Wang Melalui Chat Bermula Dari Brazil

Whatsapp Memperkenalkan Ciri Menghantar Dan Menerima Wang Melalui Chat Bermula Dari Brazil

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 394 hits
WhatsApp hari ini telah mengumumkan pengenalan ciri terbaru mereka melalui aplikasi permesejan iaitu kebolehan menghantar dan menerima wang terus melalui tetingkap sembang Buat masa ini ciri ini diperkenalkan di Brazil dan mungkin diperluas...
Prasekolah Tadika Dibenar Operasi Sepenuhnya Bermula 1 Julai

Prasekolah Tadika Dibenar Operasi Sepenuhnya Bermula 1 Julai

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 497 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak Kanak dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard yan...
Lenovo Thinkpad P14s Dan P15s Tiba Untuk Pasaran Tempatan Harga Bermula Dari Rm4769

Lenovo Thinkpad P14s Dan P15s Tiba Untuk Pasaran Tempatan Harga Bermula Dari Rm4769

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 292 hits
Lenovo ThinkPad ialah siri komputer riba yang dikenali ramai untuk kualiti binaan yang bagus dan penggunaan komponen komponen yang cukup berkuasa untuk pelbagai jenis tugasan produktiviti yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri T...
Kenduri Kahwin Sambutan Hari Lahir Dibenarkan Bermula 1 Julai

Kenduri Kahwin Sambutan Hari Lahir Dibenarkan Bermula 1 Julai

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 488 hits
PUTRAJAYA Kerajaan membenarkan majlis sosial seperti kenduri dan sambutan hari lahir dibenarkan bermula 1 Julai Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kehadiran ke majlis seperti itu dihadkan kepada 250 orang pada satu masa dan selam...
Pulau Pinang Ketepi Caj Hotel Selama 6 Bulan Bermula Julai

Pulau Pinang Ketepi Caj Hotel Selama 6 Bulan Bermula Julai

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 460 hits
Industri pelancongan bergelut untuk pulih susulan kesan wabak Covid 19 GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk mengecualikan caj penginapan di hotel selama 6 bulan bermula 1 Julai ini dalam usaha untuk merangsang industri perhote...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Doa Dipermudahkan Urusan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr